Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts
Dec
04
0

Cerita Haji




Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dalam nikmat Iman dan Islam. Bagaimana dengan cuti Raya Haji yang lalu? Tentu pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah diperolehi.

Bagi pelajar-pelajar di Jordan ini, cuti raya haji boleh dikatakan meriah. Kerana bagi masyarakat arab, perayaan ini adalah merupakan perayaan terbesar bagi ummat Islam. Pada waktu inilah baginda Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda yang didalamnya terkandung pelbagai peringatan dan panduan untuk kita semua. Dan seharusnya itulah yang menjadi saat dan waktu yang kita nantikan. Dan juga menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dan melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoalkannya.

Dan raya haji juga adalah merupakan waktu yang mempunyai ibadat khusus iaitu haji. Haji ini merupakan satu peluang untuk kita memanifestasikan kecintaan kita kepada-Nya. Bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung, atau demi title "haji" (harap-harapnya bukan haji Malboro). Seharusnya tertanam di dalam hati setiap muslim untuk melaksanakan ibadah ini di usia muda. Bukannya simpan bila dah nak "expire". Tapi atas kekangan harta benda dan masa mungkin keinginan kita itu terhalang. Atau untuk melihat dari sudut yang positif kita masih lagi belum dijemput untuk menjadi tetamu (tapi jangan dijadikan alasan).

Mungkin di sini saya ingin sekadar berkongsi sebuah buku yang saya pernah baca dan saya yakin ramai juga telah baca; Travelog Haji oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini sangat menarik untuk dibaca sebagai santapan rohani. Gaya bahasa yang santai dan menarik membolehkan mereka yang kurang berminat membaca (macam aku) untuk membacanya. Tidak banyak pun yang perlu dilaburkan bagi memperoleh ilmu. Berbanding dengan beribu-ribu yang telah kita habiskan semata-mata kerana pakaian dan sebagainya.

Aku tak nak tulis sinopsis buku tuh di sini. Cukup sekadar mencadangkan korang semua membacanya. InsyaAllah korang semua tidak akan rasa sia-sia. Baiklah sampai di sini sahaja dahulu kisah kali ini. Hehehe.

Kepada kawan-kawan yang akan memulakan kelas pada hari ahad ini, selamat meneruskan perjuangan. Kepada yang telah lama pun memulakan kembali kelas mereka, teruskan berjuangan hingga ke akhirnya. Marilah kita semua lengkapkan diri dari setiap sudut agar kita akan menjadi Muslim yang serba boleh bakal meneruskan perjuangan menegakkan khilafah.

p/s: Saya tak jual buku nie cam Inchik Munir. Hehe
Aug
10
0

Salam Ramadhan dan Aidilfitri

Duduk dari kiri: Iqbal, Anwar, Aizat Yasim, Aizat Amiruddin.
Berdiri dari kiri: Adam, Ihsan, En. Azmir, En. Hasmat, Muhtadiin, Firdaus.


Assalammualaikum.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan. Semoga kita semua akan dipertemukan dengan Ramadhan dalam keadaan yang bersedia. Sama-samalah kita menjejaki malam Al-Qadr dan berusaha untuk meninggkatkan amalan kita semua.

InsyaAllah hari ini saya akan kembali ke tanah air untuk bercuti selama hampir-hampir 7 minggu lamanya. Hurm satu tempoh masa yang agak lama bagi seorang pelajar perubatan di Jordan. Jadi peluang yang tidak akan berulang ini tidak boleh di ambil mudah. Harus pulang. Hehehe. Tetapi kasihan juga kepada mereka yang tinggal di sini. Apa tidaknya, pelajar-pelajar baru akan tiba kira-kira seminggu sebelum raya. Yang tidak pulang dikatakan berjumlah lebih kurang 40 orang sahaja. Mampukah mereka menguruskan? Dan yang tinggal itu tidak semua pun akan membantu. Maaflah seandainya tahu rasanya mungkin terpaksa juga tidak balik. Tapi apakan daya dah lama tak balik. Heh (alasan lebih nie...)

Jadi sempena nak tinggalkan blog ini tidak berupdate lebih kurang hampir 2 bulan lamanya, di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga segala amalan kita akan diterima. Semoga kepulangan yang dinanti ini akan memberikan kita kebaikkan di dunia dan akhirat. Buat rakan-rakan seperjuangan yang akan tinggal di sini atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang. Buat yang pulang ke Malaysia, jangan lupa tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya. Buat yang ada di India, jangan lupa balik snih buka sekolah nanti ek. Heh.

Tahun ini merupakan tahun terakhir bersama rakan-rakan sebatch. So rasanya kita kena buat something yang menarik. Untuk dijadikan kenangan bersama. Untuk ditunjukkan kepada anak-anak kita nanti. Gunakan peluang yang tinggal sebaiknya. Semoga kita ditempatkan bersama mereka yang mendapat perlindungan-Nya di SANA kelak.

Akhir kata, Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sekian, wassalam.
Dec
05
0

Kahwin oh Kahwin



Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Kullu 3am wa antum bi kheir insyAllah.
Semoga segala amalan kita akan diberkati dan dirahmati-NYA.

Setelah hampir beberapa bulan memulakan clinical years, kita kami telah diberikan cuti. Yeay!!! Alhamdulillah. Dapatlah merehatkan diri buat seketika. Tetapi sebagai ummat Islam sepenuh masa, tiada waktu yang kita bebas dari melakukan suruhan-NYA. Setiap masa, ketika dan di mana sahaja kita tetap wajib untuk melaksanakannya. Jadi kira macam xbercuti jugalah. Cuti yang sebenarnya adalah ketika mana kita berada di dalam Syurga Allah. (Semoga kita semua berada di dalam golongan yang sedikit.)

Jadi bersempena dengan cuti kelas nie ntuk 2 minggu rasanya tiada apa aktiviti yang telah dirancang. Hanya mungkin apa yang rasa dihati ingin dilakukan sahaja. Cuma mungkin perancangan utama hanyalah untuk menyiapkan apa sahaja kerja persatuan
atau persendirian yang tidak sempat untuk disempurnakan sahaja. Cuma mungkin ada sedikit berita gembira buat rakan-rakan di Irbid.

InsyAllah seorang rakan kita akan mendirikan masjid di sini. So nampaknya kenalah membantu sedikit sebanyak yang mampu untuk dilaksanakan. Yelah diri ini bukanlah berpengalaman sangat pun. Harap kerja angkat makanan ajer ah xpun duduk kat tempat memasak. Hahaha....

Tahniah kepada Saudara Amir Abd Razak dan Saudari Noor Zayyani Md Noor. Semoga perkahwinan kalian akan diberkati oleh Allah. Dan semoga dikurniakan keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat. Juga anak-anak yang soleh dan solehah. InsyAllah menjadi pewaris perjuangan kita di muka bumi Allah ini.

Memang agaknya sekarang nie musim orang kawin kot. Arituh baru seorang kawan di Malaysia selamat mendirikan rumah tangga. Hahahaha... Semoga semuanya selamat. Cerita pasal kahwin nie memang seronok. Tetapi kadang-kadang kita lupa perkara di sebaliknya. Terdapat pelbagai kisah dan tauladan yang kita boleh pelajari. Dan peringatan saya buat kawan-kawan semua, kahwin itu tidaklah semudah yang kita fikirkan. Kerana perkahwinan ini bukanlah sekadar untuk sehari dua atau setahun dua. Tetapi jikalau jodoh dipanjangkan dan dirahmati-NYA sehingga ke akhirnya. Dan yang paling penting adalah kita tidak sahaja berkahwin dengan seseorang lelaki atau perempuan itu, tetapi kita juga menjadi sebahagian daripada keluarga dia. Jadi kita juga harus menjaga ahli keluarganya yang lain. Selain itu juga, kita harus bertanggungjawab untuk mereka. Bagi yang lelaki mereka bertanggungjawab untuk menyediakan diri dengan ilmu agama bagi mendidik anak dan isteri, tempat perlindungan dan sebagainya. Manakala perempuan pula mereka juga harus menyiapkan diri dengan ilmu agama agar perkahwinan dan kehidupan sentiasa dalam rahmat-NYA, ilmu-ilmu memikat hati suami dan seumpamanya. Pendek kata perkahwinan itu
bukan sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Tetapi apa yang paling penting adalah keberkatan yang ada padanya. Jadi sama-sama renung-renungkan.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, sebenarnya tidak ramai yang tahu kisah mereka. Termasuklah saya. Nak dijadikan cerita, semalam heboh satu Irbid bahawa ada seorang senior akan berkahwin. Tetapi masih dirahsiakan siapa orangnya. Maka timbulah perlbagai spekulasi tentang siapa yang akan berkahwin. Yang menariknya dan tidak tahu datang dari mana anginnya, nama saya pun timbul juga. Kelakar juga bila mendengarnya. Hahaha..... Jangan risau saya punya turn lambat lagi. Silap-silap
habis semua junior-junior kahwin dulu kot.

Jadi itulah dahulu kot kisah untuk hari ini. Mungkin sedikit renungan bersama, kehidupan ini memang penuh dengan kejutan. Kadang-kadang kejutan itu ada kebaikkan dan kadang-kadang ada kekurangan. Tetapi apabila kita ditimpakan kedua-duanya yang penting adalah kita sentiasa berserah kepada Allah. Kita usaha yang terbaik dan serahkan selebihnya kepada Allah. Kerana kepada-NYA jualah kita kembali. Buat akhirnya sama-samalah kita muhasabah diri agar kita sentiasa berada di jalan yang betul.

Sekian, wassalam.
Oct
10
0

Raya dan Semua

Assalammualaikum dan Selamat Hari Ray buat semua.

Alhamdulillah masih lagi diberi pinjam nikmat kehidupan.
Juga nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam.
Cumanya berapa kuat, masih belum lagi teruji (semoga ditabahkan hati menempuhinya).

Wah rasanya semua orang mesti sedang seronok beraya ek?
Selamat beraya. Tetapi jangan lupa untuk berpuasa 6 ek?
Juga kepada mereka yang ada 'lubang' tuh boleh ah mula menutup nyer ek?
Hahahaha.....

Hurm aper ek nak cerita. Xder cerita best nak cerita kat snih.
Esok insyAllah ada exam Clinical Skills a.k.a Introduction to Clinical.
Doakan semoga dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.

Jadi bersempena dengan bulan Syawal nie saya ingin
memohon maaf jikalau ada pernah melakukan kesalahan
yang dilakukan secara sedar atau tidak.
Dan sesiapa yang pernah wat salah kat saya insyAllah telah lama
dimaafkan. Semoga hati ini sentiasa tenang....

Rasanya xder aper dah nak cerita lg kot.
Buat akhirnya saya mengajak diri saya dan korang semua
untuk meningkatkan amalan kita kepada-Nya.
Bukan sekadar seasonal sahaja di bulan 'Ramadhan' ek?
Pastikan setiap hari kita memperbaiki diri ke arah kebaikkan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
InsyAllah akan beroleh keberkatan daripad-Nya.
Sekian,
Wassalam.....


SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT KEPADA-NYA
Oct
02
0

Eid Mubarak 1429H

Eid Mubarak.
Kullu 3am wa entum bi kheir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Bergembiralah dihari raya dengan seadanya.
Semoga Ramadhan yang telah berlalu menjadikan kita insan yang lebih cemerlang kelak.
Dan dengan kehadiran Syawal ini akan menjadikan kita lebih cemerlang.
Ingatlah kehadiran kita yang bersifat sementara ini hanyalah kerana mengejar cinta-Nya.
Jikalau cinta-Nya itulah yang menjadi dambaan kita, InsyAllah apa sahaja yang kita
lakukan pasti akan dikira sebagai satu amalan.

P/s: 'missing pieces' masih belum diketemui. semoga ianya akan hadir padaku dengan izin-Nya.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar