AT-10-TION FOR SBP STUDENT DAN .........

Ingat-ingat wahai sahabat-sahabat sekolah agama
zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Al-Amin.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems more like the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz&ustazah ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila..pi usrah la..join persatuan
agama laaaaa;
Sekarang haprak xder...kumpul habuk jer,
"atau...Alah, aku banyak kerja lain laa..." (huh? sembang ngan awek boleh plak?)

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.
Orang cakap budak sbp..sek.agama.. berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah asrama penuh dan
agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat, Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama dan sbp,
Majoriti terkejut dek dunia luar;(erk.......)
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"
Kesian ustaz dan ustazah mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.(lantak korang ah aper nak jadi)

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.(Ya Allah ya
Tuhanku....ampunkan hambaMu ini..)


Don't be hipocrit,k
Sekian, wassalam..semoga kita sama-sama
beroleh iktibar.Amin~

So camne? Benda nie bukan saya tuju kepada kumpulan yg disebut kat atas ajer, yang lain tuh......
Kalau ader menda yang menarik ntuk dikongsikan lagi, boleh ah bagi kat aku ek.
nie pun ader orang bg kat aku nie.....
ntuk renungan bersama diri aku yang serba kekurangan nie...
semoga kita mencapai cita-cita kita ; Keredhaan-Nya.


"Boleh top-up kat snih"

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar