0
Cuti oh Cuti....

Ya kawan-kawan, cuti sekolah kembali lagi. Satu saat dimana amat-amat dinantikan oleh setiap insan yang berlgelar pelajar. Tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang kurang bernasib baik (mungkin??) terpaksa meneruskan persekolahan. Ehehehe.

Cuti semester kali ini adalah menarik. Menarik?? Mengapa? Kerana tiada program yang akan dilaksanakan oleh diri ini. So sebab itu, penulis akan menghabis masa-nya sebanyak mungkin untuk melakukan benda-benda yang susah untuk dilakukan sewaktu hari persekolahan (ye ke??) iaitu tido. Yeah!!!

Sewaktu entry ini sedang ditulis, penulis sebenarnya telah tidur. Tetapi jar-jemarinya pantas menaip setiap perkataan. (owh tidak benar sama sekali). Actually tulis entry nie pun sebab dah terlalu bosan dan tak tau apa aktiviti yang nak dilakukan untuk diri sendiri. Sepanjang hari hanya duduk dihadapan komputer menonton movies, makan, tido, bermain, kacau orang dan lain-lain lagi. Memang cuti kali ini agak membosankan sebenarnya. Irbid hampir kosong. Kawan-kawan yang lain masih lagi bersekolah. So tak tau nak buat apa dah. Baca buku? Hurm I'm not really into it. Nak pergi main bowling atau menonton wayang? Hurm.... No one to go with.

Sebenarnya sebelum cuti arituh ada orang mintak tolong buatkan blog ntuk seseorang tuh. Hurm. Ntah ler. Tak pasti diri ini mampu atau tidak untuk melaksanakannya. Dan ada juga yang meminta untuk menjadi tenaga pengajar minggu IT. Aiseh, bro gua nie dah old-skol. Apa kata guna ajer tenaga-tenaga baru. Idea-idea fresh. Dan untuk pengetahuan, diri nie bukanlah hebat sangat. Cuma sekadar pandai menggunakan peluang dan keadaan. Untuk dimanipulasikan.

Sedikit tips untuk memajukan diri dalam bidang IT nie, kita kenalah rajin mencuba. Sebab sebenarnya bidang nie bukan sekadar teori semata-mata. Tetapi lebih kepada pengalaman. Kalau kita takut untuk mencuba suatu yang baru, macam mana kita nak bersaing. Sebab segala kejayaan hari ini telah melalui kegagalan di masa lalu. Cuma yang membezakan yang berjaya adalah mereka bangun dari kegagalan untuk terus berjaya.

Ok, berbalik kepada cerita pasal cuti. Insyallah hari Khamis nie 31/1 kengkawan dari Russia akan tiba dari Mesir untuk lawatan ke Jordan. Actully xberapa kenal pun mereka. Sekadar pernah bertegur sapa sekali dua. Tetapi atas dasar persaudaraan Islam (insyAllah), kita haruslah melayan mereka dengan sebaik mungkin. So far masih belum ada lagi planning ntuk bawak dia orang berjalan. Sebab nengok kat weather forecast yang tidak menentu. So segala perancangan haruslah dirancang dengan teliti agar masa tidak dibuang begitu sahaja.

So rasanya xder apa dah untuk diceritakan lagi. Cukuplah rapuan tadi. Kepada mereka yang sedang bercuti, selamat bercuti dan bergembira. Tapi jangan lupa kepada saya. Kalau pergi Turki ke Syria ke Mesir ke jangan lupa ole-ole ek. Kepada mereka yang masih bersekolah, jangan asyik ponteng ajer. Belajar wei. Ehehehehehe.....

Till then, wassalam.
 
Copyright © CHRONICLEofanwar