Apakah peranan kita?


Apakah sebenarnya sedang berlaku?


Kita telah lama mendengar tentang perebutan kuasa dan kawasan di bumi Palestine. Setiap hari dan setiap ketika kita mendengarnya. Berbagai kejadian yang berlaku. Suami di bunuh, anak di tembak, isteri dirogol, warga tua di sepak dan bermacam-macam lagi. Tetapi dalam kita tidak sedar sebenarnya kita tidak langsung terasa kesengsaraan yang berlaku kepada saudara seIslam kita di sana. Adakah kita menyumbang kepada kebaikkan mereka? Atau adakah kita sebenarnya yang menyebabkan mereka ditimpa musibah sebegitu.

Mungkin selama ini kita selalu melaungkan kata-kata semangat, menulis pelbagai kutukan dan juga kata-kata cacian di dalam blog mahupun di dalam email. Kita juga mungkin pernah mengikuti pelbagai perarakan menentang keganasan rejim Israel laknatullah. Tetapi, adakah dengan melakukan perkara sebegitu kita telah berusaha untuk membebaskan Palestine secara khususnya dan ummat Islam sedunia am nya? Adakah kita menyumbang kepada pembangunan Islam?

Entahlah, beberapa hari kebelakangan nie asyik terfikir pasal perjuangan kita sebagai khalifah di bumi AllAH nie. Terfikir berapa banyakkah diri ini telah menyumbang ke arah kemajuan Islam. Adakah diri ini berjuang untuk agama AllAH. Adakah diri ini berjuang demi kecintaan terhadap AllAH dan rasul-Nya? Pelbagai soalan yang sering terbuku di dalam kepala. Tetapi dalam masa yang sama masih melakukan perkara yang sama ; tidak mengendahkannya.

Saya dengan artikel yang ditulis di dalam blog SaifulIslam. Suatu blog yang memang banyak manafaat nyer. Bukan niat untuk menyindir mana-mana pihak, tetapi sekadar meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Sekadar untuk membawa rakan-rakan semua berfikir ; Apakah tujuan sebenar kita dijadikan di atas muka bumi nie? Kemanakah hala tuju kita? Sememangnya diri nie bila menulis akan berkata sebegini. Namun hakikatnya sebaliknya (Ya AllAH bantulah hamba-Mu ini mencapai tujuan sebenar dijadikan di atas muka bumi).

Bercerita pasal artikel yang ditulis di dalam blog SaifulIslam, ada banyak memberi pengajaran kepada diri. Sebenarnya hidup kita nie bukan sekadar di sini sahaja. Tetapi hidup kita ini adalah sebagai persinggahan untuk kehidupan selepas kematian. Di mana tiada yang akan mati selepas itu. Tentang hakikat diri kita ini yang memang tak pernah leka dengan dosa akibat kealpaan. Entahlah, inilah sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh musuh Islam ; merosakkan remaja Islam agar masa depan Islam akan mundur. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh seorang sahabat (tak ingat plak nama dier), "Jikalau nak tengok masa depan sesuatu negara (termasuk juga agama dan keluarga), maka lihatlah pemuda dan pemudi mereka".

So sambung pulak pasal Palestine, kalau kita nengok kat paper semenjak kebelakangan nie macam-macam dah berlaku. Memang dia orang nie takkan selesa sampai ler kita semua ikut apa yang mereka nak. Cuba bayangkan apa yang telah mereka lakukan? Mereka boleh membunuh sewenang-wenangnya. Apabila orang Islam cuba melindungi diri mereka dan keluarga mereka, mereka dituduh sebagai pengganas. Dan bermacam-macam lagi. Tetapi ini bukanlah perkara yang cuba disampaikan. Persoalan sebenarnya, adakah kita yang mengakibatkan perkara nie? Jawapannya adalah ya. Cuba kita soroti kembali sejarah bagaimana palestine boleh jatuh ke tangan Yahudi. Ini kerana kita sebenar telah lari jauh daripada landasan sebenarnya. Al-Quran tidak lagi digunakan sebagai rujukan utama. Kita semakin cintakan dunia. Kita semakin jauh dengan pencipta kita.

Masih adakah peluang untuk kita berpaling semula? Masih adakah harapan untuk kita semua? Masih adakah cinta kita kepada-Nya? Cubalah tanya diri kita sendiri perkara ini. Semoga kita semua akan memperolehi jawapan sebenarnya. Lihatlah kedalam diri kita, adakah kita mempunyai kualiti seorang yang beriman. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungannya. Sesungguhnya imanku sungguh lemah kerana hanya mampu menulis. Tetapi belum tentu korang semua akan tunduk dengan permintaan mereka. Maka bangkitlah sahabatku sekalian. Kita kembalikan Khilafah Islamiyah di muka bumi ini. Betulkan diri kita dan insyallah yang lain akan mengikuti kita. Kerana sesungguhnya kitalah pewaris seterusnya.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar