Amanah itu akan soal.



Amanah itu adalah sesuatu yang bukan milik kita atau milik kita yang bersifat sementara dan ianya dipertanggungjawabkan kepada kita untuk dijaga, dipelihara dan diurus dengan sebaiknya. Tidak kira sekecil-kecil perkara sekalipun ianya tetap adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya.

Hidup ini adalah amanah. Setiap apa yang diberikan kepada kita adalah amanah. Dimana amanah ini semua akan di persoalkan di akhirat kelak. Akan dihitung.

Setiap nafas yang kita sedut akan dipersoalkan untuk apa.
Setiap wang ringgit, dinar, dollar mahupun apa sahaja dipersoal untuk apa dibelanjakan.
Setiap tenaga yang diberikan akan dipersoal untuk apa digunakan.

Pendek kata setiap saat apa jua yang berlaku akan dipersoal untuk apa ianya digunakan.
Cuba kita lihat kehidupan seharian kita. Adakah kita telah gunakan ianya kepada kebaikkan. Ataupun kita gunakan demi kepuasan yang bersifat sementara sahaja. Atau kerana sekadar untuk memuaskan manusia lain. Ataukah untuk mengecap keredhaan-Nya.

Itu adalah perkara pokok yang harus kita sentiasa fikirkan setiap saat. Setiap detik. Supaya apa yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar mana sekalipun akan dikira sebagai amalan kepada-Nya.

Disamping itu, amanah apabila kita meminjam atau menggunakan barang orang lain juga harus dipelihara. Bukanlah niat saya untuk memburukkan sesiapa. Tetapi apabila kita meminjam barang orang lain, seharusnya kita memeliharanya seperti barang kita sendiri. Dan apabila telah selesai menggunkannya haruslah dipulangkan kembali dalam keadaan sebaik mungkin.

Kita hebat bercerita tentang nasib saudara kita di Palestin, peranan kita dalam membina ummah, tugas kita sebagai pendakwah dan bermacam-macam lagi. Tetapi kita lupa bahawa kita juga ada amanah apabila meminjam barangan orang lain. Itu juga akan disoal di SANA kelak seandainya kita tidak memeliharanya. Terus terang saya katakan bahawa perkara ini masih berlaku dikalangan kita yang mempunyai latar belakang agama. Tidakkah kita sedar bahawa sekecil-kecil perkara ini akan memberi kesan kepada tugasan kita? Adakah tuannya redha dengan apa yang telah kita lakukan?

Dan lebih mengecewakan perkara ini bukan sahaja berlaku kepada diri saya, tetapi juga rakan-rakan lain. Sehingga ada diantara mereka yang terkilan dengan sekumpulan manusia ini. Jangan biarkan kerana diri kita, orang lain yang lebih memerlukan tidak berpeluang untuk meminjam atau menggunakannya. Itu namanya mementingkan diri sendiri.

Takutlah seandainya hanya kerana perkara sekecil ini akan menjadi halangan kita untuk mengecap syurga Allah. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya tempat kita kembali.

4 comments:

Fez said...

Teguran indirect - Harap siapa yang makan cili, receptor kepedasan dia berfungsi...

K.O.W (Keep On writing)!!

MaUt said...

kalau meminjam brg org dan kmudian meminjamkan pulak pada org lain dalam keadaan yang tuan punya tidak diberitahu telebih dahulu dan akhirnya tak tahu di tangan sape..ni lagi menguji kesabaran

sensitiviti perlu ada, bukan sentiasa merasakan semua menda adalah kecik aje dan remeh...

pinjam meminjam - satu sikap yang patut di ambil perhatian..setiap amalan itu bakal diperhitungkan walaupun sebesar biji sawi...

kher said...

Fez - terima kasih. insyaAllah.

MaUt - itulah. kadang2 kita terlupa tentang orang lain. cuma akan terasa bila berlaku kepada kita.

semoga kita semua terhindar daripada golongan ini.

sensitiviti ini harus kita pupuk dari awal agar kelak bila sudah bekerja nanti tidak akan terikut2. kelak kita akan rugi.

ainshams said...

labels: muhasabah, persatuan..
erm..ayat mudah difahami namun, dalam maksud nyer..
apepun, semua bergantung pada diri sendiri..

 
Copyright © CHRONICLEofanwar