Assalammualaikum....
Hari ini, 3 Februari 2008 telah pergi seorang insan yang saya kenali sebagai nyai (atau lebih dikenali sebagai nenek ntuk korang). Beliau menghembuskan nafas yang terakhir jam 12 tengah malam (jam 6 petang waktu tempatan). Beliau pergi meninggalkan seorang teman hidup dan 11 orang anak. Cucu dah xingat dan cicit pun dah xpasti berapa ramai. Punca kematian belum saya dapat pastikan. Mungkin kerana diabetes atau mungkin kerana tua. Tapi yang pastinya, AllAH telah memanggil beliau kembali kehadrat-Nya. Semoga nyai digolongkan bersama dengan orang yang beriman.
Mungkin bagi sesetengah orang kematian dalam keluarga sudah biasa. Tetapi bagi diri ini, ini merupakan kali pertama. Tidak saya menyalahkan takdir. Cuma rasa agak terkilan dan sedih kerana tidak dapat melihat wajahnya buat kali terakhir. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah ketika pulang ke Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu. Tika terkenang wajah beliau, sebak rasanya kerana saya rapat dengannya. Dulu saya selalu menyebut namanya ketika menangis kerana dirotan oleh ayah. Kini saya menangis kerana teringatkannya. Tetapi tuhan itu maha adil. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya redha dengan pemergiannya. Saya harapkan pengakhirnya dalam penuh keimanan dan yakin kepada janji-Nya. Semoga kita semua memperolehinya.
Nyai, selamat tinggal.
Semoga Nyai bersama dengan golongan yang mendapat naungan-Nya.
Ameen....Al-Fatihah
.
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment