Stress and depression....

Sesajer nak wat entry pasal tajuk nie. Memang agak menarik. Hari tuh sebelum exam CVS sesajer surf internet. Bukak-bukak tetiba sampai kat satuh page pasal menda nie. Nie nak bawak semua orang berfikir tentang perkara nie. Sebenarnya stres dan tertekan adalah penyakit yang banyak berkait dengan jiwa kita. Kalau seseorang itu tertekan, mesti ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Sama ada urusan perniagaan, pelajaran, kawan-kawan, atau yang lebih terkenal di kalangan remaja adalah "kisah cinta". Mmmmm.... memang tak dinafikan aku sendiri pernah mengalami perkara sebegini.

Tapi setelah difikirkan, kenapa perlu kita tertekan? Sebagai seorang ummat Islam, kita tidak harus tertekan. Kerana dalam agama Islam, setiap perkara yang disuruh untuk dilakukan tidak akan menyebabkan kita tertekan. Persoalannya di sini, "Mengapa kita selalu tertekan?". Mengikut satu artikel yang aku petik daripada satu website, sebenarnya kita tertekan kerana kita tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Kerana jikalau kita mengamalkannya, kita tidak akan bertemu dengan pelbagai masalah. Kerana maksud Islam sendiri adalah selamat, sejahtera. So semua perkara yang berkaitan dengannya, tidak akan menyebabkan kita tertekan.

So, di sini aku nak ajak semua untuk berfikir sejenak. Apakah tujuan kita dijadikan di dunia ini? Apakah tugasan kita sebagai seorang pelajar? Adakah jika kita belajar mengikut cara Islam akan menyebabkan kita tertekan? Tepuk dada, tanyalah iman. Oleh itu, sama-samalah kita renung kembali diri kita. Adakah kita berada di landasan yang benar? Ataukah kita sudah jauh terpesong daripada jalan yang lurus? Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan AllAH S.W.T.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar