Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Aug
15
1

Oh Malaysia ku..

Assalammualaikum dan apa khabar?
Harap semua sentiasa dalam keadaan yang sihat. So macam macam dengan puasa so far? harap semua masih lagi berjaya untuk mengekalkan berpuasa dengan sebenar-benar erti berpuasa (juga kepada diri sendiri).

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus wujud di muka bumi ini dan bernafas dalam nikmat Iman dan Islam. Sedangkan di luar sana ramai saudara-saudara kita yang tercari-cari nikmat tersebut. Marilah sama-sama kita menjaga dan mempertingkat pegangan kita pada tali Allah. Dan tidak dilupakan juga di luar sana ramai yang telah diuji dengan kesempitan hidup yang apabila disuakan dengan kesenangan dunia mereka berpaling kerananya. Benarlah kata-kata, "Papa itu hampir-hampir membawa kepada mensyirikkan Allah". Lau samah Allah.

Setelah sampai 15 June yang lalu, alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Sudah mendaftar di KKM, MMC, SPA dan JPA. Sudah selesai urusan interview SPA dengan surat tawaran telah berada di dalam tangan. InsyaAllah jikalau tiada aral melintang akan memulakan tugasan sebagai seorang House Officer di hospital KKM selepas raya. Semoga diberikan kekuatan untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa baik sangka kepada-Nya. Dengan pelbagai berita kebelakangan ini, terasa diri ini masih belum cukup bersedia untuk menjadi yang terbaik. Untuk menjadi doktor yang terbaik bukan sahaja memerlukan kita mempunyai basic medical knowdledge yang bagus, tetapi juga compassion kita dalam merawat bakal pesakit kita. Selain itu, rawatan holistik juga harus digunakan. Kerana usaha kita ini hanyalah sebagai cara kita memohon kepada-Nya. Dan sesungguhnya hanya DIA yang mampu merawat pesakit-pesakit kita. Dan semoga diri ini tidak menjadi fitnah buat rakan-rakan yang akan menamatkan pengajian nanti.

Doakan semoga menjadi doktor yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dan setelah 15 hari berpuasa ini juga, alhamdulillah telah diberikan kekuatan untuk membantu keluarga di rumah. Setelah hampir 7 tahun berada di negara orang (tidak termasuk 5 tahun duduk di negeri orang) dapat berpuasa dan beribadah bersama keluarga. Tahun-tahun yang akan datang tidak pastikan akan bertemu lagi dengan Ramadhan atau tidak. Tidak pasti akan dapat bersama mereka atau tidak. Dan apa yang pasti lebih skit, tahun depan tidak hanya berlima. InsyaAllah akan berenam. B) Semoga dipermudahkan.

Bercerita pasal Ramadhan di Malaysia ini kadang-kadang seronok kadang-kadang jadi bosan jgak. Seronok sebab dapat bersama keluarga. Yang kurang seronok tu apabila mengenangkan masyarakat kita yang seakan menjadikan Ramadhan sebagai bulan berpesta makanan. Dengan sikap yang mementingkan diri, tiada timbang rasa dan macam-macam lagi. Rasanya hari ini tiada lagi common courtesy yang masih tinggal dalam diri remaja kita. Memang Malaysia menjadi semakin maju. But at what price? Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berjaya di dunia dan akhirat.

Buat rakan-rakan yang masih berada di Jordan dan luar sana, timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk dijadikan bekalan membantu saudara kita di sini. Janganlah lebih banyak menghabiskan masa menonton filem, bermain game atau berbual kosong. Jadikan masa belajar itu sebagai tempat untuk mempertingkat diri dari segala aspek. Pulang ke Malaysia biarlah menjadi seorang yang all-rounder. Ingatlah ini adalah medan juang kita sebenar, baik sebagai seorang doktor, ustaz, ahli ekonomi, ahli bahasa atau apa sahaja. Dan tugas utama kita sebagai pendakwah yang seharusnya tidak kenal erti lelah. Semoga kita semua diberikan kekuatan itu.

Buat akhirnya, semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan cemerlang di mata-Nya. Dan semoga setiap apa yang kita telah lakukan dan akan lakukan menjadi ibadah. InsyaAllah kejayaan buat mereka yang mahu berjaya.


Ramadhan Kareem
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54.
Mar
31
0

My Everyday Hero

Happy Days 186

He doesn’t have any super power.

He doesn’t have any ultimate gadget.

Whenever I need him, he’ll be there.

He’s simply himself.

He’s my dad.

Happy belated birthday (28th of March) to my everyday hero, ABAH. Thank for everything. I’ll forever be grateful for having you. Thank you again for bringing me into this world. Without you, I won’t be here now. I can’t explain how grateful I am. Having you as my abah will always make me proud.

For all the hardship that you have gone through to raise we all. Thank you once again. There is no word to express my gratitude. For simple thank you won’t be enough.

May the years to come will make you closer to HIM. For HE is the sole purpose why were created in the first place. Alhamdulillah. Thank you Allah for this blessing.

Happy Days 259

Dec
04
0

Cerita Haji




Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dalam nikmat Iman dan Islam. Bagaimana dengan cuti Raya Haji yang lalu? Tentu pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah diperolehi.

Bagi pelajar-pelajar di Jordan ini, cuti raya haji boleh dikatakan meriah. Kerana bagi masyarakat arab, perayaan ini adalah merupakan perayaan terbesar bagi ummat Islam. Pada waktu inilah baginda Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda yang didalamnya terkandung pelbagai peringatan dan panduan untuk kita semua. Dan seharusnya itulah yang menjadi saat dan waktu yang kita nantikan. Dan juga menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dan melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoalkannya.

Dan raya haji juga adalah merupakan waktu yang mempunyai ibadat khusus iaitu haji. Haji ini merupakan satu peluang untuk kita memanifestasikan kecintaan kita kepada-Nya. Bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung, atau demi title "haji" (harap-harapnya bukan haji Malboro). Seharusnya tertanam di dalam hati setiap muslim untuk melaksanakan ibadah ini di usia muda. Bukannya simpan bila dah nak "expire". Tapi atas kekangan harta benda dan masa mungkin keinginan kita itu terhalang. Atau untuk melihat dari sudut yang positif kita masih lagi belum dijemput untuk menjadi tetamu (tapi jangan dijadikan alasan).

Mungkin di sini saya ingin sekadar berkongsi sebuah buku yang saya pernah baca dan saya yakin ramai juga telah baca; Travelog Haji oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini sangat menarik untuk dibaca sebagai santapan rohani. Gaya bahasa yang santai dan menarik membolehkan mereka yang kurang berminat membaca (macam aku) untuk membacanya. Tidak banyak pun yang perlu dilaburkan bagi memperoleh ilmu. Berbanding dengan beribu-ribu yang telah kita habiskan semata-mata kerana pakaian dan sebagainya.

Aku tak nak tulis sinopsis buku tuh di sini. Cukup sekadar mencadangkan korang semua membacanya. InsyaAllah korang semua tidak akan rasa sia-sia. Baiklah sampai di sini sahaja dahulu kisah kali ini. Hehehe.

Kepada kawan-kawan yang akan memulakan kelas pada hari ahad ini, selamat meneruskan perjuangan. Kepada yang telah lama pun memulakan kembali kelas mereka, teruskan berjuangan hingga ke akhirnya. Marilah kita semua lengkapkan diri dari setiap sudut agar kita akan menjadi Muslim yang serba boleh bakal meneruskan perjuangan menegakkan khilafah.

p/s: Saya tak jual buku nie cam Inchik Munir. Hehe
Jul
27
0

Kasih ibu membawa ke syurga.


"Kasih ibu membawa ke syurga....."

Itulah yang selalu kita dengar daripada guru-guru kita. Memang benar keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu dan bapa kita. Kerana mereka telah bergadai nyawa untuk kita pada satu masa dahulu.

Pernah juga seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W kepada siapa harus aku taat? Jawab baginda "Ibumu". "Kemudian siapa?" sahabat itu bertanya lagi. "Ibumu". "Kemudian?". "Ibumu". "Kemudian?". "Bapamu" jawab baginda. Begitulah lebih kurang maksud hadith tersebut.

Hal ini menunjukka bahawa kedudukan ibu itu sangat tinggi dan mulia. Kerana dialah kita dilahirkan di dunia ini. Dialah yang telah bergadai nyawa untuk melahirkan kita di muka bumi ini. Sesungguhnya jikalau dia mengaku kalah sewaktu melahirkan kita, nesecaya tidak akan kita berada di tempat kita hari ini.

Tetapi dewasa ini kita sering lihat di kaca televisyen, di dada akhbar dan di dalam internet berita bagaimana warga emas yang seharusnya kita sayangi dan kita hargai dibiarkan begitu sahaja. Tanpa perlindungan, tanpa kasih sayang, tanpa saudara mara dan tanpa segalanya. Mereka dibiarkan 'merempat' di rumah-rumah warga tua. Luluh rasanya hati ini bila membaca berita sebegini. Bagaimana pula rasanya jikalau kita berhadapan dengan mereka? Tidak tergambar rasanya perasaan itu.

Pada bulan Jun yang lalu, pihak JPMJ dan MPPM telah mengadakan lawatan ke rumah warga tua di Amman. Seorang rakan telah memberitahu bagaiman mereka rasa amat sedih dengan keadaan mereka di sana. Mereka bercerita bagaimana susah payah mereka bergadai nyawa demi membesarkan anak-anak tapi akhirnya mereka dicampak ke sana setelah anak-anak berkeluarga. Seandainya saya berada di tempat mereka, nesecaya saya sendiri akan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Tetapi mereka tabah. Tabah menghadapi ujian daripada Allah. Mereka yakin bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah sesekali kau mengenepikan kedua orang tuamu. Kerana merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka selagi mampu. Selagi kita masih mampu untuk membelai mereka, selagi kita masih mampu untuk membersihkan mereka, selagi mana kita mampu untuk membuat mereka tertawa selagi itulah terus berusaha. Janganlah jadi anak yang derhaka. Kerana walau seburuk mana pun mereka, mereka masih lagi ibu bapamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dirimu sewaktu kecil dahulu. Jikalau dahulu mereka akan menghalang nyamuk daripada menggigitmu, sekarang halanglah nyamuk-nyamuk daripada menggigit mereka. Lindungi mereka selagi mampu.

Ingatlah bahawa Allah maha mengetahui akan perbuatan hamba-Nya. Setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikkan. Dan keburukkan akan menerima siksa di SANA kelak. Jangalah menjadi anak yang derhaka. Sayangi mereka. Sesungguhnya,
"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"
Untuk bacaan lanjut: Abandoned by their kids
May
08
0

Happy Mother's Day


Siti Jumiah binti Senawi. Itulah nama seorang insan yang telah banyak berkorban demi untuk membesarkan diri ini. Tidak pernah mengenal erti jemu menjaga semenjak aku masih lagi dalam kandungan dan sehingga ke saat ini. Sesungguhnya tiada perkataan yang mampu menggambarkan segalanya. Tiada harta yang lebih berharga di dalam dunia ini yang mampu menandinginya. Dan semoga diri ini tidak akan melupakan atau meminggirkan dirimu mama hingga ke akhirnya. Mungkin cara diri ini menyampaikan tidak seperti yang dikau harapkan. Tetapi ketahuilah bahawa diri ini tetap akan menyayangi dirimu. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas dirimu yang telah membesarkan diri ini. Semoga sentiasa berbahagia bersama abah dan keluarga.

Dan ketahuilah walau apa terjadi, walaupun kita sudah mempunyai keluarga sendiri nanti mama akan sentiasa berada di hati InsyAllah.

Marilah rakan-rakan semua kita menghormati dan menyayangi ibu kita tidak kira seburuk mana sekalipun mereka, mereka tetap ibu kita. Tiada siapa yang dapat menjadi pengganti mereka. Kerana tanpa mereka, siapalah kita. Tanpa Allah, meranalah kita.


1986



2006



2009


Buat akhirnya terimalah lagu ini. Daripada band Hujan. Lagu ini ditujukan kepada semua ibu dan bakal ibu. Semoga pengorbanan kamu semua akan sentiasa dihargai. Dari kami anak-anak dan bakal bapa dan bapa sekalian.


Selamat Hari Ibu - Hujan

Apr
20
0

Aku, Dia dan 23...


Assalammualaikum....

Apa khabar semua?
Alhamdulillah sekarang nie telah berada di rotation terakhir untuk tahun 4. Lepas nie akan diteruskan dengan rotation Public Health. Ini bermakna pada summer sem ini akan menjejak kaki ke kampung-kampung bagi menyoal dan menyelidik kehidupan masyarakat di sini.

Rasanya dah hampir lima tahun berada di bumi orang nie. Dah macam-macam rasanya pengalaman dilalui. Tetapi masih merasakan belum cukup pengalaman untuk terus berjalan dengan lebih jauh. Dan telah hampir 5 tahun jugalah menyambut Hari Raya diperantauan juga hari lahir.

Alhamdulillah pada 18 April yang lalu genaplah 23 tahun berada di atas muka bumi ini dengan nikmat daripada Allah kepada hamba-Nya yang hina ini. Terasa diri ini lebih banyak membuat maksiat berbanding dengan amalan. Tapi masih bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Rasanyan memang sesuailah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kita kerana telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi diri kita hari ini.

Bersempena dengan hari lahir yang lalu ada menerima beberapa mesej yang saya rasa sungguh memberi kesan kepada diri.


"Assalammualaikum, nuet, tahniahlah krn dipanjangkn umur.. Smg sntiasa dlm ketaatan. Makin tua, makin dekat dgn ajal:-)"


"Salam.sanah helwah.mge usia ke-23 ini trus dlmpahi rhmt&ksh sygNy.dbri kbrktn dn hdayh dlm stiap tndkan..djauhi dr mnjd hmba y kufur.plg pntg trus kekal dlm nikmt iman&islam.kuatkan semangt,truskan mlangkh.ma'a twfq wan najah.salam"


terima kasih kepada mereka yang 'menghadiahkan' tazkirah di hari lahir. semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya selalu. memang hati ini memerlukan peringatan di kala berada dalam kegembiraan.

semoga umur yang panjang ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya. dan semoga diri ini dan rakan-rakan sekalian akan terus berjuang untuk menguatkan Islam. InsyAllah akan terbina daulah Islamiyah (bukan sekadar Fizik Islam, hidup Islam pun akan wujud dengan perbuatan bukan perkataan semata-mata).

Tidak dilupakan juga kepada 'kembar-kembar' yang berada di Jordan, mahupun di Malaysia. Semoga kita semua menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Apr
05
0

Proud To Be Your Son



Selamat Hari Lahir yang ke-48 (28 Mac).
Terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkan diri ini.
Sesungguhnya tiada apa yang menyamai segala pengorbanan yang telah Abah lakukan selama ini untuk membesarkan diri ini. Walaupun saya tahu bahawa abah saya tidak akan membaca entry nie, cuma nak memberi tahu kepada dunia bahawa dialah abah yang KOOL. Proud to be your son. Heh.....

Semoga dengan pertambahan usia akan menjadikan kita lebih dekat kepada pencipta kita.




Semoga kekal bahagia bersama-sama mama.

Dari anakmu yang jauh.....
 
Copyright © CHRONICLEofanwar