Kemana Hala Tuju Kita?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah banyak memberikan komen dan pandangan tentang entry sebelum ini. Hehehehehe..... Satu isu yang menarik minat pelbagai pihak saya rasa. Tetapi tujuan asal saya menulis entry tersebut bukanlah untuk bercerita tentang perkara tersebut. Tetapi memang saya sengaja hendak melihat bagaiman kebanyakkan daripada kita selaku remaja berfikir. Adakah kita ini berfikir secara telus, atau sekadar di permukaan.

Entry yang banyak mendapat komen setakat ini saya rasakan. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada mereka yang telah meluangkan masa memberi pendapat. Apa yang kalian tulis itu adalah benar. Dan saya rasa jikalau kita terus berbincang perkara tersebut semakin banyak idea-idea yang baru akan dilontarkan.

Tetapi sebagai remaja yang menuntut di universiti, seharusnya kita tahu untuk mentafsir sesuatu perkara. Kita tidak hanya boleh menilai sesuatu melalui permukaannya sahaja. Tetapi kita harus mendalaminya. Begitu juga dengan pelajaran. Kita tidak hanya sekadar membaca dan menghafal. Tidak akan sampai maksud sebenar pendidikan jikalau itulah amalan kita. Seharusnya kita baca, lihat, dengar, dan faham tentang sesuatu perkara. Kuasai dulu baru memberi.

Dan sedarlah bahawa kita adalah bakal pemimpin negara pada masa depan. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan itu, akan memberikan implikasi terhadap masa depan negara. Jikalau kita masih berada di takuk lama, masih mengikut sesuatu tanpa usul periksa nesecaya kita hanya akan menjadikan masa depan sebagai suatu yang suram. Buka minda dan buka mata. Katakan apa yang hak dan cegah yang batil. Jikalau apa yang saya lakukan itu adalah batil, katakan. Jangan sampai Pencipta menghukum semua kerana kemungkaran satu pihak. Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya.

"BERSATU KE ARAH KECERMELANGAN"

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar