Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat untuk terus hidup sehingga ke saat ini.
Dah lama rasanya tidak menulis. Hampir sebulan lamanya. Banyak benda yang telah berlaku sepanjang sebulan lebih yang lalu.
Alhamdulillah pada 18 April yang lalu genaplah usia diri ini 24 tahun. Wah dah 24 tahun hidup. Alhamdulillah di atas nikmat-Nya yang tidak terhingga. Tetapi apa yang telah aku lakukan dalam 24 tahun yang telah berlalu? Adakah ianya menyumbang kepada Islam? Atau adakah menyumbang kepada kehancurannya. Tepuk dada tanyalah iman di dada.
Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah mendoakan. Semoga kalian juga akan sentiasa di pelihara-Nya. Terima kasih juga kepada rakan yang telah sudi memberi peringatan yang berguna di hari lahir dengan menghadiahkan buku ini: Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ( seperti gambar di atas. wah tajuk boleh tahan juga. Hehehe ;P ).
Buku yang sangat menarik untuk dibaca oleh kita semua yang bergelar seorang lelaki. Memaparkan pengalaman hidup seorang lelaki yang bergelar anak, suami, ayah dan pendakwah. Menarik untuk difikirkan bersama-sama agar perjalanan kita nanti juga akan berjaya diharungi. Terima kasih tidak terhingga sekali lagi.
Juga dapat sebuah buku yang bertajuk The Prophet Muhammad: The Best of All Husbands. Nie hadiah daripada orang yang dah tak lama dah nie. Hehehe. Nak suruh ikut jejak langkah kot. Apa-apa pun terima kasih kepada anda. Juga sebuah buku yang menarik. Contoh dan tauladan seluruh ummat yang harus dimiliki bagi mereka yang dah mula berkira-kira untuk melangkah ke alam rumah tangga ( ini bukan iklan ye ). Tapi kalau tiada calon tapi dah bersedia bolehlah rujuk kepada Bayt Muslim MPPM ( ok yang ni baru iklan ).
Terima kasih juga kepada yang telah memberikan hadiah yang lain. Semoga ukhwah kita semua akan sentiasa kukuh ke akhirnya. Terima kasih juga sebab makan sama-sama arituh.
Tidak dilupakan juga telah menyertai KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan) 2010 yang telah berlangsung di mantiqah Mafraq selama 2 hari semalam. Saya telah menyertai pasukan bola sepak Irbid B sebagai penjaga gol. Setelah hampir seharian kami berusaha dengan bersungguh-sungguh, hanya tempat ke-3 yang berjaya kami peroleh (minta maaf kepada kawan-kawan semua kerana banyak melepaskan sepakan penalti penentuan ke peringkat akhir). Apa-apa pun saya rasa berbangga kerana dapat bermain bersama-sama kalian. Terima kasih sekali lagi.
Juga Alhamdulillah kerana PERMAI Super League (PSL) telah berjaya ditamatkan semalam setelah hampir 6 bulan lebih berlangsung. Dan sejuta syukur juga kepada Ilahi kerana telah memberikan kami kejayaan bergelar juara PSL kali pertama ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kapten TDH (The Dark Horses), Azri a.k.a Poey, dan team mates; Anwarash, Izzat Cardiac, Ejard, Halfie, Dzofir, Usamah, Amirul Aiman, Amirul Hafiz, Sidi, Baem, Firdaus a.k.a Ijai, Mukhlis, Hashemi, Sheikh Imran, Syafiq a.k.a Sadis, Madnor, Muhtadii, dan Faiq Nabil. Terima kasih kerana telah memberikan peluang untuk bermain dengan kalian. Walaupun tak reti nak main tapi korang tak kisah. Hehehe….
Akhirnya, insyaAllah peperiksaan akhir tahun 5 perubatan yang berjumlah 11 kertas semuanya akan bermula lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Dah bersedia ke? Doakanlah semoga mendapat yang terbaik dan juga diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah tinggal sedikit sahaja lagi untuk melangkah ke alam seterusnya yang pastinya menjanjikan seribu satu dugaan, cabaran dan kejutan. Semoga hati ini akan sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berjuang di jalan-Nya.
InsyaAllah jikalau diberikan kekuatan dan masa lagi entry seterusnya akan dibuat selepas tamat peperiksaan nanti. Sama-sama kita semua berusaha ke arah kecermelangan di dunia dan akhirat.
Akhir kata, moga kekuatan kita ini akan membantu Islam terus berjaya dan berjaya. Wassalam.
2 comments:
Semoga teraplikasi apa yang dibaca, inshallah. Btw all d best for the finals!
insyaAllah.
semoga apa yang diperolehi mampu diserap dan diguna pakai di waktu memerlukannya kelak.
bittaufiq wa najjah jami3an.
Post a Comment