Aya-chan sedang mengetuai koir kelas nya.
First time korang baca entry mesti pelik asal aku letak gambar budak jepun yang kawai nie kan. Hehehe.... Nie adalah gambar yang diambil daripada sebuah drama bersiri jepun bertajuk "1 Litre of Tears". Diadaptasi daripada sebuah buku yang mengisahkan kisah benar seorang budak perempuan yang telah disahkan mempunyai penyakit spinocerebellar atrophy. Budak tersebut bernama Kito Aya. Tapi dalam citer nama nyer lain.
Actually citer nie diintroduce pada aku oleh seorang kawan baik aku. Cerita nyer memang menyayat hati. Pasal cerita nie memang pasal kehidupan sebenar budak tuh. Disahkan menghidapi penyakit tuh time umur dier 15. Lepas tuh, dier nyer body cognition mula lemah. First takleh jalan, pastuh takleh cakap, pastuh hanya mampu terlantar di atas katil. Mesej sebenar yang cuba disampaikan dalam citer nie adalah supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya. Pasal tak semua orang ada selalunya sihat. Manalah tau satu hari nanti secara tiba-tiba kita disahkan ada penyakit yang takder cure (F.Y.I penyakit tersebut takder penawarnya. so Aya terpaksa meneruskan hidup. kire cam menunggu masa ajerlah).
Bercerita pasal drama nie teringat plak satu mail yang aku dapat daripada cikgu aku kat SMAP Labu, dalam mail tuh ada kata ; happiness is a voyage. kita takleh tunggu kita dapat sesuatu baru nak gembira. Kalau kita nak cakap secara islamicnya, beramal seperti kita akan mati esok dan bekerja cam kita akan hidup selamanya. Macam-macam dah kita semua dengar pasal menda nie. Tapi kekadang tuh kita ada terfikir ke semua nie? Bagi aku sendiri, rasanya macam kita nie dah terlalu jauh menyimpang daripada ajaran yang sebenar. Kita hari nie terlalu dimanjakan dan dimewahkan dengan macam-macam menda. Nak duit terus ajer parent kita hantar, nak itu ada orang tolong buatkan. Tapi kita lupa bahawa hidup nie tak selamnya begitu. Suatu hari nanti kita akan diuji (kalau orang tuh selalu diuji, itu tanda AllAH sentiasa sayang akan dirinya). dengan sebegitu hebatnya dan mungkin kita akan mengeluh. Tapi ingatlah sesungguhnya AllAH suka akan hambanya sentiasa berdoa kepadanya. Dan kita juga harus ingat, kejayaan yang dikecapi juga adalah ujian daripada-Nya. Dah macam-macam aku tulis nie, sekarang terpulang pada diri kita semua untuk menilainya. Semoga apa yang kita kecapi adalah dalam rahmat-Nya.
So kepada sesiapa yang nak tahu cerita nie secara keseluruhan boleh lah download nyer dari tenet. Atau boleh pau daripada aku nie. Huhuhu.....
“Just being alive is such a lovely and wonderful thing.”
0 comments:
Post a Comment