Kisah di Irbid


Ihsan (berbaring) dilawat oleh Presiden JUST, Dr Wajih Uwais dan Pengarah KAUH Dr Mahmod Shiab


Assalammualaikum.....

Takziah buat sahabat kita Ihsan Mustaein Kori pelajar tahun 5 perubatan yang telah ditikam di peha oleh penjenayah. Setakat entry ini ditulis beliau telah pun sedar dan berada dalam keadaan yang stabil. Setakat ini penjenayah tersebut masih belum lagi dapat ditangkap. Oleh itu, peringatan daripada saya, PERMAI dan MPPM mengingatkan kepada semua pelajar Malaysia di Irbid khususnya dan kepada semua yang berada di Jordan agar berhati-hati di waktu malam. Terutama jikalau memerlukan saudara dan saudari untuk keluar di waktu malam. Sentiasa beringat-ingat di mana sahaja berada. Saling ingat mengingati kepada rakan-rakan lain jua. Agar diri kita sentiasa selamat. Banyakkan beristghfar dan memohon perlidungan daripada-NYA. Semoga sentiasa dalam lindungan-NYA.

Sedikit maklumat berkaitan kejadian.

Saya difahamkan bahawa mangsa dan seorang rakan beliau sedang dalam perjalanan ke rumah rakan yang lain. Kemudian mereka dirasa diikuti oleh dua orang arab. Secara tiba-tiba mereka dirangkul dari belakang. Rakan mangsa kemudian sempat meloloskan diri dan lari. Beliau kemudian sekali lagi ditangkap. Kemudian berlaku sedikit bergelutan antara rakan mangsa dan penjenayah tersebut. Alhamdulillah beliau terlepas setelah rakan mangsa menumbuk dicelah kangkang penjenyah. Beliau kemudian lari ke jalan besar. Setelah beliau sedar penjenayah tersebut tidak mengejar, dia bepaling dan mendapati penjenayah telah beredar dan mendapati mangsa telah ditikam di peha kanan. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk menggantikan salur darah yang telah rosak. Alhamdulillah mangsa berjaya melaluinya dengan selamat. Saya difahamkan mangsa terpaksa ditahan di wad dalam 3 ker 4 hari. Dan kini berada di Hospital Universiti Raja Abdullah, J.U.S.T atau lebih dikenali sebagai KAUH.

Tiada barang berharga yang hilang kerana mangsa tidak membawa sebarang barang berharga.

Sama-sama berdoa agar beliau sentiasa dalam perlindungan-NYA. Semoga Allah memberi hidayah kepada penjenayah tersebut agar kembali ke jalan yang benar.

Sayangi diri anda dan rakan-rakan anda kerana Allah. Sesungguhnya setiap amalan kerana-NYA akan dikira sebagai amal.

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar