0

Hidup yang tenang


Assalammualaikum.....

Setelah beberapa lama meninggal seketika dunia blog, kini kembali lagi. Seketika dahulu Irbid dibayangi satu fenomena stalker namun kini ianya hampir tiada lagi. Banyak sebenarnya perkara yang boleh kita pelajari . Seperti kata pepatah inggeris, "Life is too short to make all mistakes. So learn from others' mistakes". Bukanlah niat di hati ini untuk mengutuk atau menidakkan apa yang telah ditulis, tetapi cuma rasa itu adalah suatu yang bagus. Cuma mungkin caranya tidak betul. Atau mungkin juga kerana hati ini terlalu beku untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain. Hurm... entahlah....

Pengalaman hidup? Apakah itu pengalaman hidup? Adakah ianya bagaikan satu aib yang harus diceritakan kepada orang lain? Ada ke orang dalam dunia ini yang hendak mengceritakan pengalaman hidupnya kepada orang lain? Tentu sahaja ada sebab mengapa dia berbuat demikian. Cuma kadang-kadang ada sesetengah orang tidak dapat menerima perkara tersebut. Tetapi inilah hakikatnya. Pelbagai ragam manusia di dalam dunia ini. Ada yang mudah menerima, ada juga yang tidak menerima. Dan teringat juga kata seorang ulama, "Bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua orang". Jadi saya rasa memang setiap apa yang kita buat tentu sahaja ada pihak yang tidak dapat menerimanya. Tetapi jangan lupa ada juga yang boleh menerima dengan mendengar penjelasan kita. Yang paling utama adalah untuk mencapat keredhaan-Nya. Saya rasa Cinta Agung ini tidaklah susah untuk mencapainya. Tetapi dek kerana hati yang terlalu cintakan dunia dan takutkan mati, nesecaya ianya menjadi suatu yang pada pandangan sesetengah sebagai suatu yang mustahil.

Penulis bukanlah seorang yang sempurna. Tiada orang yang sempurna di dalam dunia. Akan sentiasa melakukan kesilapan. Dengan kesilapan itulah menjadikan diri kita semakin sempurna. Tidak salah kiranya kita berusaha untuk menjadi sempurna, tetapi mengapa kita tidak mahu mencuba? Tepuk dada tanyalah iman di hati. Adakah sempurna iman kita dengan hanya membaca Al-Quran tetapi dalam masa yang sama menyakitkan hati sahabat? Adakah cukup dengan menjaga sembahyang lima waktu dalam masa yang sama kita mencaci orang lain? Adakah cukup sekadar mengikuti sunnah baginda tetapi dalam masa yang sama tidak membela baginda? Dimanakah letaknya diri kita ini? Apakah kita mampu untuk merubah segalanya? Teringat pula kisah seorang abid yang cuba untuk mengubah negaranya, tetapi gagal. Kemudian dia cuba pula untuk mengubah negerinya, namun hasilnya juga hampa. Kemudian dia cuba untuk mengubah kampungnya, nyata hasilnya juga sama. Kemudian dia cuba untuk mengubah keluarganya, tetapi masih gagal. Akhirnya dia tiada lagi pilihan untuk mengubah, dia mengubah dirinya. Perubahan dirinya itu dilihat oleh keluarganya sebagai suatu yang baik dan berjaya. Kemudian keluarganya juga berubah. Begitu juga dengan kampung, negeri, dan negaranya. Akhirnya semua berubah. Di sini adalah satu contoh yang baik untuk kita ambil. Ingatlah, jikalau kita melakukan sesuatu yang baik dan diniatkan kerana Allah nesecaya bantuan-Nya akan tiba. Tetapi jikalau kita niatkan selain daripada-Nya, nesecaya amalan itu tidak akan dikira sebagai amalan. Dan jikalau hendak melakukan perubahan yang besar, bermulalah dengan yang kecil. A thousand miles journey begins with a single step. Dan yang paling penting sekali, ujian yang datang itu adalah untuk menguji iman di hati. Hadapilah ia dengan hati yang tenang dan sejahtera.

Jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Perbaiki diri. Siapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat. Dan ingatlah; Jikalau bekerja, bekerjalah bagai akan hidup selamanya. Dan jikalau beramal, beramallah bagai kita akan mati di esok hari. Dan yang paling utama, betulkan niatkan. Insyallah kejayaan adalah bagi mereka yang percaya akan janji-Nya.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar