
Oh Malaysia ku..

Healing by Sami Yusuf
VERSE 1:
It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق
Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
Song Name: “Healing”Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Amanah itu akan soal.

Hidup ini adalah amanah. Setiap apa yang diberikan kepada kita adalah amanah. Dimana amanah ini semua akan di persoalkan di akhirat kelak. Akan dihitung.
Setiap nafas yang kita sedut akan dipersoalkan untuk apa.
Setiap wang ringgit, dinar, dollar mahupun apa sahaja dipersoal untuk apa dibelanjakan.
Setiap tenaga yang diberikan akan dipersoal untuk apa digunakan.
Pendek kata setiap saat apa jua yang berlaku akan dipersoal untuk apa ianya digunakan.
Cuba kita lihat kehidupan seharian kita. Adakah kita telah gunakan ianya kepada kebaikkan. Ataupun kita gunakan demi kepuasan yang bersifat sementara sahaja. Atau kerana sekadar untuk memuaskan manusia lain. Ataukah untuk mengecap keredhaan-Nya.
Itu adalah perkara pokok yang harus kita sentiasa fikirkan setiap saat. Setiap detik. Supaya apa yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar mana sekalipun akan dikira sebagai amalan kepada-Nya.
Disamping itu, amanah apabila kita meminjam atau menggunakan barang orang lain juga harus dipelihara. Bukanlah niat saya untuk memburukkan sesiapa. Tetapi apabila kita meminjam barang orang lain, seharusnya kita memeliharanya seperti barang kita sendiri. Dan apabila telah selesai menggunkannya haruslah dipulangkan kembali dalam keadaan sebaik mungkin.
Kita hebat bercerita tentang nasib saudara kita di Palestin, peranan kita dalam membina ummah, tugas kita sebagai pendakwah dan bermacam-macam lagi. Tetapi kita lupa bahawa kita juga ada amanah apabila meminjam barangan orang lain. Itu juga akan disoal di SANA kelak seandainya kita tidak memeliharanya. Terus terang saya katakan bahawa perkara ini masih berlaku dikalangan kita yang mempunyai latar belakang agama. Tidakkah kita sedar bahawa sekecil-kecil perkara ini akan memberi kesan kepada tugasan kita? Adakah tuannya redha dengan apa yang telah kita lakukan?
Dan lebih mengecewakan perkara ini bukan sahaja berlaku kepada diri saya, tetapi juga rakan-rakan lain. Sehingga ada diantara mereka yang terkilan dengan sekumpulan manusia ini. Jangan biarkan kerana diri kita, orang lain yang lebih memerlukan tidak berpeluang untuk meminjam atau menggunakannya. Itu namanya mementingkan diri sendiri.
Takutlah seandainya hanya kerana perkara sekecil ini akan menjadi halangan kita untuk mengecap syurga Allah. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya tempat kita kembali.
Buat Semua.
Setelah beberapa lama tidak mengupdate, akhirnya ada juga peluang nak update.
Semenjak akhir-akhir ini pelbagai perkara telah berlaku di dalam dan luar negara. Hakikatnya komuniti Islam semakin terhimpit oleh musuh Islam dan orang Islam sendiri. Kalau musuh Islamnya memang semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W sendiri kita semua sedia maklum. Tetapi jikalau orang Islam sendiri yang menjadi musuh kepada Islam, saya rasa tidak pernah ada sahabat yang menjadi petualang. Melainkan golongan musyrikin yang siangnya Islam dan malamnya menjadi musuh.
Persoalannya mengapa wujudnya golongan seperti ini? Adakah mereka tidak puas hati dengan Islam? Ataukah mereka mempunyai agenda tersendiri? Mungkin saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk berbicara tentang perkara ini. Tetapi kita sebagai ummat yang telah diberikan peluang untuk terus bernafas dalam nikmat Iman dan Islam haruslah memandang perkara ini dengan serius.
Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak menyatakan kesalahan mereka di sini. Tetapi untuk dijadikan peringatan buat diri dan rakan-rakan. Mungkin sesetengah rakan-rakan pembaca sibuk membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah, tentang penutupan sempada Mesir dan Gaza, isu pembakaran gereja, isu pengebom berani mati dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan semua itu ada kepentingannya. Dan saya bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Kerana Islam itu tidak hanya pada cara kita beribadat semata-mata. Tidak hanya pada politik semata-mata. Tetapi Islam itu adalah menyeluruh. 'All or nothing at all' itulah saya rasa ungkapan yang paling sesuai.
Berbalik kepada isu orang Islam yang menjadi musuh Islam sendiri. Islam itu tidak semestinya beriman. Tetapi orang yang beriman itu Islam. Jadi saya rasa sifirnya mudah. Tidak perlu lagi untuk saya huraikan. Cuma persoalannya mengapa jadi begini? Mereka itu jikalau disoroti profile mereka, kebanyakkan saya rasa mempunyai latar belakang pendidikan agama. Bagaimana akhirnya mereka berubah? Adakah kerana kelemahan sistem pembelajaran ummah? Ataukah kerana terpesona dengan pujukkan dunia? Ataukah kerana mereka sedari awal lagi adalah ejen kepada musuh Islam?
Untuk tidak membenarkan pisang berbuah dua kali, cuba kita perhati diri kita. Adakah kita mempunyai 'traits' untuk menjadi seperti mereka? Apakah kefahaman kita tentang Islam adalah kuat? Saya secara peribadi mengakui saya bukanlah seorang yang betul-betul faham akan agama saya. Dan saya harap saya tidak akan jemu untuk terus belajar tentang agama saya agar menjadi seorang muslim yang kukuh pegangannya. Tetapi dalam kita berjuang untuk menjadi muslim sejati ini memerlukan kepada orang yang sentiasa mengingatkan kita. Tidak kiralah rakan, adik-beradik, ibu ayah, suami isteri atau pun sekadar saudara seagama. Oleh itu, ingatkanlah saya seandainya saya leka dan insyaAllah saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Semoga apa yang kita lakukan ini akan mendapat keredhaan-Nya.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Wassalam.
Cerita Haji

Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dalam nikmat Iman dan Islam. Bagaimana dengan cuti Raya Haji yang lalu? Tentu pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah diperolehi.
Bagi pelajar-pelajar di Jordan ini, cuti raya haji boleh dikatakan meriah. Kerana bagi masyarakat arab, perayaan ini adalah merupakan perayaan terbesar bagi ummat Islam. Pada waktu inilah baginda Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda yang didalamnya terkandung pelbagai peringatan dan panduan untuk kita semua. Dan seharusnya itulah yang menjadi saat dan waktu yang kita nantikan. Dan juga menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dan melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoalkannya.
Dan raya haji juga adalah merupakan waktu yang mempunyai ibadat khusus iaitu haji. Haji ini merupakan satu peluang untuk kita memanifestasikan kecintaan kita kepada-Nya. Bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung, atau demi title "haji" (harap-harapnya bukan haji Malboro). Seharusnya tertanam di dalam hati setiap muslim untuk melaksanakan ibadah ini di usia muda. Bukannya simpan bila dah nak "expire". Tapi atas kekangan harta benda dan masa mungkin keinginan kita itu terhalang. Atau untuk melihat dari sudut yang positif kita masih lagi belum dijemput untuk menjadi tetamu (tapi jangan dijadikan alasan).
Mungkin di sini saya ingin sekadar berkongsi sebuah buku yang saya pernah baca dan saya yakin ramai juga telah baca; Travelog Haji oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini sangat menarik untuk dibaca sebagai santapan rohani. Gaya bahasa yang santai dan menarik membolehkan mereka yang kurang berminat membaca (macam aku) untuk membacanya. Tidak banyak pun yang perlu dilaburkan bagi memperoleh ilmu. Berbanding dengan beribu-ribu yang telah kita habiskan semata-mata kerana pakaian dan sebagainya.
Aku tak nak tulis sinopsis buku tuh di sini. Cukup sekadar mencadangkan korang semua membacanya. InsyaAllah korang semua tidak akan rasa sia-sia. Baiklah sampai di sini sahaja dahulu kisah kali ini. Hehehe.
Kepada kawan-kawan yang akan memulakan kelas pada hari ahad ini, selamat meneruskan perjuangan. Kepada yang telah lama pun memulakan kembali kelas mereka, teruskan berjuangan hingga ke akhirnya. Marilah kita semua lengkapkan diri dari setiap sudut agar kita akan menjadi Muslim yang serba boleh bakal meneruskan perjuangan menegakkan khilafah.
p/s: Saya tak jual buku nie cam Inchik Munir. Hehe
Sekadar Coretan
Itu bukanlah perkara pokok yang ingin aku sampaikan. Cuma sekadar peringatan untuk diri dan rakan-rakan semua. Tentang hakikat diri kita ini. Semenjak dua menjak ini banyak orang mempersoalkan tentang 'ikhtilat' atau pun dalam bahasa yang lebih mudah lagi adalah sikap sesorang itu dalam berurusan dengan orang sekeliling. Rasanya perkara ini telah banyak kali dibahaskan dan memikirkan hakikat diri kita ini yang selalu lupa, memang memerlukan kita untuk sentiasa diingatkan.
Tidak salah rasanya untuk kita berurusan dengan orang sekeliling kita bahkan Islam menyuruh kita untuk bermasyarakat. Tetapi dalam pada itu ada juga batasan-batasan yang harus kita patuhi dan akur. Kerana tanpa batasan ini manusia semua akan hanyut. Manusia semua akan lari daripada tujuan sebenar kejadian kita di muka bumi ini.Persoalan yang lebih menarik adalah sejauh mana penghayatan kita kepada batasan ini? Sejauh manakah kesanggupan kita untuk mengamalkannya?
Pada pengamatan aku, lagi ramai yang pandai berkata-kata daripada melaksanakannya. Ramai yang mengingatkan orang lain tetapi lupa kepada diri sendiri (termasuk aku). Jadinya kita mengajak orang lain berbuat baik dalam masa yang sama kita sendiri masih berbuat perkara yang tidak sepatutnya. It'll defeat the purpose.
Entry ini sekadar untuk menyatakan apa yang bermain dalam fikiran sendiri. Kita harus memperbaiki diri (diri aku dan rakan-rakan semua) demi kebaikkan semua. Sentiasa bersedia untuk menjadi yang terbaik. Kita juga tidak harus rasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Kerana dunia sebenar di luar sana jauh lebih kejam daripada apa yang kita ada pada hari ini. Jadi cuba fikir kembali, apakah cukup apa yang kita ada sekarang untuk kita berada di luar sana? Fikir-fikirkan......Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430H. Sama-sama kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam mengecap cinta yang sejati daripada-Nya.
p/s: Hurm adakah perkara ini wajar? Selesa sewaktu menunaikan haji? Haji VIP
Kasih ibu membawa ke syurga.

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"Untuk bacaan lanjut: Abandoned by their kids
End of one, beginning of another.

Pada 11 Julai yang lalu, tamatlah sudah tugas saya sebagai seorang setiausaha agung MPPM. Alhamdulillah mesyuarat agung telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga diucapakan kepada Pengarah dan AJK MEKAR semua. Tanpa kalian, MEKAR tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih juga kepada semua ahli MPPM yang telah datang bersama-sama untuk menjayakan MEKAR. Sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia dan JPM Jordan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama para pelajar Malaysia di Jordan. Semoga hubungan baik antara pelajar dan Keduataan dan JPM akan terus berkekalan.
Dan yang paling penting adalah kepada semua Ahli Majlis Tertinggi MPPM sesi 2008/2009, Ahli Badan Pengurus MPPM sesi 2008/2009 dan semua Ahli Majlis Eksekutif MPPM sesi 2008/2009. Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kita bekerja bersama. Walaupun jawatan setiausaha agung bukanlah suatu yang besar, tetapi bagi saya ini adalah pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan. satu pengalaman yang telah mengajar diri bagaimana untuk membahagikan masa antara tugas sebagai seorang pelajar dengan tugas sebagai seorang yang berpersatuan. Memang ia bukan perkara yang mudah. Tetapi dengan keazaman dan semangat juang yang tinggi saya rasa ia tidak akan dilihat sebagai satu bebanan. Malahan dilihat sebagai satu peluang untuk terus ke hadapan.

Berdiri dari kiri: Izwan (BPE), Aladin (Bendahari), Amzari (BKKS), Shahrul (BPK)
Tiada dalam gambar: Afiq (BPMA)
Pic credit to Amzari
Percaya atau tidak jikalau saya katakan dengan berpersatuan anda akan lebih menghargai masa yang ada? Benar, kerana apabila ada mempunyai banyak tanggungjawab anda akan mengurus masa dengan lebih baik. Kerana itulah hakikat kita manusia. Akan bergerak dengan lebih pantas apabila ada tekanan. Dan apabila itu berlaku, kita akan lebih peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Jadi saya rasa dengan berpersatuan tidak akan menggagalkan anda. Tetapi jikalau seseorang itu gagal kerana berpersatuan, yang menggagalkan adalah dirinya sendiri. Bukan kerana berpersatuan. Seperti yang pernah saya katakan di Irbid dahulu, "Berpersatuan dan belajar ini adalah diibaratkan seperti Ibu dan Isteri. Dua-dua penting dalam hidup kita nanti. Ibu itu adalah pelajaran. Dan isteri adalah berpersatuan. Masa yang telah diperuntukkan untuk satu, tidak seharusnya digunakan untuk yang lain. Haruslah diseimbangkan di antara kedua-dua. Jadi kenalah uruskan dengan betul." (Jangan tanya kenapa menggunakan contoh nie.....)
Rasanya cukup sekadar ini. Panjang-panjang orang tak baca. Tak sampai mesej. Hehehe. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang telah terlibat. Tahniah diucapkan kepada sesi pimpinan baru. Semoga kalian akan membawa MPPM Jordan selangkah lagi ke hadapan. Jauh lebih berjaya daripada kami. InsyaAllah kami sentiasa akan membantu apa yang termampu. Semoga ikatan ukhawah yang telah terbina sepanjang kita mentadbir bersama akan kekal selamanya. Semoga berjaya kepada semua.
Wassalam.
Suatu Aku Yang Terlena
Aku ini selalu saja
Tenggelam dalam emosi
Dadaku pun kerap bergelora
Dan kenyataan bagaikan mimpi
Setelah berhempas pulas
Fikiranku pun mulai tenang
Lantas aku kembali cergas
Kutarik nafas yang panjang
Dunia ini bukan untuk bermimpi
Juga bukan hanya untuk bercinta
Pancaroba juga saling berganti
Aku perlu rajin berusaha
Agar anak dan isteri
Nusa dan bangsa
Semakin hari semakin berjaya
Aku bangun memikul beban
Terkumpul di masa tidur
Dan terus melangkah ke hadapan
Beban pun pasti semakin lebur
Suatu Aku Yang Terlena - sohaimi -
Pabila.....
Apa khabar semua? Harap semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Semoga setiap hari kita akan semakin rapat dengan pencipta kita. Semoga setiap saat yang kita lalui akan menjadikan kita lebih dekat dengan-Nya. Semoga ianya menjadi satu kenyataan bukan sekadar angan-angan.
Alhamdulillah semalam telah selesai peperiksaan OSCE ntuk rotation terakhir tahun 4 iaitu Surgery. Segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan namun masih bersyukur kerana telah diberikan petunjuk ke arah yang benar. Jutaan syukur juga dipanjatkan kerana kekuatan dalaman yang telah dikurniakan untuk menempuhi hari-hari yang semakin mencabar. Dalam dunia tanpa sempadan ini pelbagai dugaan dan cubaan yang datang tanpa diduga. Sedar-sedar ianya telah berada di hadapan kita. Apakah yang dapat menghalang kita daripada terus hanyut bersama arus dunia ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah pengabdian diri kita kepada Allah.
Kini yang tinggal hanyalah peperiksaan akhir yang akan bermula pada 1, 4 dan 8 Jun 2009. InsyAllah semoga diberikan kemudahan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal "dihadiahkan" kepada kita orang. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada rakan-rakan tahun 5 yang masih lagi berbaki 8 subjek untuk peperiksaan akhir. Semoga berjaya dengan cemerlang dan terus melangkah tanpa rasa gundah gulana. Ingatlah kejayaan adalah bagi mereka yang mahu berjaya. Juga kepada senior2 tahun 6 yang akan melalui interview pada minggu hadapan, semoga berjaya. InsyAllah kalian akan menjadi doktor muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ianya akan menjadi pendorong kepada adik-adik untuk terus berjaya dengan cemerlang.
Alhamdulillah dan syukur juga dipanjatkan kepada Allah kerana pada tahun ini telah diberikan peluang untuk menyambut raya bersama keluarga di Malaysia. Walaupun masih terlalu awal, tetapi perasaan itu rasanya tidak dapat digambarkan lagi. Rasanya macam nak esok ajer raya (heh... puasa pun belum nak raya). Walaupun cutinya tidak lama, tapi rasanya cukup untuk melepaskan rindu kepada keluarga dan saudara-mara yang hampir 5 tahun tidak ketemu. Juga agar dapat merapatkan hubungan dengan keluarga. Semoga segala apa yang dirancang diberkati oleh-Nya. Semoga Islam akan terus kekal cemerlang di muka bumi ini.
Buat akhirnya, saya ingin mengajak rakan-rakan semua kembali kepada Allah. Ingatlah dia adalah destinasi kita. Kerana akhirnya kepada-Nya jua kita akan kembali. Semoga kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang sempurna (walaupun tiada manusia yang sempurna). Semoga kejayaan menjadi milik kita semua.
Salam Perjuangan buat semua rakan-rakan.
Wassalam.
Aku, Dia dan 23...

Apa khabar semua?
Alhamdulillah sekarang nie telah berada di rotation terakhir untuk tahun 4. Lepas nie akan diteruskan dengan rotation Public Health. Ini bermakna pada summer sem ini akan menjejak kaki ke kampung-kampung bagi menyoal dan menyelidik kehidupan masyarakat di sini.
Rasanya dah hampir lima tahun berada di bumi orang nie. Dah macam-macam rasanya pengalaman dilalui. Tetapi masih merasakan belum cukup pengalaman untuk terus berjalan dengan lebih jauh. Dan telah hampir 5 tahun jugalah menyambut Hari Raya diperantauan juga hari lahir.
Alhamdulillah pada 18 April yang lalu genaplah 23 tahun berada di atas muka bumi ini dengan nikmat daripada Allah kepada hamba-Nya yang hina ini. Terasa diri ini lebih banyak membuat maksiat berbanding dengan amalan. Tapi masih bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Rasanyan memang sesuailah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kita kerana telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi diri kita hari ini.
Bersempena dengan hari lahir yang lalu ada menerima beberapa mesej yang saya rasa sungguh memberi kesan kepada diri.
terima kasih kepada mereka yang 'menghadiahkan' tazkirah di hari lahir. semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya selalu. memang hati ini memerlukan peringatan di kala berada dalam kegembiraan.
semoga umur yang panjang ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya. dan semoga diri ini dan rakan-rakan sekalian akan terus berjuang untuk menguatkan Islam. InsyAllah akan terbina daulah Islamiyah (bukan sekadar Fizik Islam, hidup Islam pun akan wujud dengan perbuatan bukan perkataan semata-mata).
Tidak dilupakan juga kepada 'kembar-kembar' yang berada di Jordan, mahupun di Malaysia. Semoga kita semua menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Semangat kesukanan....
Assalammualaikum....
Tidak sampai sebulan sahaja lagi akan berlangsung acara yang saya rasa agak besar juga berdasarkan bajet nyer diperingkat MPPM.
KARISMA.
Jadi berbekalkan semangat kesukanan dan semangat setia kawan yang tinggi di sini saya ingin mengajak semua rakan-rakan untuk mempamerkan logo KARISMA 2009.

Oleh itu, marilah sama-sama kita jayakan. Semoga acara KARISMA pada tahun ini akan melahirkan lebih ramai atlet di masa hadapan. Pastikan ISLAM kekal di hati kita walau di mana berada.
KARISMA
Muhasabah Cinta

Alhamdulillah baru sahaja selesai exam mini OSCE ntuk rotation Internal Medicine. Sedikit cuak juga pada mulanya, tapi rasanya sekarang nie dah tenang skit. Hurm... memang agak banyak jgak benda yang salah tadi. Tapi bersyukur juga sebab banyak jgak yang dapat jawab. So balance ler....
Seterusnya peperiksaan pada hari selasa 10/3. Yang nie plak OSCE. Nampaknya kena banyak lagi membaca nie (aiseh apasal susah sangat ek nak membaca nie? xder penawar ke ntuk penyakit pemalas nie?). Doakan semoga dapat menjawab dengan tenang ek.
Sekarang nie di Irbid sedang giat dilaksanakan kempen selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W. Insan yang teragung di dalam sejarah peradaban manusia semenjak dahulu lagi. Bersyukur kepada-Nya kerana dilahirkan menjadi ummat baginda. Tetapi adakah cukup sekadar kita mengucapkan syukur tersebut? Itu hanya pada lafaz. Bagaimana pula dengan penghayatan kita selaku ummat baginda? Apakah yang telah kita lakukan untuk mengaku sebagai ummat baginda? Untuk melayakkan kita mendapat syafaat daripada baginda?
Rasanya untuk menghitung apa yang telah kita lakukan adalah terlalu sedikit. Mungkin tidak sampai 1% pun daripada apa yang sepatutnya kita lakukan. Atau mungkin 0 (read Z-E-R-O). Kosong? Ya sememangnya kosong. Kenapa? Kerana Iman kita tidak kuat? Kerana tiada penghayatan? Kerana tiada kemajuan? Jawapannya saya rasa korang sendiri pun boleh jawab apa dia. Lihat sahaja disekeliling kita. Apakah yang ada? Apa kaitan perkara yang berlaku dengan kita sebagai ummat baginda? Dan pelbagai soalan lain yang seharusnya bermain di kepala kita.
Mungkin belum terlewat untuk kita menyatakan rasa kecintaan kita kepada baginda. Rasa kecintaan yang mendalam yang hanya dapat dizahirkan dengan sifat dan peribadi diri kita. Usahlah kita bercerita tentang cinta yang lain seaidainya cinta kita kepada-Nya dan kepada baginda masih belum subur di dalam hati. Jikalau kedua ini masih belum ada di dalam hati, nesecaya cinta-cinta yang lain itu hanyalah sekadar cinta yang manis di bibir sahaja. Yang berpandukan nafsu semata-mata.
Cuba renungi kembali diri kita ini. Apakah kita layak untuk menerima syafaat baginda. Layak untuk memiliki cinta Yang Maha Esa. Ataukah kita ini hanya sekadar objek yang tiada fungsinya. Bagaimana solat kita? Bagaimana amalan seharian kita? Bagaimana kita? Bagimanakah kita? Layakkah kita? Mari kembali ke jalan yang benar......
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah S.W.T.
Palestine, Islam and Me.

As we speak, the Palestinians still are beingkilled by the enemy. They said that they were reacting against the Al-Qassam rocket attacks. Yet they only interested in taking over the Palestine. What they know that anything that they do is right. Anything that they see is theirs. Guest what? You M.O.F.O knew nothing of your origin. Do you even know what you were fighting for is not something for in the first place? You are the most ungrateful animal on this planet. Maybe you used to be the most blessed race ever on this whole world. But you are also the worst of all. You had killed most of the prophet sent to you. You disobey your Lord. I hope that you can see and feel that. But I don't think so. Your heart had been closed long ago. You would never listen to anyone. Not even yourself. So I guess what had happen to you is something you deserved. Just one thing to remember, for everything you had done in the past, what you are doing and will be done everythingwill be brought in front of you in the Life After. And you'll be judged for it. It's not just them the Israel but also everyone. It's something to be reminded to everyone.

And now I would like to ask you guys, what do you guys know about Palestine and their fight against Israel? Is it because of their love to their land? Or is it because of Islam itself? Think about it. As for people who love to twist thingsaround they surely understand that Palestine only think about land not the motive behind it. For your information, loving your country is part of your iman. Do you know that? Yes it is true. But the idea behind it is to love Islam itself. Islam which was trustedto Prophet Muhammad P.B.U.H to convey it to the whole world. The only rightful religion that was blessed by Him.
Islam, it is something special. AllAH had promised that whoever did anything for it, he surely will be rewarded. ANYTHING under banner of Islam and the love of AllAH. Even if you do your daily job with intention of getting His approval you'll be rewarded. But sadly, even after we knew about it we still keep repeating the same mistakes. The same mistakes that our parents, their parents, their parents of parent and all the people before us; neglecting Islam and seeking the glory on this world by abandoning Islam. There is nothing worsethan that. If the animal and things around could speak they surely will curse us for leaving something that most sought after by the whole things; Love of AllAH.
Love of AllAH is not something for me to write about. But it is something for everyone including me myself to seek. To work as hard as I can to gain it. Because it wouldn't come cheap. There's a big price to pay for. Evenbigger that the whole world wealth all together. In fact, you can't even buy it with anything. It is something for Him to give to whomever He likes. Yes it's really that expensive. And for us His servant, I don't think we couldn't even come close to think about it. It's unimaginable. It's something beyond our existence. Beyond everything. That's why we must obey Him and does everything He had instruct us in His 'Life Manual' a.k.a Quran.
Back to Palestine, do they do what they were instructed to do? Do we? Does everyone do it? They answer is for us to look for. It's within our self. Only they who had seek it will answer it properly. So what are we waiting for?Start now. It's never too late to start anything. It is late when the End of Life had cast upon us.
More about GAZA UNDER SEIGE
Palestinkini
We must adjust our distorted image of Hamas
Kisah Itu
Rasanya dah agak lama kot xmenulis dalam blog nie.
Bukannya malas, tetapi tiada idea dan ada beberapa perkara yang lebih penting untuk didahulukan.
Ramadhan kini hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Apakah 20 hari yang telah berlalu telah kita isi dengan
amalan-amalan kepada-Nya? Ataukah di isi dengan perkara duniawi? Cuba kita muhasabah kembali.
Apakah amalan yang telah kita lakukan akan diterima-Nya? Apakah kesudahan kita di bulan mulia ini.
Terkenang kembali zaman persekolahan dahulu. Entah mengapa Ramadhan kali ini tidak dirasai kemeriahannya.
Adakah kerana diri ini terlalu cintakan dunia? Ataukan kerana ada 'missing pieces' yang masih belum
diri ketemui. Andainya yang pertama, maafkanlah hamba-Mu yang lemah ini. Andai 'missing pieces itulah
menjadi puncanya Kau pertemukanlah daku dengannya. Semoga ia menjadi pemangkin semangat daku
untuk terus berjalan di atas muka bumi ini dengan keimanan kepada-Mu.
Sungguh terasa perbezaanya. Ataukah kita semua telah terlalu hanyut. Hanya Dia yang maha mengetahui
segala apa yang berada di dalam hati kita. Sama-samalah kita berdoa agar dipertemukan dengan
Malam Al-Qadr. Dan di dalamnya kita dapat beramal dengan sempurna. Semoga diberkati puasa kita bukan
sekadar menahan lapar dan dahaga. Tetapi dapat mendidik diri agar menjadi insan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.
SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT KASIH SAYANG-NYA


