Dah 20 ker??

Selamat, 18 April 2004 maka dah tua lah aku nie. Dah masuk ke alam 20-an yang memang penuh dengan ranjaun dan dugaan yang lebih hebat daripada zaman belasan tahun dulu. Aku harap aku kan menjadi lebih baik daripada semalam dan semoga esok labih baik daripada hari nie. Dah masuk alam 20-an nie, aku kena menjadi orang yang lebih baik dan lebih elok daripada sebelumnya.

Memang kita semua sedia maklum bahawa tiada insan pun yang sempurna di atas muka bumi. Sedangkan nabi sendiri pun melakukan kesalahan. Itu memang benar, tapi itu tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja. Kita seharusnya berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Berusaha untuk menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa azam aku? Ha soalan yang sentiasa akan ditanya kepada aku. Aku pun tak tau aper azam aku. Sekadar menjawab "to be a better man". Tapi adakah aku faham apa yang dimaksudkan dengan frasa itu? Ataukah sekadar menyebut tanpa mengerti? So quest aku sekarang adalah untuk mengerti apakah yang dimaksudkan denga frasa itu, dan juga untuk mengadaptasikannya ke dalam hidup aku nie.....

So sempena burfday aku yang ke 20 nie, semalam aku belanja kengkawan makan (kepada yang lain, insyallah nanti ada rezeki aku belanja). So buatlah kat Bayt Senior (rumah budak JUST paling senior. Pasal semalam ada match bola. So kalau aku buat kat umah dan tidak menjemput yang lain, mereka akan terasa). Aku buat secara kecil-kecilan ajer. Sekadar sebuah kek yang dibeli bersama Aizat, spaghetti yang telah dimasak oleh Pok Jat, dan juga snek ringan. (Thnx kepada mereka yang telah sudi membantu aku ek).

Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberikan aku hadiah (walau aku tak pernah bg hadiah kat orang lain. Huhu~). Thnx once again to Faez @ Irbid and Tadiin for your presents. It was nice you know? This is the second time in my whole life I got something for someone who is not my family. Thnx again.

Dan daripada diri aku sendiri, aku telah mendapatkan sebuah handset yang baru. Hehe~ It's a Sony Ericsson W550i. Terima kasih diri aku sendiri. Aku beli bukan sebab suak2 nak tukar. Tapi adalah kerana keadaan handset ku yang telah daif akibat terhentak harituh. Maka screen nyer pun retak dan takleh kuar gambar dah. Waaa!! Sedey, pasal itulah handset pertama yang pernah aku pakai. Pernah dulu time sekolah, aku ingat time bapak aku tukar handset nak pau dier nyer nokia 3310. Sekali dia dah bg kat anak buah dier dah. Takper ah. Pasal aku dulu bukan guna sangat pun handset nie.

Juga terima kasih aku ucapkan kepada parents aku yang telah banyak berhabis dan juga bersusah (pernah dulu aku hampir2 kena masuk lokap pasal belasah budak kat sekolah. Sekali bapak dier tuh Pengarah Imegresen NS.Peduli aper aku. Dah buat salah, bagi ajerlah.) untuk mengajar aku erti kehidupan nie sebenarnya. Aku rasa tanpa mereka aku tidak akan berada di tempat ini sekaranga.

Tidak dilupakan juga kepada semua rakan2 aku yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam aku menghadapi kehidupan ini. Terutama kepada semua orang yang rapat dengan aku. Yang sudi mendengar rintihan aku nie yang kekadang menjadi pelik. Bukan aku hendakkan perhatian yang lebih, tetapi sekadar mencari teman untuk menghilangkan rasa sunyi dan juga berkongsi pendapat.

Semoga aku akan menjadi insan yang lebih sempurna.

"Ya AllAH, KAU kurniakanlah aku dengan rahmat-Mu. Buat ku jadikan bekalan untuk menuju ke jalan-Mu. Semoga engkau merahmati apa yang telah aku kerjakan. Dan jauhkanlah aku daripada fitnah yang besar. Berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi apa jua dugaan-Mu kerana aku sedar diri aku ini adalah insan yang kerdil di tempat yang asing,"


Sedang memotong kek coklat. Hehe~



Terima kasih kepada Tadiin dan Faez



My new W550i. Hehe~ Jangan marah ek abah~


0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar