Class of 2011


Assalammualaikum.
Apa khabar semua? Harap semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Sungguh lama rasanya tidak menulis di dalam blog ni. Setelah hampir sebulan lebih menempuhi fatrah imtihan nihaie yang sungguh penuh dengan mehnah dan tribulasi (tiru sket ayat dak KISAS katanya ;P).

Dan alhamdulillah kini segulung ijazah sudah berada dalam gengaman. Setelah tujuh tahun berada menempuhi segala suka dan duka kini tibalah masanya untuk pulang ke Malaysia bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat. Itu pun masyarakat kita masih banyak lagi komplen maca-macam. Inilah medan sebenar seorang pendakwah untuk melaksanakan tugasnya. Dengan masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang, ketahanan diri akan tercabar di sini.

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan, pegawai-pegawai kedutaan dan MSD yang telah membantu sepanjang keberadaan di bumi anbiaa ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua tenaga pengajar di Jordan University of Science and Technology (JUST). Tanpa bantuan kalian semua, saya tidak akan berada di mana saya berdiri ketika ini.

Perjalanan masih lagi jauh dari penghujungnya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang masih menunggu untuk diselenggara. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan diri ini dan rakan-rakan lain. InsyaAllah kejayaan adalah milik mereka yang mahu dan berusaha ke arahnya.

Buat rakan-rakan yang masih meneruskan pengajian di sini, saya doakan semoga kejayaan cemerlang buat kalian semua. Semoga kejayaan yang kita telah kecapi dan akan kecapi akan kita gunakan untuk meningkatkan agama kita yang tercinta, ISLAM. Dan semoga ISLAM akan kembali berdaulat. Marilah sama-sama kita lupakan persengketaan kita, perbezaan kita, dan segala kisah silam. Dan kita gunakan tujuan kita yang satu untuk menjadikan ianya sebagai suatu kenyataan. Semoga kita semua ditetapkan hati di dalam menggapainya.

Buat akhirnya jutaan tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah berjaya menyelesaikan pengajian di sini. Terutama kepada rakan-rakan Class of 2011; Dr Aizat, Dr Aladin, Dr Tarmizi, Dr Syamil, Dr Farhan, Dr Izham, Dr Faisal, Dr Anwar, Dr Jafni, Dr Faiz, Dr Aiman, Dr Ashraf, Dr Hazim, Dr Amir, Dr Sophee, Dr Aliaa, Dr Asma Haslan, Dr Najibah, Dr Amalina, Dr Ain, Dr Anis, Dr Sumaiyah, Dr Dalila, Dr Aziela, Dr Sazlina, Dr Shaima', Dr Puteri, Dr Adliya, Dr Maryam Sofiyah, Dr Maryam, dan Dr Asma' Khalid. Marilah sama-sama kita menjadi lebih berjaya di masa hadapan. ALF MABROOK.




Class of 2011 :)

3 comments:

Dreizet said...

tahniahla dato dr nuhek

kher said...

haha.
thanks bro.

ainshams said...

ade nama aku di situ.. hehe, mekaseh datok nuhek! tahniah utk ko~

 
Copyright © CHRONICLEofanwar