Showing posts with label Persatuan. Show all posts
Showing posts with label Persatuan. Show all posts
4

Amanah itu akan soal.



Amanah itu adalah sesuatu yang bukan milik kita atau milik kita yang bersifat sementara dan ianya dipertanggungjawabkan kepada kita untuk dijaga, dipelihara dan diurus dengan sebaiknya. Tidak kira sekecil-kecil perkara sekalipun ianya tetap adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya.

Hidup ini adalah amanah. Setiap apa yang diberikan kepada kita adalah amanah. Dimana amanah ini semua akan di persoalkan di akhirat kelak. Akan dihitung.

Setiap nafas yang kita sedut akan dipersoalkan untuk apa.
Setiap wang ringgit, dinar, dollar mahupun apa sahaja dipersoal untuk apa dibelanjakan.
Setiap tenaga yang diberikan akan dipersoal untuk apa digunakan.

Pendek kata setiap saat apa jua yang berlaku akan dipersoal untuk apa ianya digunakan.
Cuba kita lihat kehidupan seharian kita. Adakah kita telah gunakan ianya kepada kebaikkan. Ataupun kita gunakan demi kepuasan yang bersifat sementara sahaja. Atau kerana sekadar untuk memuaskan manusia lain. Ataukah untuk mengecap keredhaan-Nya.

Itu adalah perkara pokok yang harus kita sentiasa fikirkan setiap saat. Setiap detik. Supaya apa yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar mana sekalipun akan dikira sebagai amalan kepada-Nya.

Disamping itu, amanah apabila kita meminjam atau menggunakan barang orang lain juga harus dipelihara. Bukanlah niat saya untuk memburukkan sesiapa. Tetapi apabila kita meminjam barang orang lain, seharusnya kita memeliharanya seperti barang kita sendiri. Dan apabila telah selesai menggunkannya haruslah dipulangkan kembali dalam keadaan sebaik mungkin.

Kita hebat bercerita tentang nasib saudara kita di Palestin, peranan kita dalam membina ummah, tugas kita sebagai pendakwah dan bermacam-macam lagi. Tetapi kita lupa bahawa kita juga ada amanah apabila meminjam barangan orang lain. Itu juga akan disoal di SANA kelak seandainya kita tidak memeliharanya. Terus terang saya katakan bahawa perkara ini masih berlaku dikalangan kita yang mempunyai latar belakang agama. Tidakkah kita sedar bahawa sekecil-kecil perkara ini akan memberi kesan kepada tugasan kita? Adakah tuannya redha dengan apa yang telah kita lakukan?

Dan lebih mengecewakan perkara ini bukan sahaja berlaku kepada diri saya, tetapi juga rakan-rakan lain. Sehingga ada diantara mereka yang terkilan dengan sekumpulan manusia ini. Jangan biarkan kerana diri kita, orang lain yang lebih memerlukan tidak berpeluang untuk meminjam atau menggunakannya. Itu namanya mementingkan diri sendiri.

Takutlah seandainya hanya kerana perkara sekecil ini akan menjadi halangan kita untuk mengecap syurga Allah. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya tempat kita kembali.
0

End of one, beginning of another.


Ahli Majlis Tertinggi MPPM Jordan Sesi 2008/2009


Pada 11 Julai yang lalu, tamatlah sudah tugas saya sebagai seorang setiausaha agung MPPM. Alhamdulillah mesyuarat agung telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga diucapakan kepada Pengarah dan AJK MEKAR semua. Tanpa kalian, MEKAR tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada semua ahli MPPM yang telah datang bersama-sama untuk menjayakan MEKAR. Sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia dan JPM Jordan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama para pelajar Malaysia di Jordan. Semoga hubungan baik antara pelajar dan Keduataan dan JPM akan terus berkekalan.

Dan yang paling penting adalah kepada semua Ahli Majlis Tertinggi MPPM sesi 2008/2009, Ahli Badan Pengurus MPPM sesi 2008/2009 dan semua Ahli Majlis Eksekutif MPPM sesi 2008/2009. Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kita bekerja bersama. Walaupun jawatan setiausaha agung bukanlah suatu yang besar, tetapi bagi saya ini adalah pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan. satu pengalaman yang telah mengajar diri bagaimana untuk membahagikan masa antara tugas sebagai seorang pelajar dengan tugas sebagai seorang yang berpersatuan. Memang ia bukan perkara yang mudah. Tetapi dengan keazaman dan semangat juang yang tinggi saya rasa ia tidak akan dilihat sebagai satu bebanan. Malahan dilihat sebagai satu peluang untuk terus ke hadapan.


Duduk dari kiri: Penulis, Dzulqarnain (Presiden), Shahrul Ifwat (Timb. Presiden I).
Berdiri dari kiri: Izwan (BPE), Aladin (Bendahari), Amzari (BKKS), Shahrul (BPK)
Tiada dalam gambar: Afiq (BPMA)
Pic credit to Amzari


Percaya atau tidak jikalau saya katakan dengan berpersatuan anda akan lebih menghargai masa yang ada? Benar, kerana apabila ada mempunyai banyak tanggungjawab anda akan mengurus masa dengan lebih baik. Kerana itulah hakikat kita manusia. Akan bergerak dengan lebih pantas apabila ada tekanan. Dan apabila itu berlaku, kita akan lebih peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Jadi saya rasa dengan berpersatuan tidak akan menggagalkan anda. Tetapi jikalau seseorang itu gagal kerana berpersatuan, yang menggagalkan adalah dirinya sendiri. Bukan kerana berpersatuan. Seperti yang pernah saya katakan di Irbid dahulu, "Berpersatuan dan belajar ini adalah diibaratkan seperti Ibu dan Isteri. Dua-dua penting dalam hidup kita nanti. Ibu itu adalah pelajaran. Dan isteri adalah berpersatuan. Masa yang telah diperuntukkan untuk satu, tidak seharusnya digunakan untuk yang lain. Haruslah diseimbangkan di antara kedua-dua. Jadi kenalah uruskan dengan betul." (Jangan tanya kenapa menggunakan contoh nie.....)

Rasanya cukup sekadar ini. Panjang-panjang orang tak baca. Tak sampai mesej. Hehehe. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang telah terlibat. Tahniah diucapkan kepada sesi pimpinan baru. Semoga kalian akan membawa MPPM Jordan selangkah lagi ke hadapan. Jauh lebih berjaya daripada kami. InsyaAllah kami sentiasa akan membantu apa yang termampu. Semoga ikatan ukhawah yang telah terbina sepanjang kita mentadbir bersama akan kekal selamanya. Semoga berjaya kepada semua.

Wassalam.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar