Semalaman di Mafraq

Setelah berkali-kali aku cuba ntuk pergi ke Mafraq, akhirnya tercapai juga hajat aku nak ke sana. Nie semua gara-gara Yaser... Aku ngan Rahmat pergi ke Mafraq ntuk melawat kengkawan kat sanah.

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami bertolak lewat petang ( lebih kurang pukul 6.00 ). Sampai di Mafraq dalam pukul 7.00 malam.

So sebenarnya semalam adalah kebetulan hari lahir Yaser ( kawan Farhan @ Mesir merangkap kawan aku juga. Aku ditugaskan ntuk menjaga budak nie. huhu~ ). So dengan itu aku pun pergi bersama dengan sebuah hadiah ntuk si Yaser nie ( wei ko dah buka belum? sorry ler itu ajer yg aku ngan Tadiin mampu nak bagi ).

Best juga duduk kat Mafraq nie ( sekadar ayat nak jaga hati ). Hehe. Semalam kami semua dijamukan dengan pelbagai juadah yang istimewa ntuk santapan semua orang. Ada kek coklat, laksa penang, murtabak, roti canai, nasi goreng, mee goreng, puding jagung, dan juga samosa ( sejenis makanan segera kat snih cam popia ).

So semalam juga adalah aku rasa kali pertama aku menonton perlawanan bola sepak kat Jordan nie (selain piala duta dan juga futsal PERMAI ). Mmm bolehlah kot. Walaupun aku tak minat sangat nak nengok bola nie aku tetap menabahkan diri ntuk menonton mendalah tuh. Semalam match yg aku nengok adalah Manchester United vs Sunderland dan juga Barcelona vs (ntah menda aper ntah nama team satu lagi tuh. aku pun tak ingat ).

setelah abes menonton bola tuh, aku balik semula ke rumah yaser ( sebab majlis tuh buat kat umah budak lain ). pastuh kat umah, tidak terus sahaja ntuk tido. kami menyambung pulak tayangan yang tergendala sebentar tadi iaitu menonton filem Buli Balik. Kisah yang menarik hati dan juga menyanyat hati. Macam-macam menda yang aku dapat nengok dalam citer. Nielah sebenarnya realiti kehidupan kita. Tak semuanya indah di dunia nie. Macam-macam rintangan, cubaan dan dugaan yang perlu kita hadapi.

So kepada sesiapa yang belum lagi menonton filem nie, aku rasa bolehlah ntuk ditonton. Kerana aku bukan pengkritik fielm yang best, korang kena nengok sendiri then baru korang semua decide camne. Pada aku ok ajer. Setelah penat berborak dengan Bob, Akram, Shahril dan lain-lain lagi, aku pun memejamkan mata aku tepat jam 2 pg.

Hari nie aku bangun dalam kol 6.30 camtuh ah. pergh, sakit giler kepala. Rasa cam ader menda berat ajer kat atas kepala nie. Pastuh aku bangun then duduk depan pc bebudak nie. Melihat friendster, dan juga membuka blog aku yg tak best nie. Setelah itu, aku gi sarapan pagi ( dalam pukul 11 rasanya. biasa ah orang bujang. lainlah macam ada orang tuh, sarapan pagi pun buat "tom yam". muahahahaha~ ). Pastuh meneruskan aktiviti biasa seorang manusia yang lagha dengan menonton macam-macam rancangan yang dah di donload oleh si Bob dalam pc dier.

Kemudian jam menunjukkan pukul 2.30 ptg. Aku ngan Rahmat pun bersiap ntuk balik semula ke Irbid. Setelah sehari lebih duduk kat Mafraq nie, macam-macam dah aku buat. Kini tiba masa untuk kembali semula ke Irbid bagi meneruskan aktiviti aku sebagai seorang mahasiswa kat JUST. Dan sekarang nie aku sedang menulis sambil menunggu waktu maghrib.

Dan ntah aper-aper ntah aku citer kat snih. So aku rasa aku kena berhenti sebelum lebih banyak nama dan jiwa yang tidak berdosa terlibat sama dalam aku nyer citer nie. So kepada kawan-kawan tahun dua semua, SELAMAT BERJAYA DALAM EXAM HLS pada 22 April nie. Mmmmm. Dan satu lagi, pada 18 April nie adalah hari lahir aku yang ke-20. Rasa cam nak wat entry khas ajer. Tapi nengok ah nanti. Kalau ada, aderlah ek. Ok selamat petang Irbid.....

p/s: kepada sesiapa yang ada terlibat dalam kisah nie dan marah kat aku, hehehe, jangan marah. nanti cepat tua. dah cepat tua nanti takder orang nak kaco dah. huhu~

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar