Maulidur Rasul.

Apakah sambutannya suatu kemestian?
Mengapakah kita menyambutnya?
Adakah kerana menunjukkan rasa cinta.
Atau sekadar perkara biasa.

Lupakah kita tentang Baginda.
Yang sentiasa mengingati kita.
Hatta sehingga ke akhirnya.
Sentiasa dalam ingatan Baginda.

Bukanlah sambutan itu suatu kemestian.
Yang hanya berakhir setelah hari berlalu.
Tetapi dengan hati yang yakin.
Bahawa janji-Nya pasti berlaku.

Ingatlah rakan-rakanku semua.
Hidupkan sunnah walau di mana.
Tidak kira tempat ataupun masa.
Sunnah Baginda tetap dibangga.

Sempena dengan Sambutan Maulid Rasul kali ini,
saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir
dan cuba ingati apakah yang telah kita laksanakan
sebagai ummat Baginda. Adakah cukup sekadar
dengan apa yang telah kita laksanakan? Ataukah
masih terlalu jauh? Fikir dan renungkan. Ingatlah
sambutan ini tidak harus diraikan tanpa mengenali
erti sebenar. Dan ingatlah bahawa Baginda tidak
memerlukan cinta kita. Sebaliknya kitalah yang
memerlukan syafaat Baginda, demi menjamin hari
yang cemerlang di sana kelak. Walaupun kau telah
lama pergi, namun tetap di dalam hati kami ini

Ya Rasulullah.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar