Bangun awal pagi. Sebelum pergi ke Amman, sempat lagi nengok friendster. Ish memacam ah bebudak zaman skang nie. So aku pun terus mem-blah-kan diri ke Amman dengan menaikki van yang telah disewakan oleh Fird ( eh Fird, nama nak masuk snih kena bayar tau! hehe~ jangan marah. nanti tak macho laks ). So aku pun bertolak ke Amman. Punyalah "suka" dalam hati nie. Dapat jumpa mamat-mamat yang memang dah selalu aku jumpa kat Airport tuh.
Tapi sebelum aku pergi Airport, aku kena pergi ke Garden Street ( Syari'e Garden dalam arab nyer ). Ntuk apa? Hehehe...... Aku kena pergi menjemput aku nyer agent Mr Thoriq. Dier nie memang best orang nyer. Dah lah alim, hensem plak tuh. Baik hati tul. Memang beruntung betul lah isteri dia nie. Janji ngan dier kol 9 pg nak jumpa. Aku sampai dalam 10 minit sebelum kol 9. Tapi biasa ah arab, janji kol 9 kol 9.30 pg baru muncul ( alah melayu sama juga. takyah ah nak kutuk ).
So setelah greeting, memasing pun bersedia ah ntuk bertolak ke Airport. Seperti biasa, si Thoriq nie menjalankan tugas dier selaku agent aku. Dia kena ah check semua perkara yang perlu dibawa. " Do you have the policy with you?" tanya Thoriq.
"I don't have the policy. But i got the airway bill number," balas aku. "Do you have the Iqamah ( ID card Jordan )?" Thoriq bertanya. " Yes I do," balas aku ngan selamba nyer ( cet macam power ajer aku nie ( amaran: kepada yang membaca, jangan banyak sangat komen, baca ajer ). Then tibalah ke soalan cepu emas yang telah menyebabkan aku terkedu, " Did you bring along your passport?". " Erk, I forgot!" balas aku
*$%^&^%$!#$&%!! Menda paling penting aku boleh lupa. Menda aperlah yang aku ingat sampai passport pun boleh lupa. Mak aih, camne nak buat nie. Dah ler nak ker Irbid sahaja dah makan masa sejam. Mmmmmm..... kita orang pun terpaksa berhenti sekejap kat tepi jalan. ntuk menguruskan hal nie. Mmmmm.. aku pun terus memerah otak aku yang dah lama tak diperah nie. Aku try call Pok Jat, dier tak angkat. Agak nyer tido lepas subuh nie ( fikir aku yang husnu zhon terhadap dier ). Pastuh aku try call Tadiin plak, samer juga. Silent agak nyer handset dier nie.
Last-last aku try call Aizat. Akhirnya penantian aku berakhir. Dia angkat. Aku terangkan masalah aku. Nasib baik dia nie faham aku nie ( huhu~ sorry Aizat menyusahkan ko. aku tau ko nak study ). Maka dia pun berkorban ler datang ke Amman ntuk menghantar passport aku tuh. Maka terpaksalah aku tunggu selama sejam ntuk dier sampai. Dier sampai ajer kita orang pun bergerak ke Airport.
Kesana sini, sana sini selama 3 jam, maka urusan pun selesai. Kargo pun dapat dikuarkan. Alahai, 11 kotak ajer. Penat ajer aku kesana sini 3 jam tadi. Tapi takper. Pasal aku nie memang suka buat menda camnie daripada menghadapa buku ( abeslah aku exam HLS lagi seminggu ). Pastuh kita orang pun terus balik ke Irbid. Nasib baik ada Aizat. Kalau tak, nampak gayanya esok kena naik Amman sekali lagi.
Kesimpulannya: Janganlah kita meninggalkan passport kat rumah ketika hendak ke Airport. Kelak kita akan mengharapkan orang yang tidak bersalah ntuk menghantar kepada kita.
Jutaa terima kasih diucapkan kepada Aizat yang telah sudi meluangkan masa ke Amman ntuk menghantar passport aku tuh. Takper Aizat, pasnie ada orang nak belanja ko ( bukan aku. ada orang lain ). Juga kepada kengkawan yang lain yang telah bertungkus-lumus dalam menyediakan juadah makan malam semalam
Ok, ah. Dah panjang plak merepek kat snih. So kena berhenti dulu. Kang tak study lak. Exam dah dekat nie. Selamat......
0 comments:
Post a Comment