Ada seorang senior aku pernah cakap, "Buat malu ajer budak sekolah agama. Datang ke sini tapi tak reti cakap arab", kekadang aku tergelak sendiri sahaja mengenangkan perkara nie. Yelah dia dah senior tahun 5. Tinggal setahun ajer lagi nak abes study kat bumi Jordan. Aku takleh nak cakap aper ah. Tapi kekadang aku terfikir, betul juga apa yang dia cakap tuh. Aku dah masuk tahun dua nie. Tapi cakap arab pun still lintang-pukang. Bukan tak nak, tapi tulah. Mungkin dah kerana malas dah sebati dengan diri nie. Tulah ragam manusia. Ada yang rajin, ada yang malas
Tapi insyallah akan aku gunakan gurauan dia tuh sebagai suatu cabaran. Sebagai suatu cabaran untuk aku berjaya. Tapi kekadang kegagalan seseorang itu belum tentu kerana AllAH tidak sayang akan hambanya. Tapi mungkin itu adalah suatu perkara yang terbaik buat hambanya itu. So bermula daripada saat nie, aku akan berusaha untuk menjadi lebih rajin dan juga untuk improve bahasa arab ku. Semoga apa yang aku hajatkan ini tercapai. Kita tidak boleh menoleh kepada nasib sebelum kita mencuba untuk memperbaiki diri kita.
Kehidupanku yang penuh dengan bintang dalam kegelapan. Tapi bintang manakah yang harus aku ikuti? Kerana semua bintang itu adalah serupa.....
0 comments:
Post a Comment