Aliff & Nadia


Raja Sehari


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya dalam setiap perkara yang kita lakukan. Apa khabar semua? Harap sentiasa dalam keadaan yang baik.

Alhamdulillah pada 9 Ogos baru, seorang kenalan di SMAP Labu dulu telah selamat diijabkabul dengan pasangan pilihanya (ore kelate wei.. huhuhu). Sebenarnya majlis nikah dah wat beberapa hari sebelum tuh. Tapi time kat rumah Alep ramai jgak ah yang datang. Tetapi aku juga yang stranded duduk kat Jordan nie. Aper boleh buat. Xper ada masa insyAllah kita semua akan
jumpa lagi. Actually arituh dia orang wat mini gath. Ok ah. At least semua masih lagi berhubung. Semoga silaturahim itu akan terus kukuh.

Tiada apa nak citer sangat dah sebenarnya. Sajer nak ucap tahniah kat Alep dan isteri. Semoga bahagia ke anak cucu. Dan sila pastikan anak-anak muslim yang bakal lahir dibesarkan dalam keluarga Islam. Semoga kita akan menambah ummat Muhammad yang berkualiti bukan kuantiti.

Ok kepada sesiapa yang next in line sila bagitau ek. InsyAllah kalau ada rezeki boleh aku pergi. Tapi kalau kena time kelas lg, hanya doa ajer yang boleh aku sampaikan. Xper kalau xleh pergi jgak nanti kita wat gath bebiler ah. Nak tunggu majlis aku, korang semua bukan nyer nak datang pun ke Muadzam tuh. Ahahahahaha.....

Anyway semoga ukhwah yang terbina akan kekal ke akhirnya. Semoga kita semua akan dirahmati-Nya dalam apa jua urusan.
InsyAllah berjaya.



Batch SMAPL9903 bersama pengantin



The Guys n Pengantin


The Girls n Pengantin


*Foto oleh LE|nspiration
No tel: 0129804424 / 0133607605
(nie aku promote nie kena ada komisen nie. ahahahahaha)

Sekian, wassalam.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar