Kasih ibu membawa ke syurga.


"Kasih ibu membawa ke syurga....."

Itulah yang selalu kita dengar daripada guru-guru kita. Memang benar keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu dan bapa kita. Kerana mereka telah bergadai nyawa untuk kita pada satu masa dahulu.

Pernah juga seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W kepada siapa harus aku taat? Jawab baginda "Ibumu". "Kemudian siapa?" sahabat itu bertanya lagi. "Ibumu". "Kemudian?". "Ibumu". "Kemudian?". "Bapamu" jawab baginda. Begitulah lebih kurang maksud hadith tersebut.

Hal ini menunjukka bahawa kedudukan ibu itu sangat tinggi dan mulia. Kerana dialah kita dilahirkan di dunia ini. Dialah yang telah bergadai nyawa untuk melahirkan kita di muka bumi ini. Sesungguhnya jikalau dia mengaku kalah sewaktu melahirkan kita, nesecaya tidak akan kita berada di tempat kita hari ini.

Tetapi dewasa ini kita sering lihat di kaca televisyen, di dada akhbar dan di dalam internet berita bagaimana warga emas yang seharusnya kita sayangi dan kita hargai dibiarkan begitu sahaja. Tanpa perlindungan, tanpa kasih sayang, tanpa saudara mara dan tanpa segalanya. Mereka dibiarkan 'merempat' di rumah-rumah warga tua. Luluh rasanya hati ini bila membaca berita sebegini. Bagaimana pula rasanya jikalau kita berhadapan dengan mereka? Tidak tergambar rasanya perasaan itu.

Pada bulan Jun yang lalu, pihak JPMJ dan MPPM telah mengadakan lawatan ke rumah warga tua di Amman. Seorang rakan telah memberitahu bagaiman mereka rasa amat sedih dengan keadaan mereka di sana. Mereka bercerita bagaimana susah payah mereka bergadai nyawa demi membesarkan anak-anak tapi akhirnya mereka dicampak ke sana setelah anak-anak berkeluarga. Seandainya saya berada di tempat mereka, nesecaya saya sendiri akan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Tetapi mereka tabah. Tabah menghadapi ujian daripada Allah. Mereka yakin bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah sesekali kau mengenepikan kedua orang tuamu. Kerana merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka selagi mampu. Selagi kita masih mampu untuk membelai mereka, selagi kita masih mampu untuk membersihkan mereka, selagi mana kita mampu untuk membuat mereka tertawa selagi itulah terus berusaha. Janganlah jadi anak yang derhaka. Kerana walau seburuk mana pun mereka, mereka masih lagi ibu bapamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dirimu sewaktu kecil dahulu. Jikalau dahulu mereka akan menghalang nyamuk daripada menggigitmu, sekarang halanglah nyamuk-nyamuk daripada menggigit mereka. Lindungi mereka selagi mampu.

Ingatlah bahawa Allah maha mengetahui akan perbuatan hamba-Nya. Setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikkan. Dan keburukkan akan menerima siksa di SANA kelak. Jangalah menjadi anak yang derhaka. Sayangi mereka. Sesungguhnya,
"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"
Untuk bacaan lanjut: Abandoned by their kids

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar