Kali nie nak tunjuk banyak skit gambar ntuk korang semua nengok. Hahahaha. Ucapan kepada semua yang akan menduduki exam: Silalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Kerana peluang hanya datang sekali sahaja. Buat yang terbaik dan kita akan menerima yang terbaik. Tetapi semua adalah ciptaan-Nya....
Urm, gambar nie menunjukkan kipas yang berlatar belakangkan bulan penuh. Rasanya gambar nie amek sebelum Ramadan kot. Mengenangkan saat romantik bersama......... ahaks~
yang nie plak, gambar time kita orang dengar ceramah yang disampaikan oleh sorang Sheikh nie time kita orang gi Iftar kat kg bilal Masjid Jamiah (JUST). Sheikh nie bg ceramah dalam English tuh. Salute ah~ Menu: Maklubah + Kambing
NIe plak time Iftar Pahang kat rumah aper ntah aku pun dah tak ingat. Tapi apa yang aku pasti itu adalah rumah budak pompuan. Pasal tuh first time aku gi ke sana. Lagi pasal iftar tuh, pergh makan memang mantap giler. Aper bleh buat, depa pi masak ayam masak hitam? Ntah menda per ntah nama dier,,,, Menu: Nasi Putih + Ayam Hitam + Sayur Campur
This one, as you guys can see aku sedang makan. So disebabkan aku sedang makan kire gambar nie paling seksi. Uwek!!!!! (choking! not breathing!!!). Nie gambar time kita orang buat iftar ntuk bebudak laki batch kita orang. Umphh, semua berjalan dengan lancar. Kita orang juga menjemput bebudak US ntuk join kita orang. Menu: Nasi Ayam + Ayam Goreng Kicap + Ayam Hainan. Ahaks~ Cool!
Hok nie plok adalah time Iftar Jami3i PERMAI yang diadakan kat Dewan Farabi, Yarmouk University. Sekali ngan mendalah tuh ada Majlis Khatam Al-Quran. Alhamdulillah bertambah ilmu aku. Memang diri nie terlalu jahil sangat dengan ilmu agama....... sob sob. Menu: Nasi Ayam + cili yang sangat pedas~
First time ever. Bebudak Melayu dijemput ntuk bertakbir di Masjid Jami3ah. Ramai gak yang turun. Arab2 yang nak dgr pun ramai gak dtg. Siap buat rakaman lagi. Rasanya ada kot bebudak nie letak takbir tuh dalam YouTube! kot. Lepas tuh kita orang berpecah gi ke rumah bebudak yang nak kita orang takbirkan~
Open House rumah bebudak nie. Rasanya nie raya kedua kot. Pasal nyer takder tempat ntuk mencari makan, so terpaksa ler gi beraya ke rumah bebudak nie...... Thanks Sophee, Syafiq, Amin, Anhar, n Sipuk. Menu: Nasi Impit + Kuah Kacang pedas giler (Sophee, ko orang mana sebenarnyer???) + Puding + Soto + Sup Tulang~
Gambar nie sepatut nyer xleh disiarkan kerana nie adalah disebalik tabir majlis raya PERMAI. Tapi takper. Best gak ah. Tahun nie agak ramai orang masuk nengok (due to bertambah nyer bebudak JUST nie). Majlsi berjalan dengan lancar. Mungkin terdapat a few glitch yang x best. But over all mmg ok ler. Menu: Satay (yeay!) + Kuah kacang(nasib baik x pedas. aper depa ingat kita orang nie orang nogori ko po???) + Dessert buah-buahan kot + Nasi Impit + Nasi Minyak + Ayam Pedas~
Owh aku dah citer ker pasal aku berlakon time Majlis Raya PERMAI? Umphh.... xper ah. takyah citer lg bagus. Hahahaha..... Nie adalah gambar ketika sedang "cuba" ntuk berlatih ntuk lakonan. Last2, malam tuh nak berlakon, petang tuh baru nak amek pelakon dan juga menyiapkan prop. Akibatnya, semua berlakon pakai skrip ciptaan sendiri. Kepada sesiapa yang ada terasa tuh, kami meminta maaf atas keceluparan mulut nie.........
Nie plak gambar budak kecik aku jumpa time semayang jumaat. Pompuan!! Kalau camnie ah kan, bab kata kawan aku, nak dapat yang dah besar punyalah susahkan, apa kata kita hajiz yang kecik lagi. Lagi senang. Bagi gula2 ajer. Dahlah xyah kuar2. Hahahahaha~ No heart feeling..... Budak nie mmg cute kalau nengok live. Kawai~~
Begitulah adanya kehidupan nie. Memang penuh dengan pelbagai ragam. Dan kebelakangan nie aku ada install satu program menarik yang dikenali sebagai StumbleUpon. Memang menarik. Dia akan membawa anda ke laman web secara random. Dan macam2 menda pelik dan menarik yang selama nie kita x pernah tau. So kepada sesiapa yang nak mencuba tuh, silalah ek.....
Dan akhir kata, kepada semua ahli PERMAI, silalah membaca post terbaru dari DeanSama. Citer pasal cinta. Terharu plak aku membaca nyer. Just nak bagitau, kita skang nie rasanya dah lari terlalu jauh daripada fitrah sebenarnya. So berusahalah ntuk kembali ke arah Islam yang cermelang. Juga kalau anda rasa mambazir masa membaca blog nie, seeloknya aku nasihatkan agar anda meninggalkannya. Kerana tiada apa yang boleh dimanafaatkan pon........
“Never let yesterday's disappointments overshadow tomorrow's dreams.”