0
More Than WordsTidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!
Astaghfirullahalazim..aku beristighfar panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas,sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku ketika jaga..
Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..
Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran.. Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir setahun lepas..
Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je.. kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang macam tula .berfikir sejenak.. Ooo..Layan ajela.. aku orait jepersetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku ia hanyalah satu tugas.....
Kau bertugas untuk siapa??!!
Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugastersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat menjadi pioneeratau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya,maka terpilihlah.. Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..
Tika itu, pada fikiranku, tiada yang tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, Cina dan India..Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri, iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat asalku..
Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!
tersentak.. suara itulah yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku, menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis itu berlangsung..
Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di surau ya?.

"Ada hal penting ke? soalku.. Iya,sangat pentinglantas berlalu meninggalkanku. Dialah Ummu, salah seorang penggerak usrah di tempat belajarku.. Memang sudahku duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah.. diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi jika bertikam lidah.....
Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan pengetahuan yang serba-serbi jahil..
Kalau boleh.. korang cubela stop atau tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu.. Paling kurang pon, terhadkan pesertanya dari kalangan lelaki sahaja pinta Ummu dgn harapan tiada rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian..
Bukannya tak boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan pantas sahaja lidahku menjawab.
"Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini soal halal, haram & maruah agama..Lagi yang paling penting,maruah & kehormatan wanita tu sendiri.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, wanita tak boleh menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat dan keinginan buruk orang terhadapnya . Sedang sesama perempuan pun ada batasnya, apatah lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana maruah Islam ?? semakin keras mempertahankan hujahnya..
"Alaa..kitorang dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon dah fikir pasal benda-benda macam tu sekali lagi kejahilanku terserlah..
Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan..kami takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..Dia tidak putus asa memujuk.
Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang, ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuaipantas ku membuat kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..wajah Ummu merah, muram penuh kekecewaan..

Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??
Astaghfirullah! aku tersentak.. panas makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidakkan ada lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan wajib..(Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih 31:7..) Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku..
Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah lagi beban dosa seberat gunung di bahuku... Wei Dani..ko ade dengar citer tak.. dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau..... kelu..... lidahku yang begitu lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. Ey Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok ujar Rahim bagaikan mengerti isi hatiku..

Persoalannya.. benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu? Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan semula untuk tahun berikutnya?.........
Tidak terasa beratkah dosa yang kau pikul??!!

Aku pasrah.. tunduk dan mengakui kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal, kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan.. kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihatdan niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang kupikul ini.. Semoga..
Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu ku siram dengan air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang terasa sangat kotor..Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku menjadi tenteraMu.. Amin......
Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka) Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung
Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu. (Kepada mereka) dikatakan, Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya(untukmu). Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, Bukankah kami dahulu bersama kamu? mereka(org2 mukmin) menjawab, Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah..... 57:12-13
0

Good bye internet and friends

PokJat and Me at Nabawi Mosque, Madinah on a fine morning ;P


Assalammualaikum and good day everyone.
Alhamdulillah I just arrived from Makkah the day before yesterday. So far everything is doing great. Alhamdulillah I've recieved all the result and thank again to HIM for his blessing. Even though the result wasn't really great, but I'm glad that I made it. Nothing more to tell.

Well just to let you guys know that I won't be around the internet for awhile since I'm going to move to a new house. So thank you very much for reading this humble blog. To all friends who already in Malaysia, wishing you guys a happy holidays. Don't forget me when you guys having reunion or anything together. To all graduates, congratulations. Omedeto. I got nothing to give. But as a token of appreciation from me, I would like to dedicate to all of the again CONGRATULATION.

The following are the first Malaysian graduates of Jordan Unversity of Science and Technology (J.U.S.T):
1) Muhammad Ashraf
2) Wan Muhammad Ruzaimi
3) Hakimah
4) Julie Eilena
5) Puteri Wan Seri Bani
6) Shuhada
p/s: if there's any misspelling please forgive me.

And last but not least, to all my friends who are going to clinical year next year congratulations. Do your best. Never let anyone left behind again. Enough is enough. I pray that we all will be successful for the Ummah. And till then, wassalam....
0
HolidayAssalammualaikum and good day everyone. Alhamdulillah I've finished my last examination for the semester. So far everything is going so well. Yet I still need to double my effort when it comes to studying. Even the result is good, but for me it still not so good. And right now I've started my mid semester holiday. With 21 days to lay around, I've decided to perform umrah. As this is my second time, I hope it'll be better than before. As Imam Ghazali used to say, "Tomorrow must be better than today, and today must be better than yesterday. If today still the same as yesterday, we all are losers". (I'm sorry for the translation, because I can't find the exact words that he used.)

Before I forgot, I want to congratulate all seniors that passed the final year exam and already on the road to a bigger journey. To them who didn't make it, never feel sad. If you want to feel, so take your time. But don't take it too long. There still a lot of other stuff to do. Just remember this moment. May it be something that will keep you working harder for the rest of your life.

For all of my friends, I would like to wish you all a Happy Holiday. Use them wisely. Plan your holiday. So you won't regret in the end. May all the best be with you. As for everyone, thank you for your support. InsyAllah we'll be better day by day. Never forget your worst moment of your life as it will be your motivation to keep walking toward. May Allah bless us all with His mercifulness and graciousness.

Till we meet again someday.
Alhamdulillah.........
 
Copyright © CHRONICLEofanwar