Ramadhan Kembali lagi.
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, dipertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan tahun. Setelah hampir setahun berlalu selepas Ramadhan yang lalu, kita masih diberi nikmat untuk bertemu dengannya sekali lagi. Tetapi adakah kita bersedia menghadapinya? Apakah persediaan yang telah kita lakukan untuk menghadapinya?
Inilah sepatutnya soalan yang perlu berada dalam fikiran kita. Bukannya apa yang nak dimasak untuk berbuka. Atau nak buat kuih apa untuk raya tahun nie? Perspektif kita tentang Ramadhan perlu diperbetulkan. Ramadhan itu adalah suatu bulan yang seharusnya kita jadikan masa untuk kita membersihkan diri dari dosa-dosa. Suatu masa untuk kita mengambil iktibar daripadanya. Untuk kita jadikan panduan sepanjang masa. Sebagai peringatan untuk diri yang sentiasa alpha dan leka.
Alhamdulillah, sehingaa hari nie, dah hampir dua minggu pulang dari tanah air. Terima kasih atas segalanya. Dikesempatan pulang ke Malaysia telah banyak membuka mata tentang kehidupan ini. Kehidupan ini tidaklah seindah yang kita harapkan. Tetapi adalah suatu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang. Mereka yang tidak dapat menerima kenyataan inilah yang selalu hanyut dengan godaan duniawi. Memang benarlah dunia ini hanya sebagai suatu persinggahan buat sementara waktu sahaja.
Pelbagai isu dapat kita lihat dalam akhbar semenjak kebelakangan ini. Dan yang paling merunsingkan adalah kes penderaan seksual dan pembunuhan adik Nurin. Suatu keadaan dimana menggambar betapa kita telah kembali ke zaman jahiliyah. Cuba kita lihat kembali, siapakah yang harus dipersalahkan? Dimanakah silapnya? Inilah hakikat yang berlaku di Malaysia hari ini. Seperti kata pepatah inggeris
It's like the tip of an iceberg. Kejadian ini hanyalah sebahagian hakikat masyarakat Malaysia.
Kemajuan dan keruntuhan akhlak diibaratkan berlaku secara seiring. Cuba kita lihat negara-negara maju seperti Jepun, US, England, Perancis. dan Jerman. Memang negara mereka maju. Itu adalah suatu yang tidak dapat kita nafikan. Tetapi kemajuan itu sendiri telah menyebabkan kita mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan yang selama ini amat dititik beratkan oleh Islam. Inilah akibatnya apabila kemajuan yang kita perolehi tidak disandarkan dengan Islam. Kita telah menjadi semakin sekular; memisahkan kehidupan harian dengan agama. Sebenarnya Islam adalah suatu cara hidup. Bukan sekadar agama. Islam meliputi segalanya. Dari urusan dunia sehingga ke alam sana.
Cuba kita renungi kembali diri kita ini. Dalam kita mengejar kejayaan dunia adakah kita menyandarkannya dengan Islam? Adakah kita memahami Islam? Adakah kita telah melakukan amalan yang cukup untuk kita ditempatkan di tempat yang baik di alam sana? Semuanya kembali kepada kita sendiri. Jadi ambilah kesempatan dalam bulan Ramadhan ini untuk kita memperbaiki diri agar menjadi insan yang sempurna. Semoga apa yang kita kejar selari dengan kehendak Islam. Semoga selamanya kita berada dalam perlindungan-Nya.
Ramadhan Kareem....
0 comments:
Post a Comment