0

Majlis Konvokesyen 2008

Assalammualaikum......

Bulan enam adalah merupakan bulan yang pelik skit. Pasal apa jangan ditanya. Hahahaha....
Anyway semalam berkesempatan untuk turut serta meramaikan majlis konvokasyen senior tahun 6 yang dah grad.
Tahniah diucapkan kepada semua.

Time duduk dalam dewan tuh terasa kemeriahan dan keseronokkan tengok orang-orang grad.
Hurm..... mampukah aku ntuk berada di atas pentas itu dalam masa 3 tahun lagi?
Semoga terus dikuatkan semangat untuk berjaya.
Dan semoga diberkati dan dirahmati oleh-Nya.


DEMI KEJAYAAN BERSAMA


Aku, Pok Jat, ngan Tadiin. Amek berkat. Hehehehe



Senpai-senpai atas pentas



Gambar atas tangga senpai-senpai.



Bersama Dato' Duta.

Berakhirnya satu perjalanan adalah permulaan yang lain. Berusahalah demi kejayaan ummah.

Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. Demi Agama, Bangsa, dan Bolehland
0

Rapuan dinihari


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dan syukur atas rahmat dan kasih sayang-Nya kita semua masih lagi diberikan nikmat hidup di atas dunia ini. Dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan-Nya, ada dua nikmat terbesar dan terhebat; Iman dan Islam. Kita selalu dengar pasal nikmat Iman dan Islam. Tetapi pernah kita berfikir tentangnya? Adakah ketika ini diri kita mempunyai kedua-dua nikmat ini? Cuba renung kembali diri kita ini.

Alhamdulillah baru ajer abes exam beberapa hari yang lalu. Kini berada dalam fatrah cuti yang sungguh tidak tahu nak buat apa. Sebelum bermula cuti macam-macam yang dirancang. Tetapi sekarang nie macam takder satu benda pun yang dah buat. Entahlah di mana silapnya. Adakah kerana salah diri ini yang gagal merancang atau ada faktor-faktor lain? Rasanya kita semua mesti pernah berasa diri kita ini terlalu bosan dan tiada benda yang boleh dibuat bukan? Jikalau itulah keadaannya, saya rasa kita semua berada dalam kerugian. Kenapa rugi? Kerana masa yang dah berlalu tidak akan berulang kembali. Apa yang dah terlepas susah untuk dikejar kembali. Kita hanya mampu untuk menunggu yang baru sahaja. Aiseh apasal pagi-pagi nie rasa camnie plak ek? Hehehehehe.... entahlah. Agaknya nie ker orang kata writer's blues? Biarlah apa orang kata.

Cuma beberapa hari ini terasa macam kosong sahaja hidup ini. Terasa macam tiada benda yang boleh dibuat. Terasa macam semua benda yang dibuat macam tidak bermakna. Dalam sibuk-sibuk orang lain bercerita pasal kenaikkan harga minyak nie terfikir pulak sesuatu perkara yang kita semua rasanya memang kerap terlepas pandang; mensyukuri nikmat yang ada. Kekadang kita selalu ajer dengar pasal benda nie kan? Tapi pernah tak kita berfikir pasal benda nie? Macam time kita ada duit (baru masuk elaun) pernah ker kita berfikir time hujung bulan nanti. Bila hujung bulan ajer kita akan terasa keperitan dan baru nak ingat. So berazam bila next allowence masuk nak berjimat. Tapi kesudahannya masih sama. Adakah kita tidak berlajar dari kesilapan kita? Adakah kita ada antrograde amnesia? Hehehehehe..... entahlah tepuk dada tanyalah kawan sebelah apa-apa ek....

Sekarang nie musim bebudak kat Irbid, Jordan nie sibuk berbicara pasal nikah kahwin. Pergh topik nie memang hangat. Tapi saya rasa tidak hanya terbatas di sini sahaja. Rasanya hampir semua remaja yang seusia diri ini sudah sibuk memikirkan hal ini bukan? Hurm.... saya dulu-dulu time muda-muda dulu suka ah citer pasal benda nie. Tapi sekarang nie masih suka, cuma bukanlah lagi suatu yang saya rasa utama. Dulu punyalah berkhayal dah kahwin nanti camne ngan siapa semua. Hurm..... Memang benarlah apa yang dikatakan bahawa cinta remaja itu boleh membawa kepada zina hati. Zina hati nie lebih teruk lagi dari zina. Kenapa? Saya rasa boleh membawa kepada syirik kot. Sebab? Ada macam-macam. Contohnya macam apabila kita buat sesuatu tuh kita bukan niatkan kerana Allah, tetapi diniatkan kerana si dia. Dan lebih teruk jikalau sembahyang pun pasal nak tawan hati si dia. Pergh begitulah hebatnya masalah zina hati nie. Dan saya rasa jikalau kawan-kawan semua memikirkannya pun akan jumpa macam-macam lagi. Anyway kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga atau bakal mendirikannya dalam masa terdekat saya mengucapkan tahniah dan semoga dirahmati-Nya. Nak tunggu dari saya kena tunggu dulu ah. Dulu bleh ah citer-citer skit. La nie tak jadi dah ah. Hehehehe.... Kenapa sebabnya jangan ditanya.

Hidup? Apa tujuan kita hidup kat muka bumi nie? Adakah kerana nak menjadi seorang doktor (kena batang hidung sendirik), atau kerana nak kumpul harta dan anak-anak, atau kerana kita dah ada kat muka bumi ini? Cuba renung balik tujuan kita di sini. Dan muhasabah balik diri adakah kita mencapai tujuannya? Adakah kita sekarang ini ke arah yang sepatutnya kita tuju? Atau sebaliknya...... Sama-sama kita renungkan. Cintai diri kita dengan mencintai-Nya.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar