0

Kahwin oh Kahwin



Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Kullu 3am wa antum bi kheir insyAllah.
Semoga segala amalan kita akan diberkati dan dirahmati-NYA.

Setelah hampir beberapa bulan memulakan clinical years, kita kami telah diberikan cuti. Yeay!!! Alhamdulillah. Dapatlah merehatkan diri buat seketika. Tetapi sebagai ummat Islam sepenuh masa, tiada waktu yang kita bebas dari melakukan suruhan-NYA. Setiap masa, ketika dan di mana sahaja kita tetap wajib untuk melaksanakannya. Jadi kira macam xbercuti jugalah. Cuti yang sebenarnya adalah ketika mana kita berada di dalam Syurga Allah. (Semoga kita semua berada di dalam golongan yang sedikit.)

Jadi bersempena dengan cuti kelas nie ntuk 2 minggu rasanya tiada apa aktiviti yang telah dirancang. Hanya mungkin apa yang rasa dihati ingin dilakukan sahaja. Cuma mungkin perancangan utama hanyalah untuk menyiapkan apa sahaja kerja persatuan
atau persendirian yang tidak sempat untuk disempurnakan sahaja. Cuma mungkin ada sedikit berita gembira buat rakan-rakan di Irbid.

InsyAllah seorang rakan kita akan mendirikan masjid di sini. So nampaknya kenalah membantu sedikit sebanyak yang mampu untuk dilaksanakan. Yelah diri ini bukanlah berpengalaman sangat pun. Harap kerja angkat makanan ajer ah xpun duduk kat tempat memasak. Hahaha....

Tahniah kepada Saudara Amir Abd Razak dan Saudari Noor Zayyani Md Noor. Semoga perkahwinan kalian akan diberkati oleh Allah. Dan semoga dikurniakan keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat. Juga anak-anak yang soleh dan solehah. InsyAllah menjadi pewaris perjuangan kita di muka bumi Allah ini.

Memang agaknya sekarang nie musim orang kawin kot. Arituh baru seorang kawan di Malaysia selamat mendirikan rumah tangga. Hahahaha... Semoga semuanya selamat. Cerita pasal kahwin nie memang seronok. Tetapi kadang-kadang kita lupa perkara di sebaliknya. Terdapat pelbagai kisah dan tauladan yang kita boleh pelajari. Dan peringatan saya buat kawan-kawan semua, kahwin itu tidaklah semudah yang kita fikirkan. Kerana perkahwinan ini bukanlah sekadar untuk sehari dua atau setahun dua. Tetapi jikalau jodoh dipanjangkan dan dirahmati-NYA sehingga ke akhirnya. Dan yang paling penting adalah kita tidak sahaja berkahwin dengan seseorang lelaki atau perempuan itu, tetapi kita juga menjadi sebahagian daripada keluarga dia. Jadi kita juga harus menjaga ahli keluarganya yang lain. Selain itu juga, kita harus bertanggungjawab untuk mereka. Bagi yang lelaki mereka bertanggungjawab untuk menyediakan diri dengan ilmu agama bagi mendidik anak dan isteri, tempat perlindungan dan sebagainya. Manakala perempuan pula mereka juga harus menyiapkan diri dengan ilmu agama agar perkahwinan dan kehidupan sentiasa dalam rahmat-NYA, ilmu-ilmu memikat hati suami dan seumpamanya. Pendek kata perkahwinan itu
bukan sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Tetapi apa yang paling penting adalah keberkatan yang ada padanya. Jadi sama-sama renung-renungkan.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, sebenarnya tidak ramai yang tahu kisah mereka. Termasuklah saya. Nak dijadikan cerita, semalam heboh satu Irbid bahawa ada seorang senior akan berkahwin. Tetapi masih dirahsiakan siapa orangnya. Maka timbulah perlbagai spekulasi tentang siapa yang akan berkahwin. Yang menariknya dan tidak tahu datang dari mana anginnya, nama saya pun timbul juga. Kelakar juga bila mendengarnya. Hahaha..... Jangan risau saya punya turn lambat lagi. Silap-silap
habis semua junior-junior kahwin dulu kot.

Jadi itulah dahulu kot kisah untuk hari ini. Mungkin sedikit renungan bersama, kehidupan ini memang penuh dengan kejutan. Kadang-kadang kejutan itu ada kebaikkan dan kadang-kadang ada kekurangan. Tetapi apabila kita ditimpakan kedua-duanya yang penting adalah kita sentiasa berserah kepada Allah. Kita usaha yang terbaik dan serahkan selebihnya kepada Allah. Kerana kepada-NYA jualah kita kembali. Buat akhirnya sama-samalah kita muhasabah diri agar kita sentiasa berada di jalan yang betul.

Sekian, wassalam.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar