Ramadhan Oh Ramadhan


sempena Ihya Ramadhan 1429H/PERMAI 2008/2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Diharap agar sentiasa dalam redha Allah dan kasih sayang-Nya.
Bagaimana dengan Iman kita hari ini?
Adakah semakin baik? Atau sebaliknya?
Adakah kita semakin cemerlang mengerjakan ibadah? Atau semakin culas?
Begitulah adat makhluk bernama manusia.
Sentiasa perlu diingatkan walaupun telah berkali-kali diingatkan.

Jadi bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini,
saya ingin menasihatkan diri saya dan rakan-rakan pembaca sekalian untuk
melihat kembali amalan yang telah kita lakukan.
Adakah mencukupi? Jikalau tidak apa yang perlu kita lakukan?
Sememangnya persoalan yang tiada akhiran. Dan hanya berakhir apabila kita telah ber'AKHIR'.
Maka renung-renungkan. Semoga Madrasah Ramadhan kali ini membentuk diri
kita menjadi insan yang lebih cemerlang, di dunia dan akhirat.

RAMADHAN RAHMAT DARI ILAHI

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar