Mama a.k.a Ibu


Me with mum when I was 6th month old.


14 Mei setiap tahun adalah suatu hari yang begitu bermakna bagi seorang insan yang bernama ibu. Mmmmm, kalau kat belah negara di barat, hari tersebut dikenali sebagai Mothers' Day. Kalau melayu nyer sebut Hari Ibu. Pada hari nie, semua ibu akan diraikan dengan penuh keceriaan. Kalau kita nengok kat Malaysia, macam2 aktiviti akan dilakukan sempena menyambut hari tersebut. Tetapi adakah hanya pada hari tersebut seseorang ibu harus diraikan dengan begitu? Cuba tanya kepada diri anda semua, selama nie camne anda menghargai ibu @ mama @ mummy @ ummi @ apa sahaja gelaran yang anda berikan kepada insan yang telah melahirkan anda di muka bumi nie. Adakah kita menjaga hatinya? Adakah kita telah membuat dia bahagia? Ataukah kita hanya sekadar pandai berkata-kata sedangkan anda sendiri tidak melakukanya (eh, terasa plak aku nie. mmm aper nak jadi ngan aku nie.).

So bersempena ngan Hari Ibu nie, aku nak wat entry pasal mama @ ibu aku. Mmmm. Mungkin korang yang membaca nie kenal, atau tidak itu bukan persoalan nyer. So, hari nie aku nak citer sedikit banyak pasal mama aku nie. Mmmmm nak start dari mana ek? Owh, ok. Mak aku nie bernama Siti Jumiah bte Senawi. Well berdasarkan nama aku rasa korang boleh teka dia nie keturunan aper kan? Obviously, Jawa (malangnya aku nie kekurangan ciri Jawa. Huhu~). Berasal daripada Parit Hj Ariff, Pontian, Johor. Membesar kat sana. Biasa ah berasal daripada keluarga biasa. So aku pun biasa ajer.

Tapi still bagi aku dia nielah insan yang penting dalam hidup aku (termasuk gak abah, amir, hafiz, dan ... ehh terlajak plak. huhu~). Kalau takder dier nie, agak2 nyer ada ker aku ek? (nie hanya sekadar nak sedapkan ayat. Memang DIA yang menciptakan segalanya. So insaflah). So berbalik semula kepada citer pasal mama nie. Well, seorang yang sentiasa ceria dan menceriakan suasana. Juga seorang yang memang best ler. Pasala dier sorang ajer pompuan dalam family aku. Dalam erti kata lain jadi cam orang penting ler ek. Dan juga tempat semua orang bermanja (betul apa yang dikatakan, perempuan nie memang diciptakan lembut. tapi dengan kelembutanya tuh dapat menampung dunia nie. mmmm well gurls, you guys don't have to worry about getting oppressed by the others). Lagi aper ek. Owh, kalau pasal kerja, mak aku nie jadi cam lain skit ler. Dier kerja sebagai Pembantu Teknikal di JKR Rompin. Cam second-in-command ler kat situh (pasal dulu dier belajar sampai diploma ajer. so kalau dier amek ijazah dulu mesti dah jadi engineer ek). Seorang yang memang tegas. Kalau korang pernah nengok dier wat kerjka (esp. time dier marah kontraktor, pergh tobat korang tak nak ader kat stuh). Still, she's my mom.

Seorang yang memang hebat memasak. Bukan setakat makanan jawa ajer reti, makanan pahang pun power gaks. So memang sedap ler makan selalu (pasal tuh aku camnie, huhu~ no offence mom). Seorang yang rajin gak. Memang rajin, pasal seorang wanita. Kalau seorang wanita tuh x rajin, nesecaya akan dikutuk oleh semua orang (hehe~ jagalah saper yang malas sangat tuh. huhu~). Well, dulu masa aku sekolah rendah mamalah yang selalu memberikan perhatian kepada pelajaran aku (maklumlah anak sulung. Eh bukan pak cik Sulong. Huhu~ so kena jagalah ek). So setiap hari selepas balik sekolah mak aku akan memastikan aku buat homework yg diberikan. Tak lupa juga untuk membuat segala urusan barangan sekolah cam kasut, baju sekolah dan macam2 lg lah. Tapi aku rasa cam sampai sekarang nie pun dia still jaga lagi kot. Pasal nyer aku bukan reti nak membeli baju, seluar, kasut dan lain-lain lagi barangan. Sebab semuanya mama yang buatkan. Aku cam ikut ajer. Pasal aku rasa lebih selesa camtuh. Dan aku juga percaya dengan apa yang dilakukan adalah yang terbaik ntuk aku (takper lepas aku dah khawin nanti, ha siaplah bini aku plak jadi mangsa. huhu~).

Lagi, mama aku nie seorang yang best. Pasal aper best, pasal aku senang nak bercerita ngan dier. Kalau ada masalah ker aper ker senang nak berborak. Dier nie juga seorang yang amat concern. Esp. ntuk family dier. So memang kalau kat rumah tuh takder mama, alamat nyer macam kekosongan ajer. Ntah ler, memang rindu giler ngan mama nie. Takper mama, sat lagi kita balik. Mungkin semua orang akan cakap aku nie anak mak ker aper ker. Aku tak kisah pun. Pasal dia tulah satu-satunya mama aku. Dan juga satu-satunya perempuan yang ada dalam hati aku (dah ada bini nanti tambah plak lagi satu slot. yet, she stills my mum is number one. uhuks~). So dah tak tau nak citer aper lagi. Pasal kalau buat entry memang tak pernah rangka. Main tulis ajer. So itulah serba sedikit tentang mama.

So, on this very special day i would like to dedicate to you this special song. From Boyz to Men, entitled A Song For Mama. Happy Mother's Day. May AllAH will always bless you and our family. May we be strong and stand together till the end of time. Insyallah.


With my mum before leaving Malaysia for Jordan



My mum rocks. Yeah!



A happy couple. Wish i could be like them.....


"Mum, your the greatest mother of all time to me. What ever you are, still you are my mum. No one can replace you!"

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar