0

Sekadar Coretan

Memori Aidilfitri yang lalu.
Tahun berganti tahun, musim berganti musim. Adha kali ini masuk kali yang ke-6 aku merayakannya di bumi Jordan ini. Bumi yang menyimpan seribu kenangan hidup aku. Dalam sedar ataupun tidak usia semakin bertambah. Kedudukan semakin berubah. Posisi di dalam masyarakat juga berubah. Pelbagai benda berubah. Banyak benda yang berubah. Cuma mungkin yang tak berapa nak berubah hanyalah berat badan kot. (Aku tiada masalah dengan imej diri. Not distorted body image disorder - akibat baru habis roation psychiatry).

Itu bukanlah perkara pokok yang ingin aku sampaikan. Cuma sekadar peringatan untuk diri dan rakan-rakan semua. Tentang hakikat diri kita ini. Semenjak dua menjak ini banyak orang mempersoalkan tentang 'ikhtilat' atau pun dalam bahasa yang lebih mudah lagi adalah sikap sesorang itu dalam berurusan dengan orang sekeliling. Rasanya perkara ini telah banyak kali dibahaskan dan memikirkan hakikat diri kita ini yang selalu lupa, memang memerlukan kita untuk sentiasa diingatkan.

Tidak salah rasanya untuk kita berurusan dengan orang sekeliling kita bahkan Islam menyuruh kita untuk bermasyarakat. Tetapi dalam pada itu ada juga batasan-batasan yang harus kita patuhi dan akur. Kerana tanpa batasan ini manusia semua akan hanyut. Manusia semua akan lari daripada tujuan sebenar kejadian kita di muka bumi ini.Persoalan yang lebih menarik adalah sejauh mana penghayatan kita kepada batasan ini? Sejauh manakah kesanggupan kita untuk mengamalkannya?

Pada pengamatan aku, lagi ramai yang pandai berkata-kata daripada melaksanakannya. Ramai yang mengingatkan orang lain tetapi lupa kepada diri sendiri (termasuk aku). Jadinya kita mengajak orang lain berbuat baik dalam masa yang sama kita sendiri masih berbuat perkara yang tidak sepatutnya. It'll defeat the purpose.

Entry
ini sekadar untuk menyatakan apa yang bermain dalam fikiran sendiri. Kita harus memperbaiki diri (diri aku dan rakan-rakan semua) demi kebaikkan semua. Sentiasa bersedia untuk menjadi yang terbaik. Kita juga tidak harus rasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Kerana dunia sebenar di luar sana jauh lebih kejam daripada apa yang kita ada pada hari ini. Jadi cuba fikir kembali, apakah cukup apa yang kita ada sekarang untuk kita berada di luar sana? Fikir-fikirkan......Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430H. Sama-sama kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam mengecap cinta yang sejati daripada-Nya.

p/s: Hurm adakah perkara ini wajar? Selesa sewaktu menunaikan haji? Haji VIP
 
Copyright © CHRONICLEofanwar