0

Cerita Haji




Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dalam nikmat Iman dan Islam. Bagaimana dengan cuti Raya Haji yang lalu? Tentu pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah diperolehi.

Bagi pelajar-pelajar di Jordan ini, cuti raya haji boleh dikatakan meriah. Kerana bagi masyarakat arab, perayaan ini adalah merupakan perayaan terbesar bagi ummat Islam. Pada waktu inilah baginda Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda yang didalamnya terkandung pelbagai peringatan dan panduan untuk kita semua. Dan seharusnya itulah yang menjadi saat dan waktu yang kita nantikan. Dan juga menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dan melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoalkannya.

Dan raya haji juga adalah merupakan waktu yang mempunyai ibadat khusus iaitu haji. Haji ini merupakan satu peluang untuk kita memanifestasikan kecintaan kita kepada-Nya. Bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung, atau demi title "haji" (harap-harapnya bukan haji Malboro). Seharusnya tertanam di dalam hati setiap muslim untuk melaksanakan ibadah ini di usia muda. Bukannya simpan bila dah nak "expire". Tapi atas kekangan harta benda dan masa mungkin keinginan kita itu terhalang. Atau untuk melihat dari sudut yang positif kita masih lagi belum dijemput untuk menjadi tetamu (tapi jangan dijadikan alasan).

Mungkin di sini saya ingin sekadar berkongsi sebuah buku yang saya pernah baca dan saya yakin ramai juga telah baca; Travelog Haji oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini sangat menarik untuk dibaca sebagai santapan rohani. Gaya bahasa yang santai dan menarik membolehkan mereka yang kurang berminat membaca (macam aku) untuk membacanya. Tidak banyak pun yang perlu dilaburkan bagi memperoleh ilmu. Berbanding dengan beribu-ribu yang telah kita habiskan semata-mata kerana pakaian dan sebagainya.

Aku tak nak tulis sinopsis buku tuh di sini. Cukup sekadar mencadangkan korang semua membacanya. InsyaAllah korang semua tidak akan rasa sia-sia. Baiklah sampai di sini sahaja dahulu kisah kali ini. Hehehe.

Kepada kawan-kawan yang akan memulakan kelas pada hari ahad ini, selamat meneruskan perjuangan. Kepada yang telah lama pun memulakan kembali kelas mereka, teruskan berjuangan hingga ke akhirnya. Marilah kita semua lengkapkan diri dari setiap sudut agar kita akan menjadi Muslim yang serba boleh bakal meneruskan perjuangan menegakkan khilafah.

p/s: Saya tak jual buku nie cam Inchik Munir. Hehe
 
Copyright © CHRONICLEofanwar