Pasca-KARISMA, Pre-OSCE & Final


Assalammualaikum....

Alhamdulillah dan syukur kepada-Nya kerana masih dikurniakan nikmat Iman, Islam dan kehidupan. Sekali lagi diberi peluang untuk berjalan di atas muka bumi Allah yang penuh dengan pengajaran. Terima kasih tidak terhingga juga kepada-Nya kerana masih lagi memelihara diri ini dalam nikmat yang paling besar dan bernilai; Iman dan Islam.

Maka telah berakhirnya KARISMA tahun 2009. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk melayan karenah kami tatemu yang jarang-jarang tiba di Mu'tah. Tahniah juga kepada AJK pelaksana yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran majlis tersebut.

Alhamdulillah pada tahun ini merasa juga membawa balik pingat dari KARISMA. Walaupun hanya mendapat gangsa. Tetapi ini adalah merupakan satu pencapaian yang memang dinantikan. Kerana semenjak tahun 2 menyertai KARISMA, ini adalah kali pertama pasukan Irbid B mendapat pingat. Tahun-tahun sebelum ini hanya sekadar menjadi pasukan belasahan sahaja. Tetapi kali ini turut menjadi pasukan yang agak digeruni juga. Terima kasih kepada semua ahli pasukan yang telah memberikan kepercayaan kepada diri ini untuk menjadi penjaga gol walaupun tidak suka 'terbang'. KARISMA pada tahun ini berlainan berbanding tahun-tahun lepas. Kerana pada tahun ini menyertai KARISMA menyandang jawatan sebagai Setiausaha MPPM yang menggantikan tempat Presiden. Jadi amanah itu lebih besar. Terasa diri ini sebenarnya tidak layak untuk berada di situ. Nasib baik hanya disuruh untuk menerima bendera. Kalau di suruh berucap, mahu meraban ajer. Hahahahaha...... (Nie kena masuk kelab pidato nie.)

InsyAllah peperiksaan Mini OSCE dan OSCE bagi rotation terakhir ini akan berlangsung pada 20/5. Doakanlah agar dipermudahkan untuk menjawab soalan dengan tenang. InsyAllah hari khamis akan datang ini akan menduduki interview bagi Surgery. Aduhai, terasa macam viva plak. (Kalau dia tanya pasal sarcoma melopong ah jawab nyer.)

Peperiksaan akhir pula akan diadakan pada 1, 4 dan 8 Jun 2009. Doakanlah agar dipermudakan juga untuk menjawab soalan dengan tenang. Dan jikalau diizinkan dan dijemput sebagai tetamu-Nya pada 10 Jun akan bertolak ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Rindu sungguh pada pemandangan Haramain.

Buat akhirnya, semoga berjaya kepada semua rakan-rakan tahun 4 yang akan menduduki peperiksaan bersama-sama. Kepada rakan-rakan sebatch tahun 5 kini, selamat menduduki peperiksaan rotation terakhir dan peperiksaan akhir. Semoga anda semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya kejayaan yang cemerlang bagi mereka yang mahu berjaya. Semoga usaha kita semua akan membuahkan hasil. Dan tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan tahun akhir yang sedang menduduki peperiksaan akhir. Doa dan harapkan kami sentiasa bersama-sama kalian. Moga menjadi doktor yang sentiasa taat kepada perintah-Nya.

Ucapan buat semua rakan-rakan tidak dikira di mana sahaja berada, semoga kita bersama-sama menjadi seorang hamba yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Ingatlah kita kepada janji-Nya. Sesungguhnya janji-Nya adalah pasti. Just matter of time. Marilah bersama-sama kita bangunkan Islam. Tinggalkan persengketaan kerana perkara kecil. Tegakkan khilafah di atas muka bumi ini. InsyAllah kejayaan bagi mereka yang mahu berjaya.

Takbir, AllAHUAKBAR!!!

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar