0

Anda dan Roti.



Hehehehe..... kenapa bagi tajuk nie? Ntah xtau ah tetiba rasanya nak menulis pasal roti nie. Bukan nak cerita jenis-jenis roti yang rasany korang lebih tahu berbanding diri ini. Cuma kat snih nak cerita sedikit pengalaman membuat roti sendiri. Memang betullah apa orang kata memasak nie sebenarnya kepuasan adalah bukan sebab dapat makan, tetapi dapat menghasilkan sesuatu yang orang len dapat makan. Heh. Wah terasa macam apa plakkan.

Cerita membuat roti nie bermula apabila belajar membuat Cinnamon Roll daripada Ayub (thank dude for the recipe and guidance). So hari khamis baru nie belajar membuat doh (dough) dengan Ayub. Cerita punya cerita dia cakap doh yang digunakan ntuk membuat Cinnamon Roll nie sama ajer dengan adunan ntuk membuat roti buku. So selepas menghasilkan hasil pertama cinnamon roll terasa macam nak buat roti buku macam roti gardenia plak. Hahaha (rindu kat Malaysia ler tuh....).

So nak dijadikan cerita semalam bebudak nie ajak pergi ke Safeway ntuk dapatkan barang-barang memasak dia orang. So ikutlah pergi ke sana. Pastuh dah beli-beli terus ajer pergi amek loaf pan (bekas ntuk membuat roti buku). Dengan semangatnya balik ke rumah dah menyediakan semua keperluan untuk membuat roti.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan (dapat resipi daripada website Cookingbread.com. Kalau nak resipi roti jenis lain pun ada banyak.)

Ramuan roti:
1 cawan air suam
1 cawan buttermilk (digantikan dengan susu segar sahaja)
1/4 cawan minyak
5-6 cawan tepung
1/2 cawan gula
2 telur (yang telah dipukul)
1 sudu besar garam
4 sudu teh yis segera

Untuk disapu di atas roti:
1 telur putih (buang telur kuning)
3 sudu besar susu segar

Carany mudah sahaja.
1. Campurkan air, susu dan minyak ke dalam bekas yang sesuai untuk menyediakan doh
2. Masukkan 11/2 cawan tepung. Kacau sehingga sebati (kalau xberapa rajin boleh guna mixer)
3. Masukkan gula dan telur yang telah dipukul.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan yis sambil meneruskan menggaul.
6. Biarkan sekejap ditempat terbuka lebih kurang dalam 15 minit.
7. Kemudian masukkan 1/2 cawan tepung sambil terus menguli (mungkin ada tidak memerlukan semua tepung tuh).
8. Uli sampai menjadi doh. Teruskan menguli dalam 10 minit.


9. Kemudian letak dalam bekas yang telah disapu dengan minyak. Biarkan selama sejam (tapi suka biarkan semalaman sebab akan jadi lebih best.)
10.Kemudian amek doh tuh dan letak atas tempat yang telah ditabur dengan tepung. Roll doh tuh sehingga menjadi nipis. Jangan lupa juga untuk membuang gas-gas yang telah berkumpul kat dalam adunan tuh.
11.Selepas telah di ratakan, gulung doh tuh menjadi macam kek gulung. Jangan lupa untuk mengetip hujung yang terbuka untuk memastikan doh tersebut kemas.


12.Masukkan ke dalam bekas membakar roti (loaf pan). Biarkan seketika untuk mengembang lagi.
13.Sapukan ke atas permukaan adunan dengan adunan susu dan putih telur tadi. Ulang lagi selang 5 minit. Sambil tuh boleh panaskan oven kepada 180 darjah celcius.


14.Masukkan ke dalam oven dan biarkan dibakar selama 35 ker 40 minit. (Macam mana nak tahu roti dah ok? Permukaan atas telah menjadi warna coklat keemasan. Bila diketuk akan menghasilkan bunyi seperti benda yang lompong.)
15.Keluarkan daripada oven. Sapu sedikit marjerin di atas permukaan roti. Kemudian biarkan sejuk.
16.Alhamdulillah sekarang telah sedia untuk dimakan.



Selamat mencuba. Hehehehe... Ini adalah percubaan pertama membuat roti sendrik. Dan rasanya bukan kali yang terakhir. Sesungguhnya Allah telah menjadikan untuk manusia akal dan fikiran untuk mereka berfikir tetang kebesaran-Nya. Oleh itu, marilah kita menggunakannya demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

p/s: Sebelum makan jangan lupa baca bismillah ek. Bismillah....
0

OSCE Medicine berakhir.......

Assalammualaikum....

Alhamdulillah telah selesai OSCE (Objective Structured Clinical Examination) ntuk round Internal Meds. Soalan ntuk OSCE pun menarik....

1st Station: (History) 30 year-old male patient comes with cough of 10 days duration. Take a focus history.
Dx: Penumonia

2nd Station: (Physical Examination) Do PE of lower limb. (Alhamdulillah sebab semalam training reramai buat benda. Last-last kuar jgak benda nie.....)

3rd Station: (History) 25 year-old female comes with fatigue and constipation of 5 month duration. Take a focus history.
Dx: Hypothyroidism

Bagitulah adanya kehidupan sebagai pelajar medic di Jordan. Benda yang kita belajar selama hampir 2 bulan hanya di uji dalam masa 15 minit sahaja. So kadang-kadang bukan ada yg tak tahu benda apa, tapi mungkin kerana tekanan menyebabkan lidah kelu dan akal sedikit block. Satu pengajaran yang menarik untuk difikir bersama-sama adalah macam mana kita nak bekerja dalam suasana yang tertekan? Memang tugas sebagai seorang pengamal perubatan di masa hadapan kita akan sentiasa berada dalam tekanan. Jadinya kita haruslah dilatih untuk berfikir dalam tekanan.

Sehingga bertemu lagi minggu depan. Rabu sampai Sabtu adalah cuti. Sekian.
0

Muhasabah Cinta

Assalammualaikum....

Alhamdulillah baru sahaja selesai exam mini OSCE ntuk rotation Internal Medicine. Sedikit cuak juga pada mulanya, tapi rasanya sekarang nie dah tenang skit. Hurm... memang agak banyak jgak benda yang salah tadi. Tapi bersyukur juga sebab banyak jgak yang dapat jawab. So balance ler....

Seterusnya peperiksaan pada hari selasa 10/3. Yang nie plak OSCE. Nampaknya kena banyak lagi membaca nie (aiseh apasal susah sangat ek nak membaca nie? xder penawar ke ntuk penyakit pemalas nie?). Doakan semoga dapat menjawab dengan tenang ek.

Sekarang nie di Irbid sedang giat dilaksanakan kempen selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W. Insan yang teragung di dalam sejarah peradaban manusia semenjak dahulu lagi. Bersyukur kepada-Nya kerana dilahirkan menjadi ummat baginda. Tetapi adakah cukup sekadar kita mengucapkan syukur tersebut? Itu hanya pada lafaz. Bagaimana pula dengan penghayatan kita selaku ummat baginda? Apakah yang telah kita lakukan untuk mengaku sebagai ummat baginda? Untuk melayakkan kita mendapat syafaat daripada baginda?

Rasanya untuk menghitung apa yang telah kita lakukan adalah terlalu sedikit. Mungkin tidak sampai 1% pun daripada apa yang sepatutnya kita lakukan. Atau mungkin 0 (read Z-E-R-O). Kosong? Ya sememangnya kosong. Kenapa? Kerana Iman kita tidak kuat? Kerana tiada penghayatan? Kerana tiada kemajuan? Jawapannya saya rasa korang sendiri pun boleh jawab apa dia. Lihat sahaja disekeliling kita. Apakah yang ada? Apa kaitan perkara yang berlaku dengan kita sebagai ummat baginda? Dan pelbagai soalan lain yang seharusnya bermain di kepala kita.

Mungkin belum terlewat untuk kita menyatakan rasa kecintaan kita kepada baginda. Rasa kecintaan yang mendalam yang hanya dapat dizahirkan dengan sifat dan peribadi diri kita. Usahlah kita bercerita tentang cinta yang lain seaidainya cinta kita kepada-Nya dan kepada baginda masih belum subur di dalam hati. Jikalau kedua ini masih belum ada di dalam hati, nesecaya cinta-cinta yang lain itu hanyalah sekadar cinta yang manis di bibir sahaja. Yang berpandukan nafsu semata-mata.

Cuba renungi kembali diri kita ini. Apakah kita layak untuk menerima syafaat baginda. Layak untuk memiliki cinta Yang Maha Esa. Ataukah kita ini hanya sekadar objek yang tiada fungsinya. Bagaimana solat kita? Bagaimana amalan seharian kita? Bagaimana kita? Bagimanakah kita? Layakkah kita? Mari kembali ke jalan yang benar......

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.


Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri.
Kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah S.W.T.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar