Suatu Perjalanan

Betapa hidup di dunia adalah ladang tanaman untukku tanam tanaman
pahala, buat bekalan menuju akhirat…ingin kukumpul seberapa banyak
bekalan agar tidaklah aku kehausan di destinasi akhirat yang kutujui
selama ini…

Akhirat, betapa perjalanan menujumu bukan mudah. Aku patah harapan
dan putus asa. Aku jatuh dan tersungkur…aku dilempar, dikeji,
disogok, dirasuk, dicaci, dibenci, dikhianati, diduga, diuji,
dihadiahi, diberi peluang, dirahmati, diingati, disayangi, dimanjai,
diluaskan jalan dan di….dan di…

Akhirat, aku menuntut ilmu bukan kerana ingin mencari keuntungan
duniawi yang akan binasa..aku menuntut ilmu kerana aku tahu itulah
tuntutan Tuhan terhadapku…agar aku boleh menjadi manusia yang tahu…
yang dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk..agar aku
boleh melangsungkan hidup ini mengikut
jalan yang telah ditentukan oleh Tuhanku……..

Dan,
Jika aku mengatakan bahawa aku menuntut ilmu kerana aku menyahut
tuntutan Tuhan, sudah tentu aku tidak rasa ingin berlengah-lengah
dalam mengerjakan tuntutan itu kerana cinta kepada Tuhan adalah cinta
pertamaku, yang tak pernah berakhir, dan tak pernah ada yang
setandingnya. Cintaku pada Tuhan tak pernah tak berbalas, malah
semakin bertambah , walau kadang2 aku tak lakukan apa-apa pun
untukNya. HebatNya cinta Tuhan, tersemai subur di taman hatiku.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar