In Memory of Abd Halim Amran (1986 - 2007)

Abd Halim Amran (1986-2007)


Assalammualaikum....

Just recieved a message today saying that one of my schoolmate, Abdul Halim Amran passed away yesterday drown in Perak. Then one of my friend send my the link to a local newspaper regarding the incident.

Well he's one of the bright student back in SMAP. Always full of enthusiasm of learning and getting know things. He's really good at chess. Yet he's very shy. Never ever let people get angry with him. All of my high school years, I seldom talk to him. Maybe a few times. Last year I meet him at a PUTRA station. I can't remember which station. But there I meet him and we exchange phone number and had a few talk. Since he's so busy as Malaysian Medical Student. So i don't bother about it. Well maybe AllAH loves him more. That's why he call him back. I don't have anything else to say. Just a word or two. And the only thing that I can help right now is to recite doa for him and this entry to honor him. May you'll be placed with the good people which HIM had promised heaven as their reward.

Halim in memory

2 Al-Battani 2000

Form 3 2001


the entry about the incident in local newspaper:

Bakal doktor mati lemas

TAIPING: Kegembiraan 11 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mandi-manda di pusat perkelahan Sungai Sempeneh, Batu Kurau, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi cedera selepas dihanyutkan arus deras, petang semalam. Mereka adalah sebahagian daripada 45 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu yang mengikuti projek anak angkat bersama keluarga di Kampung Repuh, Batu Kurau. Mangsa yang mati lemas adalah pelajar perubatan, Abd Halim Amran, 20, dari Seremban, Negeri Sembilan manakala Mohd Shahrol Suondah, 20, dari Kuala Lumpur cedera di tangan dan dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan. Seorang rakan mangsa berusia 20 tahun yang enggan namanya disiarkan, berkata sembilan pelajar lelaki dan dua perempuan berusia 20-an, pergi berkelah ke pusat perkelahan itu kira-kira jam 3.30 petang, semalam. Katanya, ketika mereka sedang mandi, arus deras menerpa kawasan mereka secara tiba-tiba dari kawasan tinggi berhampiran berikutan hujan lebat, kira-kira jam 5 petang. “Saya dan beberapa rakan mandi di tepi dan sempat menyelamatkan diri. Tapi, dua rakan kami yang masih di bahagian tengah sungai tidak sempat naik dan dihanyutkan. “Kami sempat menyelamatkan Mohd Shahrol tetapi Abd Halim hilang dibawa arus. “Kami segera melaporkan kejadian kepada keluarga angkat dan penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Rela untuk usaha menyelamat,” katanya. Rakan mangsa yang masih terkejut dengan kejadian itu, berkata mereka tidak menduga kejadian buruk itu berlaku ke atas mereka. Katanya, projek anak angkat itu membabitkan 45 pelajar UKM, Bangi, Selangor, dari pelbagai kursus terdiri daripada 20 lelaki dan 25 perempuan bermula 23 Mac lalu dan dijangka berakhir pada Khamis ini. Menurutnya, semua pelajar menetap dengan keluarga angkat di Kampung Repuh dan menjalankan pelbagai kegiatan membabitkan masyarakat kampung. “Inilah kali pertama saya dan rakan berkelah di pusat perkelahan itu. Kami amat sedih dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang kelmarin. Sementara itu, Ketua Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Ahmad Abd Wahab, berkata sebaik mendapat laporan pasukan, penyelamat mula menjalankan operasi mencari mangsa pada jam 5.20 petang bersama 10 anggota. Katanya, turut membantu ialah pasukan polis dan Rela. “Mayat mangsa ditemui pada jam 6.50 petang, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping (HT),” katanya.



"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati"
"Kematian itu adalah pasti"

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar