Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
2

Healing by Sami Yusuf



VERSE 1:

It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it’s ok
لكن اعتقادي

Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني

There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي

It’s calling you and I
يناديني ويناديك

It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It’s Nature’s order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
2

Akhirnya…..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

 

Alhamdulillah akhirnya habis jgak ‘SPM’ pelajar tahun 5 perubatan di JUST nie. Dan sejuta tahniah diucapkan kepada semua pelajar tahun 5 kerana telah berjaya melaluinya dengan jayanya. Semoga keputusan yang bakal diterima nanti akan menjadikan anda lebih cemerlang di dunia dan akhirat. Jangan lupa untuk menilai doktor-doktor ye supaya keputusan boleh diketahui dengan lebih awal. Hehehehe.

Sepanjang 3 minggu kami ber-exam macam-macam perkara yang telah berlaku. Dari sekecil-kecil perkara kepada kisah rampasan Freedom Flotilla. Dari mana nak mula pun xpasti. Tapi kita cubalah kot skit-skit.

 

Pertama sekali ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menghabiskan 6 tahun sebagai seorang pelajar perubatan dan kini akan menempuhi fasa baru sebagai seorang bakal doktor pula. Dan pada tahun ini buat pertama kalinya semua pelajar telah lulus dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada: Dr. Muhtadiin Ramli, Dr. Mohd Nur ‘Aizat Mohd Yasim, Dr. Ahmad Firdaus Mohamad, Dr. Ihsan Mustaein Kori, Dr. Iqbal Haziq Ilyas, Dr. Farah Najihah Tajurudin, Dr. Siti Sarah Dardiri, Dr. Hetty Ayuni Sulaiman, Dr. Nur Faezza Mokhtar, Dr. ‘Aqilah Suhaimi, Dr. Kamilah Shafii, Dr. Nur Aqilah Tajul Lile, Dr. Nur Atikah Tajul Lile, Dr. Juiliana Hamzah, Dr. Shukriyah Sulong, dan Dr. Noorzayyani Md Noor. Semoga fasa seterusnya korang semua akan berjaya dengan lebih cemerlang. Dan pesanan penaja, jikalau ada membuat kenduri ke, terasa nak belanja makan nasi minyak ke jangan dilupakan kami di sini ye.

 

Class of 2010

 

Sebagaimana yang telah kita dengar, kisah rampasan Freedom Flotilla oleh regim Zionist akhir bulan lalu. Di mana dalam rampasan tersebut telah mengorbankan 9 orang aktivis pro-palestine warganegara Turki. Kejadian telah menggemparkan dunia. Satu reaksi yang mungkin ‘genuine’ atau sekadar reaksi sementara masyarakat dunia terhadap kekejaman mereka terhadap masyarakat antarabangsa. Walau apa pun, kita telah dapat melihat bagaimana kekejaman mereka disaksikan dunia. Masyarakat antarabangsa telah mula sedar akan kekejaman regim zionist. Namun adakah reaksi tersebut akan berkekalan? Dengan bermulanya bola sepak piala dunia, aku menjadi kurang yakin dengan apa yang telah dilihat. Bahkan masyarakat Islam sendiri mungkin sama-sama hanyut dengan pesta tersebut. Rugilah seandainya perkara itu terjadi kepada kita. Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa.

 

 

 

Credit to Abumalik Studio for the vids.

 

 

Sampai di sini dahulu. InsyaAllah kita akan bercerita panjang lagi nanti. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Wassalam.

2

Kisah Seorang Lelaki



Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat untuk terus hidup sehingga ke saat ini.

Dah lama rasanya tidak menulis. Hampir sebulan lamanya. Banyak benda yang telah berlaku sepanjang sebulan lebih yang lalu.

Alhamdulillah pada 18 April yang lalu genaplah usia diri ini 24 tahun. Wah dah 24 tahun hidup. Alhamdulillah di atas nikmat-Nya yang tidak terhingga. Tetapi apa yang telah aku lakukan dalam 24 tahun yang telah berlalu? Adakah ianya menyumbang kepada Islam? Atau adakah menyumbang kepada kehancurannya. Tepuk dada tanyalah iman di dada.

Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah mendoakan. Semoga kalian juga akan sentiasa di pelihara-Nya. Terima kasih juga kepada rakan yang telah sudi memberi peringatan yang berguna di hari lahir dengan menghadiahkan buku ini: Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ( seperti gambar di atas. wah tajuk boleh tahan juga. Hehehe ;P ).

Buku yang sangat menarik untuk dibaca oleh kita semua yang bergelar seorang lelaki. Memaparkan pengalaman hidup seorang lelaki yang bergelar anak, suami, ayah dan pendakwah. Menarik untuk difikirkan bersama-sama agar perjalanan kita nanti juga akan berjaya diharungi. Terima kasih tidak terhingga sekali lagi.

Juga dapat sebuah buku yang bertajuk The Prophet Muhammad: The Best of All Husbands. Nie hadiah daripada orang yang dah tak lama dah nie. Hehehe. Nak suruh ikut jejak langkah kot. Apa-apa pun terima kasih kepada anda. Juga sebuah buku yang menarik. Contoh dan tauladan seluruh ummat yang harus dimiliki bagi mereka yang dah mula berkira-kira untuk melangkah ke alam rumah tangga ( ini bukan iklan ye ). Tapi kalau tiada calon tapi dah bersedia bolehlah rujuk kepada Bayt Muslim MPPM ( ok yang ni baru iklan ).

The best of all husbands

Terima kasih juga kepada yang telah memberikan hadiah yang lain. Semoga ukhwah kita semua akan sentiasa kukuh ke akhirnya. Terima kasih juga sebab makan sama-sama arituh.

Tidak dilupakan juga telah menyertai KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan) 2010 yang telah berlangsung di mantiqah Mafraq selama 2 hari semalam. Saya telah menyertai pasukan bola sepak Irbid B sebagai penjaga gol. Setelah hampir seharian kami berusaha dengan bersungguh-sungguh, hanya tempat ke-3 yang berjaya kami peroleh (minta maaf kepada kawan-kawan semua kerana banyak melepaskan sepakan penalti penentuan ke peringkat akhir). Apa-apa pun saya rasa berbangga kerana dapat bermain bersama-sama kalian. Terima kasih sekali lagi.

KARISMA Irbid B

Irbid B

Juga Alhamdulillah kerana PERMAI Super League (PSL) telah berjaya ditamatkan semalam setelah hampir 6 bulan lebih berlangsung. Dan sejuta syukur juga kepada Ilahi kerana telah memberikan kami kejayaan bergelar juara PSL kali pertama ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kapten TDH (The Dark Horses), Azri a.k.a Poey, dan team mates; Anwarash, Izzat Cardiac, Ejard, Halfie, Dzofir, Usamah, Amirul Aiman, Amirul Hafiz, Sidi, Baem, Firdaus a.k.a Ijai, Mukhlis, Hashemi, Sheikh Imran, Syafiq a.k.a Sadis, Madnor, Muhtadii, dan Faiq Nabil. Terima kasih kerana telah memberikan peluang untuk bermain dengan kalian. Walaupun tak reti nak main tapi korang tak kisah. Hehehe….

NWA_3785

NWA_3790

Akhirnya, insyaAllah peperiksaan akhir tahun 5 perubatan yang berjumlah 11 kertas semuanya akan bermula lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Dah bersedia ke? Doakanlah semoga mendapat yang terbaik dan juga diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah tinggal sedikit sahaja lagi untuk melangkah ke alam seterusnya yang pastinya menjanjikan seribu satu dugaan, cabaran dan kejutan. Semoga hati ini akan sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berjuang di jalan-Nya.

InsyaAllah jikalau diberikan kekuatan dan masa lagi entry seterusnya akan dibuat selepas tamat peperiksaan nanti. Sama-sama kita semua berusaha ke arah kecermelangan di dunia dan akhirat.

Akhir kata, moga kekuatan kita ini akan membantu Islam terus berjaya dan berjaya. Wassalam.

6

Buat Semua.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Setelah beberapa lama tidak mengupdate, akhirnya ada juga peluang nak update.

Semenjak akhir-akhir ini pelbagai perkara telah berlaku di dalam dan luar negara. Hakikatnya komuniti Islam semakin terhimpit oleh musuh Islam dan orang Islam sendiri. Kalau musuh Islamnya memang semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W sendiri kita semua sedia maklum. Tetapi jikalau orang Islam sendiri yang menjadi musuh kepada Islam, saya rasa tidak pernah ada sahabat yang menjadi petualang. Melainkan golongan musyrikin yang siangnya Islam dan malamnya menjadi musuh.

Persoalannya mengapa wujudnya golongan seperti ini? Adakah mereka tidak puas hati dengan Islam? Ataukah mereka mempunyai agenda tersendiri? Mungkin saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk berbicara tentang perkara ini. Tetapi kita sebagai ummat yang telah diberikan peluang untuk terus bernafas dalam nikmat Iman dan Islam haruslah memandang perkara ini dengan serius.

Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak menyatakan kesalahan mereka di sini. Tetapi untuk dijadikan peringatan buat diri dan rakan-rakan. Mungkin sesetengah rakan-rakan pembaca sibuk membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah, tentang penutupan sempada Mesir dan Gaza, isu pembakaran gereja, isu pengebom berani mati dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan semua itu ada kepentingannya. Dan saya bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Kerana Islam itu tidak hanya pada cara kita beribadat semata-mata. Tidak hanya pada politik semata-mata. Tetapi Islam itu adalah menyeluruh. 'All or nothing at all' itulah saya rasa ungkapan yang paling sesuai.

Berbalik kepada isu orang Islam yang menjadi musuh Islam sendiri. Islam itu tidak semestinya beriman. Tetapi orang yang beriman itu Islam. Jadi saya rasa sifirnya mudah. Tidak perlu lagi untuk saya huraikan. Cuma persoalannya mengapa jadi begini? Mereka itu jikalau disoroti profile mereka, kebanyakkan saya rasa mempunyai latar belakang pendidikan agama. Bagaimana akhirnya mereka berubah? Adakah kerana kelemahan sistem pembelajaran ummah? Ataukah kerana terpesona dengan pujukkan dunia? Ataukah kerana mereka sedari awal lagi adalah ejen kepada musuh Islam?

Untuk tidak membenarkan pisang berbuah dua kali, cuba kita perhati diri kita. Adakah kita mempunyai 'traits' untuk menjadi seperti mereka? Apakah kefahaman kita tentang Islam adalah kuat? Saya secara peribadi mengakui saya bukanlah seorang yang betul-betul faham akan agama saya. Dan saya harap saya tidak akan jemu untuk terus belajar tentang agama saya agar menjadi seorang muslim yang kukuh pegangannya. Tetapi dalam kita berjuang untuk menjadi muslim sejati ini memerlukan kepada orang yang sentiasa mengingatkan kita. Tidak kiralah rakan, adik-beradik, ibu ayah, suami isteri atau pun sekadar saudara seagama. Oleh itu, ingatkanlah saya seandainya saya leka dan insyaAllah saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Semoga apa yang kita lakukan ini akan mendapat keredhaan-Nya.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Wassalam.
0

Salam Ramadhan dan Aidilfitri

Duduk dari kiri: Iqbal, Anwar, Aizat Yasim, Aizat Amiruddin.
Berdiri dari kiri: Adam, Ihsan, En. Azmir, En. Hasmat, Muhtadiin, Firdaus.


Assalammualaikum.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan. Semoga kita semua akan dipertemukan dengan Ramadhan dalam keadaan yang bersedia. Sama-samalah kita menjejaki malam Al-Qadr dan berusaha untuk meninggkatkan amalan kita semua.

InsyaAllah hari ini saya akan kembali ke tanah air untuk bercuti selama hampir-hampir 7 minggu lamanya. Hurm satu tempoh masa yang agak lama bagi seorang pelajar perubatan di Jordan. Jadi peluang yang tidak akan berulang ini tidak boleh di ambil mudah. Harus pulang. Hehehe. Tetapi kasihan juga kepada mereka yang tinggal di sini. Apa tidaknya, pelajar-pelajar baru akan tiba kira-kira seminggu sebelum raya. Yang tidak pulang dikatakan berjumlah lebih kurang 40 orang sahaja. Mampukah mereka menguruskan? Dan yang tinggal itu tidak semua pun akan membantu. Maaflah seandainya tahu rasanya mungkin terpaksa juga tidak balik. Tapi apakan daya dah lama tak balik. Heh (alasan lebih nie...)

Jadi sempena nak tinggalkan blog ini tidak berupdate lebih kurang hampir 2 bulan lamanya, di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga segala amalan kita akan diterima. Semoga kepulangan yang dinanti ini akan memberikan kita kebaikkan di dunia dan akhirat. Buat rakan-rakan seperjuangan yang akan tinggal di sini atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang. Buat yang pulang ke Malaysia, jangan lupa tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya. Buat yang ada di India, jangan lupa balik snih buka sekolah nanti ek. Heh.

Tahun ini merupakan tahun terakhir bersama rakan-rakan sebatch. So rasanya kita kena buat something yang menarik. Untuk dijadikan kenangan bersama. Untuk ditunjukkan kepada anak-anak kita nanti. Gunakan peluang yang tinggal sebaiknya. Semoga kita ditempatkan bersama mereka yang mendapat perlindungan-Nya di SANA kelak.

Akhir kata, Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sekian, wassalam.
0

End of one, beginning of another.


Ahli Majlis Tertinggi MPPM Jordan Sesi 2008/2009


Pada 11 Julai yang lalu, tamatlah sudah tugas saya sebagai seorang setiausaha agung MPPM. Alhamdulillah mesyuarat agung telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga diucapakan kepada Pengarah dan AJK MEKAR semua. Tanpa kalian, MEKAR tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada semua ahli MPPM yang telah datang bersama-sama untuk menjayakan MEKAR. Sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia dan JPM Jordan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama para pelajar Malaysia di Jordan. Semoga hubungan baik antara pelajar dan Keduataan dan JPM akan terus berkekalan.

Dan yang paling penting adalah kepada semua Ahli Majlis Tertinggi MPPM sesi 2008/2009, Ahli Badan Pengurus MPPM sesi 2008/2009 dan semua Ahli Majlis Eksekutif MPPM sesi 2008/2009. Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kita bekerja bersama. Walaupun jawatan setiausaha agung bukanlah suatu yang besar, tetapi bagi saya ini adalah pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan. satu pengalaman yang telah mengajar diri bagaimana untuk membahagikan masa antara tugas sebagai seorang pelajar dengan tugas sebagai seorang yang berpersatuan. Memang ia bukan perkara yang mudah. Tetapi dengan keazaman dan semangat juang yang tinggi saya rasa ia tidak akan dilihat sebagai satu bebanan. Malahan dilihat sebagai satu peluang untuk terus ke hadapan.


Duduk dari kiri: Penulis, Dzulqarnain (Presiden), Shahrul Ifwat (Timb. Presiden I).
Berdiri dari kiri: Izwan (BPE), Aladin (Bendahari), Amzari (BKKS), Shahrul (BPK)
Tiada dalam gambar: Afiq (BPMA)
Pic credit to Amzari


Percaya atau tidak jikalau saya katakan dengan berpersatuan anda akan lebih menghargai masa yang ada? Benar, kerana apabila ada mempunyai banyak tanggungjawab anda akan mengurus masa dengan lebih baik. Kerana itulah hakikat kita manusia. Akan bergerak dengan lebih pantas apabila ada tekanan. Dan apabila itu berlaku, kita akan lebih peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Jadi saya rasa dengan berpersatuan tidak akan menggagalkan anda. Tetapi jikalau seseorang itu gagal kerana berpersatuan, yang menggagalkan adalah dirinya sendiri. Bukan kerana berpersatuan. Seperti yang pernah saya katakan di Irbid dahulu, "Berpersatuan dan belajar ini adalah diibaratkan seperti Ibu dan Isteri. Dua-dua penting dalam hidup kita nanti. Ibu itu adalah pelajaran. Dan isteri adalah berpersatuan. Masa yang telah diperuntukkan untuk satu, tidak seharusnya digunakan untuk yang lain. Haruslah diseimbangkan di antara kedua-dua. Jadi kenalah uruskan dengan betul." (Jangan tanya kenapa menggunakan contoh nie.....)

Rasanya cukup sekadar ini. Panjang-panjang orang tak baca. Tak sampai mesej. Hehehe. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang telah terlibat. Tahniah diucapkan kepada sesi pimpinan baru. Semoga kalian akan membawa MPPM Jordan selangkah lagi ke hadapan. Jauh lebih berjaya daripada kami. InsyaAllah kami sentiasa akan membantu apa yang termampu. Semoga ikatan ukhawah yang telah terbina sepanjang kita mentadbir bersama akan kekal selamanya. Semoga berjaya kepada semua.

Wassalam.
0

Pabila.....

Assalammualaikum....

Apa khabar semua? Harap semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Semoga setiap hari kita akan semakin rapat dengan pencipta kita. Semoga setiap saat yang kita lalui akan menjadikan kita lebih dekat dengan-Nya. Semoga ianya menjadi satu kenyataan bukan sekadar angan-angan.

Alhamdulillah semalam telah selesai peperiksaan OSCE ntuk rotation terakhir tahun 4 iaitu Surgery. Segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan namun masih bersyukur kerana telah diberikan petunjuk ke arah yang benar. Jutaan syukur juga dipanjatkan kerana kekuatan dalaman yang telah dikurniakan untuk menempuhi hari-hari yang semakin mencabar. Dalam dunia tanpa sempadan ini pelbagai dugaan dan cubaan yang datang tanpa diduga. Sedar-sedar ianya telah berada di hadapan kita. Apakah yang dapat menghalang kita daripada terus hanyut bersama arus dunia ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah pengabdian diri kita kepada Allah.

Kini yang tinggal hanyalah peperiksaan akhir yang akan bermula pada 1, 4 dan 8 Jun 2009. InsyAllah semoga diberikan kemudahan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal "dihadiahkan" kepada kita orang. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada rakan-rakan tahun 5 yang masih lagi berbaki 8 subjek untuk peperiksaan akhir. Semoga berjaya dengan cemerlang dan terus melangkah tanpa rasa gundah gulana. Ingatlah kejayaan adalah bagi mereka yang mahu berjaya. Juga kepada senior2 tahun 6 yang akan melalui interview pada minggu hadapan, semoga berjaya. InsyAllah kalian akan menjadi doktor muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ianya akan menjadi pendorong kepada adik-adik untuk terus berjaya dengan cemerlang.

Alhamdulillah dan syukur juga dipanjatkan kepada Allah kerana pada tahun ini telah diberikan peluang untuk menyambut raya bersama keluarga di Malaysia. Walaupun masih terlalu awal, tetapi perasaan itu rasanya tidak dapat digambarkan lagi. Rasanya macam nak esok ajer raya (heh... puasa pun belum nak raya). Walaupun cutinya tidak lama, tapi rasanya cukup untuk melepaskan rindu kepada keluarga dan saudara-mara yang hampir 5 tahun tidak ketemu. Juga agar dapat merapatkan hubungan dengan keluarga. Semoga segala apa yang dirancang diberkati oleh-Nya. Semoga Islam akan terus kekal cemerlang di muka bumi ini.

Buat akhirnya, saya ingin mengajak rakan-rakan semua kembali kepada Allah. Ingatlah dia adalah destinasi kita. Kerana akhirnya kepada-Nya jua kita akan kembali. Semoga kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang sempurna (walaupun tiada manusia yang sempurna). Semoga kejayaan menjadi milik kita semua.

Salam Perjuangan buat semua rakan-rakan.
Wassalam.
0

Pasca-KARISMA, Pre-OSCE & Final


Assalammualaikum....

Alhamdulillah dan syukur kepada-Nya kerana masih dikurniakan nikmat Iman, Islam dan kehidupan. Sekali lagi diberi peluang untuk berjalan di atas muka bumi Allah yang penuh dengan pengajaran. Terima kasih tidak terhingga juga kepada-Nya kerana masih lagi memelihara diri ini dalam nikmat yang paling besar dan bernilai; Iman dan Islam.

Maka telah berakhirnya KARISMA tahun 2009. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk melayan karenah kami tatemu yang jarang-jarang tiba di Mu'tah. Tahniah juga kepada AJK pelaksana yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran majlis tersebut.

Alhamdulillah pada tahun ini merasa juga membawa balik pingat dari KARISMA. Walaupun hanya mendapat gangsa. Tetapi ini adalah merupakan satu pencapaian yang memang dinantikan. Kerana semenjak tahun 2 menyertai KARISMA, ini adalah kali pertama pasukan Irbid B mendapat pingat. Tahun-tahun sebelum ini hanya sekadar menjadi pasukan belasahan sahaja. Tetapi kali ini turut menjadi pasukan yang agak digeruni juga. Terima kasih kepada semua ahli pasukan yang telah memberikan kepercayaan kepada diri ini untuk menjadi penjaga gol walaupun tidak suka 'terbang'. KARISMA pada tahun ini berlainan berbanding tahun-tahun lepas. Kerana pada tahun ini menyertai KARISMA menyandang jawatan sebagai Setiausaha MPPM yang menggantikan tempat Presiden. Jadi amanah itu lebih besar. Terasa diri ini sebenarnya tidak layak untuk berada di situ. Nasib baik hanya disuruh untuk menerima bendera. Kalau di suruh berucap, mahu meraban ajer. Hahahahaha...... (Nie kena masuk kelab pidato nie.)

InsyAllah peperiksaan Mini OSCE dan OSCE bagi rotation terakhir ini akan berlangsung pada 20/5. Doakanlah agar dipermudahkan untuk menjawab soalan dengan tenang. InsyAllah hari khamis akan datang ini akan menduduki interview bagi Surgery. Aduhai, terasa macam viva plak. (Kalau dia tanya pasal sarcoma melopong ah jawab nyer.)

Peperiksaan akhir pula akan diadakan pada 1, 4 dan 8 Jun 2009. Doakanlah agar dipermudakan juga untuk menjawab soalan dengan tenang. Dan jikalau diizinkan dan dijemput sebagai tetamu-Nya pada 10 Jun akan bertolak ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Rindu sungguh pada pemandangan Haramain.

Buat akhirnya, semoga berjaya kepada semua rakan-rakan tahun 4 yang akan menduduki peperiksaan bersama-sama. Kepada rakan-rakan sebatch tahun 5 kini, selamat menduduki peperiksaan rotation terakhir dan peperiksaan akhir. Semoga anda semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya kejayaan yang cemerlang bagi mereka yang mahu berjaya. Semoga usaha kita semua akan membuahkan hasil. Dan tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan tahun akhir yang sedang menduduki peperiksaan akhir. Doa dan harapkan kami sentiasa bersama-sama kalian. Moga menjadi doktor yang sentiasa taat kepada perintah-Nya.

Ucapan buat semua rakan-rakan tidak dikira di mana sahaja berada, semoga kita bersama-sama menjadi seorang hamba yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Ingatlah kita kepada janji-Nya. Sesungguhnya janji-Nya adalah pasti. Just matter of time. Marilah bersama-sama kita bangunkan Islam. Tinggalkan persengketaan kerana perkara kecil. Tegakkan khilafah di atas muka bumi ini. InsyAllah kejayaan bagi mereka yang mahu berjaya.

Takbir, AllAHUAKBAR!!!
0

Aku, Dia dan 23...


Assalammualaikum....

Apa khabar semua?
Alhamdulillah sekarang nie telah berada di rotation terakhir untuk tahun 4. Lepas nie akan diteruskan dengan rotation Public Health. Ini bermakna pada summer sem ini akan menjejak kaki ke kampung-kampung bagi menyoal dan menyelidik kehidupan masyarakat di sini.

Rasanya dah hampir lima tahun berada di bumi orang nie. Dah macam-macam rasanya pengalaman dilalui. Tetapi masih merasakan belum cukup pengalaman untuk terus berjalan dengan lebih jauh. Dan telah hampir 5 tahun jugalah menyambut Hari Raya diperantauan juga hari lahir.

Alhamdulillah pada 18 April yang lalu genaplah 23 tahun berada di atas muka bumi ini dengan nikmat daripada Allah kepada hamba-Nya yang hina ini. Terasa diri ini lebih banyak membuat maksiat berbanding dengan amalan. Tapi masih bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Rasanyan memang sesuailah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kita kerana telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi diri kita hari ini.

Bersempena dengan hari lahir yang lalu ada menerima beberapa mesej yang saya rasa sungguh memberi kesan kepada diri.


"Assalammualaikum, nuet, tahniahlah krn dipanjangkn umur.. Smg sntiasa dlm ketaatan. Makin tua, makin dekat dgn ajal:-)"


"Salam.sanah helwah.mge usia ke-23 ini trus dlmpahi rhmt&ksh sygNy.dbri kbrktn dn hdayh dlm stiap tndkan..djauhi dr mnjd hmba y kufur.plg pntg trus kekal dlm nikmt iman&islam.kuatkan semangt,truskan mlangkh.ma'a twfq wan najah.salam"


terima kasih kepada mereka yang 'menghadiahkan' tazkirah di hari lahir. semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya selalu. memang hati ini memerlukan peringatan di kala berada dalam kegembiraan.

semoga umur yang panjang ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya. dan semoga diri ini dan rakan-rakan sekalian akan terus berjuang untuk menguatkan Islam. InsyAllah akan terbina daulah Islamiyah (bukan sekadar Fizik Islam, hidup Islam pun akan wujud dengan perbuatan bukan perkataan semata-mata).

Tidak dilupakan juga kepada 'kembar-kembar' yang berada di Jordan, mahupun di Malaysia. Semoga kita semua menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
0

Proud To Be Your Son



Selamat Hari Lahir yang ke-48 (28 Mac).
Terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkan diri ini.
Sesungguhnya tiada apa yang menyamai segala pengorbanan yang telah Abah lakukan selama ini untuk membesarkan diri ini. Walaupun saya tahu bahawa abah saya tidak akan membaca entry nie, cuma nak memberi tahu kepada dunia bahawa dialah abah yang KOOL. Proud to be your son. Heh.....

Semoga dengan pertambahan usia akan menjadikan kita lebih dekat kepada pencipta kita.




Semoga kekal bahagia bersama-sama mama.

Dari anakmu yang jauh.....
0

Kisah di Irbid


Ihsan (berbaring) dilawat oleh Presiden JUST, Dr Wajih Uwais dan Pengarah KAUH Dr Mahmod Shiab


Assalammualaikum.....

Takziah buat sahabat kita Ihsan Mustaein Kori pelajar tahun 5 perubatan yang telah ditikam di peha oleh penjenayah. Setakat entry ini ditulis beliau telah pun sedar dan berada dalam keadaan yang stabil. Setakat ini penjenayah tersebut masih belum lagi dapat ditangkap. Oleh itu, peringatan daripada saya, PERMAI dan MPPM mengingatkan kepada semua pelajar Malaysia di Irbid khususnya dan kepada semua yang berada di Jordan agar berhati-hati di waktu malam. Terutama jikalau memerlukan saudara dan saudari untuk keluar di waktu malam. Sentiasa beringat-ingat di mana sahaja berada. Saling ingat mengingati kepada rakan-rakan lain jua. Agar diri kita sentiasa selamat. Banyakkan beristghfar dan memohon perlidungan daripada-NYA. Semoga sentiasa dalam lindungan-NYA.

Sedikit maklumat berkaitan kejadian.

Saya difahamkan bahawa mangsa dan seorang rakan beliau sedang dalam perjalanan ke rumah rakan yang lain. Kemudian mereka dirasa diikuti oleh dua orang arab. Secara tiba-tiba mereka dirangkul dari belakang. Rakan mangsa kemudian sempat meloloskan diri dan lari. Beliau kemudian sekali lagi ditangkap. Kemudian berlaku sedikit bergelutan antara rakan mangsa dan penjenayah tersebut. Alhamdulillah beliau terlepas setelah rakan mangsa menumbuk dicelah kangkang penjenyah. Beliau kemudian lari ke jalan besar. Setelah beliau sedar penjenayah tersebut tidak mengejar, dia bepaling dan mendapati penjenayah telah beredar dan mendapati mangsa telah ditikam di peha kanan. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk menggantikan salur darah yang telah rosak. Alhamdulillah mangsa berjaya melaluinya dengan selamat. Saya difahamkan mangsa terpaksa ditahan di wad dalam 3 ker 4 hari. Dan kini berada di Hospital Universiti Raja Abdullah, J.U.S.T atau lebih dikenali sebagai KAUH.

Tiada barang berharga yang hilang kerana mangsa tidak membawa sebarang barang berharga.

Sama-sama berdoa agar beliau sentiasa dalam perlindungan-NYA. Semoga Allah memberi hidayah kepada penjenayah tersebut agar kembali ke jalan yang benar.

Sayangi diri anda dan rakan-rakan anda kerana Allah. Sesungguhnya setiap amalan kerana-NYA akan dikira sebagai amal.
0

1430H dan 2009M

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Harap semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Selamat tahun baru Hijrah 1430H dan tahun masihi 2009. Bersempena dengan tahun baru ini apakah harapan kita? Adakah ingin berada di takuk lama? Adakah kita ingin terus berada di daerah selesa kita?

Ayuh rakan-rakan sekalian, bersama-sama kita bangkit dan terus melangkah ke hadapan. Perkuatkan barisan perjuangan kita. Tingkatkan ilmu, iman dan amal kita. Persiapan yang telah kita lakukan sepanjang setahun yang lalu akan diuji pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Adakah kita bersedia untuk diuji? Adakah kita bersedia untuk memberikan yang terbaik? Adakah kita bersedia untuk dibebankan dengan bebanan tugasan sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang harus timbul di fikiran kita. Bukan sekadar berfikir dengan kedatangan tahun baru ini nak menambah koleksi cerita, nak tambah koleksi kereta, nak tambah koleksi bini, nak tambah koleksi dosa? Astghfirullah insaflah wahai sahabat. Sesungguhnya hidup ini hanyalah persinggahan sementara. Di sana jua destinasi kita. Dan destinasi cinta kita adalah kepada-Nya.

Ingatlah jikalau segala apa yang kita lakukan diniatkan kerana-Nya, insyAllah akan kita kecapi kemanisannya. Dan akhirnya cinta-Nya jua yang akan memberikan kita segala-galanya tanpa rasa kecewa. Wahai rakan-rakan marilah kita rapatkan sof kita dan terus mara ke hadapan. Agar esok akan ada sinar Islam untuk menerangi generasi kita yang seterusnya. Semoga cita-cita untuk menegakkan khilafah islamiyah akan tercapai. Dan ia tidak akan terbayang tanpa kita sebagai individu merubah diri kita dan orang disekeliling kita. Semoga usaha kita dikira sebagai satu amalan di sisi-Nya.

Sekian, wassalam.
0

Kahwin oh Kahwin



Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Kullu 3am wa antum bi kheir insyAllah.
Semoga segala amalan kita akan diberkati dan dirahmati-NYA.

Setelah hampir beberapa bulan memulakan clinical years, kita kami telah diberikan cuti. Yeay!!! Alhamdulillah. Dapatlah merehatkan diri buat seketika. Tetapi sebagai ummat Islam sepenuh masa, tiada waktu yang kita bebas dari melakukan suruhan-NYA. Setiap masa, ketika dan di mana sahaja kita tetap wajib untuk melaksanakannya. Jadi kira macam xbercuti jugalah. Cuti yang sebenarnya adalah ketika mana kita berada di dalam Syurga Allah. (Semoga kita semua berada di dalam golongan yang sedikit.)

Jadi bersempena dengan cuti kelas nie ntuk 2 minggu rasanya tiada apa aktiviti yang telah dirancang. Hanya mungkin apa yang rasa dihati ingin dilakukan sahaja. Cuma mungkin perancangan utama hanyalah untuk menyiapkan apa sahaja kerja persatuan
atau persendirian yang tidak sempat untuk disempurnakan sahaja. Cuma mungkin ada sedikit berita gembira buat rakan-rakan di Irbid.

InsyAllah seorang rakan kita akan mendirikan masjid di sini. So nampaknya kenalah membantu sedikit sebanyak yang mampu untuk dilaksanakan. Yelah diri ini bukanlah berpengalaman sangat pun. Harap kerja angkat makanan ajer ah xpun duduk kat tempat memasak. Hahaha....

Tahniah kepada Saudara Amir Abd Razak dan Saudari Noor Zayyani Md Noor. Semoga perkahwinan kalian akan diberkati oleh Allah. Dan semoga dikurniakan keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat. Juga anak-anak yang soleh dan solehah. InsyAllah menjadi pewaris perjuangan kita di muka bumi Allah ini.

Memang agaknya sekarang nie musim orang kawin kot. Arituh baru seorang kawan di Malaysia selamat mendirikan rumah tangga. Hahahaha... Semoga semuanya selamat. Cerita pasal kahwin nie memang seronok. Tetapi kadang-kadang kita lupa perkara di sebaliknya. Terdapat pelbagai kisah dan tauladan yang kita boleh pelajari. Dan peringatan saya buat kawan-kawan semua, kahwin itu tidaklah semudah yang kita fikirkan. Kerana perkahwinan ini bukanlah sekadar untuk sehari dua atau setahun dua. Tetapi jikalau jodoh dipanjangkan dan dirahmati-NYA sehingga ke akhirnya. Dan yang paling penting adalah kita tidak sahaja berkahwin dengan seseorang lelaki atau perempuan itu, tetapi kita juga menjadi sebahagian daripada keluarga dia. Jadi kita juga harus menjaga ahli keluarganya yang lain. Selain itu juga, kita harus bertanggungjawab untuk mereka. Bagi yang lelaki mereka bertanggungjawab untuk menyediakan diri dengan ilmu agama bagi mendidik anak dan isteri, tempat perlindungan dan sebagainya. Manakala perempuan pula mereka juga harus menyiapkan diri dengan ilmu agama agar perkahwinan dan kehidupan sentiasa dalam rahmat-NYA, ilmu-ilmu memikat hati suami dan seumpamanya. Pendek kata perkahwinan itu
bukan sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Tetapi apa yang paling penting adalah keberkatan yang ada padanya. Jadi sama-sama renung-renungkan.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, sebenarnya tidak ramai yang tahu kisah mereka. Termasuklah saya. Nak dijadikan cerita, semalam heboh satu Irbid bahawa ada seorang senior akan berkahwin. Tetapi masih dirahsiakan siapa orangnya. Maka timbulah perlbagai spekulasi tentang siapa yang akan berkahwin. Yang menariknya dan tidak tahu datang dari mana anginnya, nama saya pun timbul juga. Kelakar juga bila mendengarnya. Hahaha..... Jangan risau saya punya turn lambat lagi. Silap-silap
habis semua junior-junior kahwin dulu kot.

Jadi itulah dahulu kot kisah untuk hari ini. Mungkin sedikit renungan bersama, kehidupan ini memang penuh dengan kejutan. Kadang-kadang kejutan itu ada kebaikkan dan kadang-kadang ada kekurangan. Tetapi apabila kita ditimpakan kedua-duanya yang penting adalah kita sentiasa berserah kepada Allah. Kita usaha yang terbaik dan serahkan selebihnya kepada Allah. Kerana kepada-NYA jualah kita kembali. Buat akhirnya sama-samalah kita muhasabah diri agar kita sentiasa berada di jalan yang betul.

Sekian, wassalam.
0

Coretan Petang

Assalammualaikum.....

Apa khabar semua?
Diharapkan agar sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA.
Dah lama rasanya tidak menulsi di dalam blog nie. Bukan apa cuma kekekringan idea nak tulis apa.
Cuma mungkin dipetang yang hening ni diberikan sedikit ilham untuk mencoret sedikit daripada apa yang telah diri ini dapat sepanjang 5 minggu berada di dalam rotation Paediatrics (Kanak-kanak).

Pelbagai pengalaman telah membuka mata tentang kebesaran-NYA. Memang benar apa ynag orang kata, bila semakin banyak kita belajar makin banyak benda yang kita tak tahu. Semakin banyak nikmat dunia kita diberikan, semakin hebat ujian daripada-NYA. Hurm.... terlalu banyak untuk diceritakan dalam waktu yang singkat. Mungkin bila ada kekosong nanti akan diceritakan.

Dan semenjak akhir-akhir nie banyak pulak benda nak kena buat. Tetapi alhamdulillah masih diberikan waktu oleh-NYA untuk bersama-sama untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang kebesaran-NYA. Semoga setiap apa yang kita lakukan diniatkan kerana-NYA akan dilkira sebagai amalan.

Cuma ada satu dua event smenjak akhir-akahir nie yang sedikit sebanyak menguji kesabaran. Mungkin ini ujian atau pun peringatan daripada-NYA tentang hidup ini yang tidak kekal selamanya. Ia juga tidak seindah yang kita impikan. Namun insyAllah sentiasa berlapang dada dengan apa jua yang berlaku. Cuma berharap andai mereka yang terlibat membaca post ini, agar mereka akan segera membetulkan keadaan. Jangan disebabkan perkara tersebut anda terhalang untuk diberikan kemuliaan oleh-NYA. Mungkin juga mereka tidak sedar. Semoga diberikan petunjuk ke jalan yang lurus. Diri ini sentiasa mendoakan mereka dikembalikan kepada kebenaran.

Cukuplah sekadar itu sahaja dahulu. Bersama-sama kita tingkatkan amalan kita pada setiap masa. Kerana sesungguhnya kematian itu satu yang pasti. Cuma bila dan dimana itu sahaja bukan dalam jangkauan ilmu kita. Sesungguh segalanya adalah dalam kekuasaan-NYA. Saling ingat- mengingati memberikan manafaat kepada semua.

Semoga keredhaan-NYA menjadi milik kita semua. InsyAllah.
0

Sebuah kisah klasik....

Assalammualaikum semua.

Apa khabar? Harap semua sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya.
Macam mana dengan kehidupan seharian? Semakin menarik atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah selera.
Semenjak kebelakangan ni hidup aku semakin tidak keruan. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mandi tak basah.
Aku sendiri tau puncanya. Semenjak aku bertemu dengan 'si dia' (actually dah lama. Tak tau ah 'dia' perasan atau tidak), aku selalu terbayang-bayangkan wajah 'si dia'.

Aku cakap ngan mak aku, dia kata aku tengah angau. Aku menafikannya. Orang kata aku sedang bercinta.
Macam mana orang tau? Sedangkan tuan punya badan pun tak tau ek? Pelik betul orang-orang nie ek.
Entahlah. Dan bermacam-macam cara aku lakukan untuk lupakan 'si dia', tapi masih tak berjaya juga.
Kekadang tuh aku berharap agar tak timbul perasaan macam ni time-time belajar nie.
Tapi nak wat camne kan. Orang kata dah jodoh. Aku sendiri pun dah tak mampu lagi untuk menipu diri sendiri.
Bayangkanlah aku duduk sesorang boleh gelak sendiri. Dah jadi macam orang giler ek aku nie.

Kekadang tuh duduk dalam bas nak ke U, tersengih sesorang macam kerang busuk. Arab pun pelik nengok aku.
Aku rasa memang aku nie dah kena pengan 'si dia'. Tapi satu ajer masalah aku ni. Dia pun belum tahu aku suka 'dia'.
Dan aku rasa 'dia' pun masih belum bersedia menerima diriku ni. Yelah saperlah yang nak budak kampung macam aku nie.
Dah ler xder harta. Makan minum pun still mak bapak tampung. Aper ingat nak bagi 'dia' makan pasir ker aper? Aku menjadi
serba salah. Perlukah aku luahkan perasaan aku nie? Atau perlu aku pendamkan sementara waktu. Kalau aku bagi tahu sekarang, apa plak yang 'dia' akan fikirkan? Kalau aku bagi tahu lewat, takut dah kena kebas orang. Camner nie?
Tolonglah.

Dah puas aku fikirkan. Adakah kerana rasa takut ditolak? Atau takut untuk menerima tanggungjawab. Kang kalau 'dia' dah setuju
pening plak fikir camne. Tapi aku rasa ngan mak bapak aku xder masalah kot. Dia orang macam bagi green light ajer (x macam orang tuh. sian. xper balik nanti bleh berusaha lagi ek). Korang fikir camne? Perlu ker aku bagi tahu pada dia? Atau perlu aku pendamkan sahaja? Tak pernah aku rasa getaran sehebat ini.

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH. Nak buat aper nie??????
 
Copyright © CHRONICLEofanwar