Buat Semua.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Setelah beberapa lama tidak mengupdate, akhirnya ada juga peluang nak update.

Semenjak akhir-akhir ini pelbagai perkara telah berlaku di dalam dan luar negara. Hakikatnya komuniti Islam semakin terhimpit oleh musuh Islam dan orang Islam sendiri. Kalau musuh Islamnya memang semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W sendiri kita semua sedia maklum. Tetapi jikalau orang Islam sendiri yang menjadi musuh kepada Islam, saya rasa tidak pernah ada sahabat yang menjadi petualang. Melainkan golongan musyrikin yang siangnya Islam dan malamnya menjadi musuh.

Persoalannya mengapa wujudnya golongan seperti ini? Adakah mereka tidak puas hati dengan Islam? Ataukah mereka mempunyai agenda tersendiri? Mungkin saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk berbicara tentang perkara ini. Tetapi kita sebagai ummat yang telah diberikan peluang untuk terus bernafas dalam nikmat Iman dan Islam haruslah memandang perkara ini dengan serius.

Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak menyatakan kesalahan mereka di sini. Tetapi untuk dijadikan peringatan buat diri dan rakan-rakan. Mungkin sesetengah rakan-rakan pembaca sibuk membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah, tentang penutupan sempada Mesir dan Gaza, isu pembakaran gereja, isu pengebom berani mati dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan semua itu ada kepentingannya. Dan saya bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Kerana Islam itu tidak hanya pada cara kita beribadat semata-mata. Tidak hanya pada politik semata-mata. Tetapi Islam itu adalah menyeluruh. 'All or nothing at all' itulah saya rasa ungkapan yang paling sesuai.

Berbalik kepada isu orang Islam yang menjadi musuh Islam sendiri. Islam itu tidak semestinya beriman. Tetapi orang yang beriman itu Islam. Jadi saya rasa sifirnya mudah. Tidak perlu lagi untuk saya huraikan. Cuma persoalannya mengapa jadi begini? Mereka itu jikalau disoroti profile mereka, kebanyakkan saya rasa mempunyai latar belakang pendidikan agama. Bagaimana akhirnya mereka berubah? Adakah kerana kelemahan sistem pembelajaran ummah? Ataukah kerana terpesona dengan pujukkan dunia? Ataukah kerana mereka sedari awal lagi adalah ejen kepada musuh Islam?

Untuk tidak membenarkan pisang berbuah dua kali, cuba kita perhati diri kita. Adakah kita mempunyai 'traits' untuk menjadi seperti mereka? Apakah kefahaman kita tentang Islam adalah kuat? Saya secara peribadi mengakui saya bukanlah seorang yang betul-betul faham akan agama saya. Dan saya harap saya tidak akan jemu untuk terus belajar tentang agama saya agar menjadi seorang muslim yang kukuh pegangannya. Tetapi dalam kita berjuang untuk menjadi muslim sejati ini memerlukan kepada orang yang sentiasa mengingatkan kita. Tidak kiralah rakan, adik-beradik, ibu ayah, suami isteri atau pun sekadar saudara seagama. Oleh itu, ingatkanlah saya seandainya saya leka dan insyaAllah saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Semoga apa yang kita lakukan ini akan mendapat keredhaan-Nya.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Wassalam.

6 comments:

member said...

banyak gak persoalan yang ko timbulkan..bertalu-talu soklan yang mencucuk..neway thanks atas peringatan..

sunnah berjuang, biar terbuang, terus berjuang..

Ida Ibrahim said...

they should have a Like button for entries on Blogger!

kher said...

member: bukankah fungsi rakan adalah untuk mengingatkan kita bila terlupa? same goes to you too.

Hedaya: hehe. xyah kot. pasal entry nie xhot pun. hahahaha.

Abdul Munir Sanusi said...

mantap abg nuek. baca dua tiga kali tak jemu. akan saya huraikan di blog saya suatu hari nanti

ainshams said...

persoalan2 tuh penting..membuatkan kita menilai balik..yerla, sume cetek ilmu, nampakla ape yg perlu dipertingkatkan..

faiQ nabiL said...

alhamdulillah,
tersentuh hati dgn artikel saudara nuek :)

 
Copyright © CHRONICLEofanwar