Akhirnya......

Assalammualaikum.....

Semester musim panas kita hampir tiba ke penghujungnya.
Peperiksaan akhir kian menjelang.
Apakah diri ini telah bersedia?
Semuanya akan terjawab tidak lama lagi.

Rasanya semester kali ini terasa seperti dalam 'Honeymoon' plak.
Entahlah agaknya kerana kelas xmacam kelas kot?
Ahahahaha
Macam-macam gelagat manusia boleh dilihat sepanjang musim panas.
Daripada pakaian kepada akhlak.
Ada yang baik, Alhamdulillah.
Yang kurang, semoga dihujani rahmat dan kasih sayang-Nya.

Semester yang akan datang bakal membawa kelainan.
Dunia baru untuk diri ini.
Sudahkah bersedia? Bagaimana pula keadaan 'Di Sana' yang ternyata lebih berbeza?
Diri ini hanya mampu berdoa dan berharap agar sentiasa dalam keimanan.

Ramadhan hampir menjelma, bersediakah kita melangkah ke daerahnya?
Sama-sama renungkan.
Selamat menempuh peperiksaan akhir.
Semoga sentiasa dalam perlindungan-Nya.
Bi taufiq wa najjah......

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar