Mengarut *%&^%#*@^&$&

Dah beberapa lama semenjak last entry. Ntah ler skang nie rasa malas ajer nak update blog nie. Kind of busy with other stuffs. Dan juga tak tau nak citer aper.....

Mmmmmm..... insyallah lepas abes exam final 5/6 nie akan balik ke Malaysia buat kali kedua nyer. Wah seronoknya sebab dapat jumpa family, kengkawan, dan lain-lain lagi. Ntah ah, kekadang rasa cam balik nie cam rugi ajer. Bukan aper, pasal cuti pendek sangat. Tapi pasal arituh dah janji ngan bebudak nie nak sambut jr bulan 9 nie. So terpaksalah melaksanakan janji yang telah dilakukan. So bulan 9 nie terpaksalah meramahkan diri dengan adik2 baru, since hampir semua senior akan sibuk, esp tahun 6 sebab dah masuk final year. So a little bit busier than before.

Citer pasal balik nie teringat lah pulak pasal tiket flight. Wah, harganya dah melambung tinggi giler. Kalau sebelum bulan April arituh tiket hanya mencecah JOD380.000, tadi bila confirm balik dah naik sampaik JOD470.000. Hampir JOD100.000 gak naik tuh. Mmmmm... takperlah, asal boleh balik. Huhu~ best nyer dapat balik....

Lagi nak citer aper ek, tak tau ler nak citer. Aku tak cam ornag lain tuh, macam2 ha nak citer dalam blog. Maple ler, visit ler, kutuk orang ler, ntah ah macam2 lagi. Aku pun cam dah bosan ajer mendalah nie. Tapi best gak pasal boleh luahkan menda kat dalam hati aku nie kat semua orang. Biar tak kenal aku pun ek. Huhu~ Skang nie plak dah nak dekat ngan exam. Cuma tinggal lagi 2 minggu ajer. Still banyak menda tak cover lagi (bukan takder masa, ntah ler malas nie ler sebab nyer nie. Bukan mak bapak ek.)

Mmmmm.... lagi citer pasal cinta. Mmmm, aku bukan nyer reti sangat pasal mendalah nie. Maklumlah, belum ada pengalaman. Tapi arituh ada terbaca satu mail yang aku terima daripada group aku. Citer pasal Nikah Khitbah (atau dalam melayu nya nikah gantung). Aku sendiri pun tak faham pasal nikah gantung nie. Nie just sekadar nak berkongsi realiti dengan semua orang. Dewasa nie, kita nengok memang masalah cinta nie semakin meruncing di IPT sama ada local mahupun abroad. So nak tak nak, kena jugalah bagi komen ek.

Remaja skang nie semakin lupa akan hadaf sebenar kita diciptakan di dunia nie. Memang akan ramai kata ini semua adalah naluri atau keperluan setiap manusia untuk bercinta. Ini memang tidak dinafikan. Tetapi masalah nyer di sini adalah cara bagaimana kita bercinta. Sedarkah kita akan kesalahan yang selalu kita lakukan? Iaitu kenapa kita bercinta? Aku selalu juga bertanya kepada diri sendiri. Kenapa aku minat seseorang (aku hanya sekadar berminat. tidak pernah mencuba kerana takut salah caranya dan menyebabkan terpesong)? Adakah kerana nafsu semata-mata? Ataukah kerana hendak mencari keredhaan-Nya?

Sekarang cuba korang plak tanya diri korang (soalan nie ditujukan kepada mereka yang sedang asyik dilamun cinta tuh), adakah korang semua bercinta kerana hendak mendapatkan keredhaan-Nya? (mungkin ada yang membaca nie dah berkata aku poyo. tetapi dalam hal nie janganlah korang buat kesimpulan dengan cepat. baca abeskan dulu. pastuh baru komen). Ataukah sedakar kerana trend terkini, ataupun dizaman remaja nie nak ada awek pasal semua kawan ada awek? Cuba nilai balik semua nie. Kalau betullah korang semua bercinta sebab nak dapat keredhaan-Nya, apa tunggu lagi kawen ajer. Bukan susah pun. Kan itu adalah cara yang paling selamat dan insyallah akan mencapai keredhaan-Nya. Dan soalan nie mesti timbul nyer, "Nak bagi anak orang makan aper?". Aperlah korang nie. Kalau dah tau takleh nak tanggung anak orang lagi, yang sibuk2 gi bercinta tuh saper suruh. Ader mak bapak korang suruh ker? Setahu aku ler kan, mak bapak akan suruh anak mereka belajar sampai abes dulu. Bila dah abes belajar nanti, bukan macam takder orang yang nak. Silap2 lagi ramai.

So aku rasa aku dah takleh nak citer panjang2 dah nie. Kan lagi panjang, lagi merapu aku tulis kang. (dah ler ramai orang yang dekat ngan aku baca menda nie. abeslah aku. huhu~). Ok ah, sekarang nie terpulang pada korang apa korang nak kata. Fikirkan balik menda nie. Sebab menda nie bukan main-main. Dan kita semua bukan lagi budak kecil ntuk berbicara tentang nie (sedangkan budak sekolah rendah pun dah sibuk bercinta nie). Dan kalau korang dah jumpa jawapannya, aku harapkan jawapan itu akan membawa kita lebih dekat kepada pencipta kita.

Ok ah, aku pun dah tak reti nak citer aper lagi. Lain kali ler aku wat citer pasal kedai2 makan kat Irbid nie ek Mek Mah. Dan citer pasal Mukhayam tuh ek Akira(Tapi sebenarnya aku cam tak faham aper ko cuba cakap dalam shoutbox tuh. Huhu~). Dah takder bahan ler nak citer. Kalau ada, insyallah aku buat nyer. Aku tau korang perlukan maklumat tuh ek (pasal selalu makan kat luar dan dah bosan ngan Abu Mahmoud ek. Huhuhu~).

So skang nie dah kena stop dulu. Kang melalut citer pasal ntah menda dah. Dah ler tak abes study lg. Sibuk ajer citer pasal cinta ler, makanan ler, blogging ler. Isk isk isk rosak tul ler remaja zaman skang nie. Ok ah, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya. Jadikanlah keredhaan-Nya sebagai main goal dalam hidup kita.

"Sesungguh setiap apa yang aku lakukan, semuanya adalah kerana-Mu, Ya AllAH"

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar