Entahlah aper yang aku fikirkan sebenarnya. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku amek medic in the first place. Kenapa tak amek kursus lain yang kritikal juga cam pharmacy ker, dentistry ker aper ker. Aku sendiri pun bertanya kepada diri sendiri. Adakah aku nie betul-betul nak belajar medic nie? Ataukah sekadar nak mencari populariti pekerjaan ini? Ataukah kerana mak bapak yang suruh? Tapi yang pastinya mesti ada hikmah disebalik kejadian ini. Hikmah yang kita sendiri mungkin tak nampak sekarang tetapi di masa akan datang pasti banyak membantu kita.
So itulah kekadang kalau kita asyik berfikir sesuatu nie, kita kena juga bercerita ngan orang lain. Yerlah. At least kita taklah rasa terbeban ngan sesuatu tuh. Kekadang dapat pandangan orang lain camne. Boleh ler kita menambah pengetahuan. Yang penting jangan sesekali kita takut ntuk buat silap (kalaud ah tau tuh melampaulah). Sebab kita sebagai insan yang lemah nie sentiasa belajar dari kesilapan. Cuma mungkin kekadang kita terlupa. Itulah juga fungsi seorang rakan. Untuk mengingatkan kita di masa susah dan senang (time susah ntuk mengingatkan kita masih ada lebih ramai yang lebih susah daripada kita kat luar sana dan masa senang ntuk mengingatkan kita bertapa luasnya kuasa-Nya). Itulah sebenarnya kawan yang sejati.
Ish dah jadi lain plak citer aku nie. Tapi itulah hakikat kehidupan sebenarnya. Sentiasa perlukan bantuan yang lain. Dan juga kehidupan kita ini adalah ketentuan-Nya. So mulai sekarang marilah kita semua bersama-sama untuk mencapai tujuan kehidupan sebebarnya ; keredhaan AllAH. Kepada kengkawan di luar sana, kalau nampak ada kesalahan pada diri nie janganlah takut untuk tegur. Kalau ada yang tegur itu lebih indah sebenarnya. Semoga kita semua akan diredhai-Nya. Insyallah........
Kengkawan time kat sekolah dulu dari kiri: Firdaus Rahim a.k.a kaytee(KT), aku, ngan Hafiz Amran a.k.a apes. gambar kat KL Central.
*kaytee (KT) bermkasud ketua tingkatan. dulu dier dari Form 1 dan Form 2 jadi KT. pastuh Form 3 dan Form 5 jadi pengawas.
0 comments:
Post a Comment