Balik dan Balik dan Balik~

Arinie, 5 Jun 2006, maka tamatlah sudah semester dua aku di tahun dua kuliyah perubatan di JUST nie. Mmmmm so bersempena dengan tamatnya semester nie, aku telah bersetuju untuk pulang ke Malaysia (Ceh, walhal memang dah nak balik dah pun). So aku telah memilih untuk menyertai penerbangan Qatar Airways untuk pulang ke Malaysia.

Bercerita pasal exam, mmmm..... Entahlah tak tau nak citer aper. Rata-rata semuanya ok pasal aku study (biasanya memang kurang rajin). So Alhamdulillah dapat menjawab dengan tenang. Segala puji dan syukur kepada-Nya. Entah dah tak tau nak citer aper. Pasal aktiviti sewaktu balik nie dah rancang macam-macam. Harapnya semua akan terlaksana (terutama bab berjumpa dengan ...............*. Eih, tak sabar rasanya~). So kepada rakan-rakan yang tinggal di Irbid nie, semoga anda semua akan melakukan aktiviti yang berfaedah time tinggal kat snih. Kepada mereka yang masih tidak menghabiskan koleksi cerita-cerita yang dikumpul, Pesanan penaja: Sila habeskan. Kalau tak cukup boleh download sendrik. Kepada mereka yang selalu main tuh, teruskan bermain. Tapi jangan sampai tak ingat dunia plaks. Kepada mereka yang sibuk berblogging, selamat berblogging. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang masih tidak abes lagi, perjuangan mesti diteruskan. Walau apapun yang terjadi.

So rasanya dah tak reti dah nak tulis aper. Lagipun nie tgh sibuk mengemas barang ntuk dibawa balik. So buat akhirnya kepada semua, selamat bermujahadah. Semoga semua akan sentiasa dirahmati AllAH.

* aper korang ingat awek ker? Aperlah korang nie..... Nak jumpa kengkawan sekolah ler. Dier orang nak buat gath. So dah terlajak aku balik nie, terus gi jumpa. Takut nanti dah tak jumpa yang gi ke UK tuh. yelah dah dapat permission xyah balik.

Terimalah lagu daripada kumpulan nasyid SMAP Labu, Soutul Jihad, Sumbangsih.....


Sekolahku suatu masa dahulu....

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar