Ikhtilat Sifar
Assalammualaikum. Apa khabar semua? Diharap agar semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.
Alhamdulillah kita semua telah selesai menyambut Eid Adha. Setelah hampir setahun kita berada dalam tahun 1428H nie apakah kita mencapai semua cita-cita kita? Adakah semua resolusi kita telah berjaya? Saya harap agar semua telah mencapai. Kepada yang rasanya belum tercapai tu, masih belum terlewat untuk kita menjayakannya.
Rasanya tahun ini adalah merupakan tahun yang ke-4 saya beraya di perantauan. Setelah hampir 3 tahun lebih mengharungi pelbagai dugaan yang saya rasa mencabar tetapi pada hakikatnya hanya sedikit daripada ketetapan yang telah ditentukan oleh-Nya. Masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari untuk berjaya. Pelajaran yang semakin bertambah membuatkan jiwa ini semakin tertekan. Tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuannya. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berdoa agar dikuatkan semangat untuk mengharungi hari-hari mendatang. Dan tidak dilupakan juga usaha untuk mencapainya.
Bercerita tentang tajuk entry ini, ikhtilat. Semua pastinya tertanya-tanya apakah itu IKHTILAT? Ya suatu perkataan yang agak asing bagi kebanyakkan pengunjung. Ikhtilat itu adalah perkataan arab yang bermaksud pergaulan. Dalam Islam pergaulan yang dimaksudkan adalah pergaulan antara dua jantina yang berbeza. Bukan semua ikhtilat itu adalah haram. Tetapi masalahnya manusia ini memang hakikatnya akan suka melakukan apa yang dilarang. Istilah ikhtilat yang saya maksudkan di sini adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.
Semenjak kebelakangan ini kita lihat masalah ini semakin membiak. Bukan sekadar orang dewasa, bahkan kanak-kanak sudah pandai. Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai punca dan faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Tetapi pada saya perkara yang benar-benar menyumbang kepada perkara ini adalah asas agama yang tidak kukuh di dalam diri. Mungkin ramai akan berkata saya ini hanya pandai berkata-kata. Dan mungkin saya ini terlalu idealistik. Tetapi inilah masalah masyarakat kita. Tidak berani untuk melakukan perubahan. Tidak berani untuk mengatakan tidak kepada perkara yang tidak baik. Semuanya hanya berdiam diri sahaja apabila berlaku sesuatu masalah. Untuk tidak mengelirukan, mari kita lihat situasi masyarakat Malaysia sekarang. Remaja semakin ramai yang suka berpeleseran. Semakin ramai yang terjebak dengan sindrom 'couple'. Semakin ramai yang terlibat dengan gejala sosial. Dimanakah peranan ibu bapa? Mereka hanya pandai menunding jari kepada pendidik. Inilah masalahnya apabila ibu bapa menswastakan pendidikan anak-anak kepada guru.
Dengan ibu bapa yang semakin sibuk, peranan mereka sebagai pendidik semakin kabur. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada guru. Tetapi apabila guru-guru merotan anak-anak, mereka akan melenting. Itulah antara sebab mengapa anak-anak semakin liar. Dengan ibu bapa yang sibuk dan kuasa guru untuk mendidik semakin berkurangan. APALAH HENDAK JADI DENGAN DUNIA YANG SEMAKIN MAJU. Mungkin pengunjung yang pernah membaca entry saya sebelum ini, ada saya mengatakan bahawa kemajuan dan gelaja sosial itu seiring. Ya, memang benar. Tetapi perkara ini hanya benar jikalau pendidikan asa iaitu cintakan AllAH tidak diterapkan ke dalam diri anak-anak seawal umur baligh. Bila itu berlaku maka akan jelaslah kelihatan apa yang saya maksudkan dengan ikhtilat itu. Istilah yang asing tetapi makna yang sudah sebati dengan masyarakat kita. Bila kebaikkan tidak lagi disanjung dan keburukkan itu menjadi kebanggaan.
Cuba kita renungi kembali. Jikalau kita tidak mahu generasi akan datang (anak-anak kita) semakin jauh terpinggir, maka kita haruslah memulakan langkah untuk melakukan kebaikkan dan memperbaiki diri dan masyarakat kita. Semoga usaha kita untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan dan diberkati-Nya. Marilah sama-sama kita berusaha kearah ikhtilat sifar.
SAY NO TO FREE IKHTILAT