1

Oh Malaysia ku..

Assalammualaikum dan apa khabar?
Harap semua sentiasa dalam keadaan yang sihat. So macam macam dengan puasa so far? harap semua masih lagi berjaya untuk mengekalkan berpuasa dengan sebenar-benar erti berpuasa (juga kepada diri sendiri).

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus wujud di muka bumi ini dan bernafas dalam nikmat Iman dan Islam. Sedangkan di luar sana ramai saudara-saudara kita yang tercari-cari nikmat tersebut. Marilah sama-sama kita menjaga dan mempertingkat pegangan kita pada tali Allah. Dan tidak dilupakan juga di luar sana ramai yang telah diuji dengan kesempitan hidup yang apabila disuakan dengan kesenangan dunia mereka berpaling kerananya. Benarlah kata-kata, "Papa itu hampir-hampir membawa kepada mensyirikkan Allah". Lau samah Allah.

Setelah sampai 15 June yang lalu, alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Sudah mendaftar di KKM, MMC, SPA dan JPA. Sudah selesai urusan interview SPA dengan surat tawaran telah berada di dalam tangan. InsyaAllah jikalau tiada aral melintang akan memulakan tugasan sebagai seorang House Officer di hospital KKM selepas raya. Semoga diberikan kekuatan untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa baik sangka kepada-Nya. Dengan pelbagai berita kebelakangan ini, terasa diri ini masih belum cukup bersedia untuk menjadi yang terbaik. Untuk menjadi doktor yang terbaik bukan sahaja memerlukan kita mempunyai basic medical knowdledge yang bagus, tetapi juga compassion kita dalam merawat bakal pesakit kita. Selain itu, rawatan holistik juga harus digunakan. Kerana usaha kita ini hanyalah sebagai cara kita memohon kepada-Nya. Dan sesungguhnya hanya DIA yang mampu merawat pesakit-pesakit kita. Dan semoga diri ini tidak menjadi fitnah buat rakan-rakan yang akan menamatkan pengajian nanti.

Doakan semoga menjadi doktor yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dan setelah 15 hari berpuasa ini juga, alhamdulillah telah diberikan kekuatan untuk membantu keluarga di rumah. Setelah hampir 7 tahun berada di negara orang (tidak termasuk 5 tahun duduk di negeri orang) dapat berpuasa dan beribadah bersama keluarga. Tahun-tahun yang akan datang tidak pastikan akan bertemu lagi dengan Ramadhan atau tidak. Tidak pasti akan dapat bersama mereka atau tidak. Dan apa yang pasti lebih skit, tahun depan tidak hanya berlima. InsyaAllah akan berenam. B) Semoga dipermudahkan.

Bercerita pasal Ramadhan di Malaysia ini kadang-kadang seronok kadang-kadang jadi bosan jgak. Seronok sebab dapat bersama keluarga. Yang kurang seronok tu apabila mengenangkan masyarakat kita yang seakan menjadikan Ramadhan sebagai bulan berpesta makanan. Dengan sikap yang mementingkan diri, tiada timbang rasa dan macam-macam lagi. Rasanya hari ini tiada lagi common courtesy yang masih tinggal dalam diri remaja kita. Memang Malaysia menjadi semakin maju. But at what price? Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berjaya di dunia dan akhirat.

Buat rakan-rakan yang masih berada di Jordan dan luar sana, timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk dijadikan bekalan membantu saudara kita di sini. Janganlah lebih banyak menghabiskan masa menonton filem, bermain game atau berbual kosong. Jadikan masa belajar itu sebagai tempat untuk mempertingkat diri dari segala aspek. Pulang ke Malaysia biarlah menjadi seorang yang all-rounder. Ingatlah ini adalah medan juang kita sebenar, baik sebagai seorang doktor, ustaz, ahli ekonomi, ahli bahasa atau apa sahaja. Dan tugas utama kita sebagai pendakwah yang seharusnya tidak kenal erti lelah. Semoga kita semua diberikan kekuatan itu.

Buat akhirnya, semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan cemerlang di mata-Nya. Dan semoga setiap apa yang kita telah lakukan dan akan lakukan menjadi ibadah. InsyaAllah kejayaan buat mereka yang mahu berjaya.


Ramadhan Kareem
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar