Persahabatan Kekal Buat Selamanya

Batch2copy

Setelah hampir enam tahun berkelana di bumi Jordan ini, sudah hampir sampai kepada penghujung perjalanan di sini. TInggal beberapa bulan sahaja lagi rakan-rakan tahun 6 akan menamatkan pelajar dan kembali untuk berkhidmat di tanah air. Tinggallah beberapa orang daripada kami yang akan meneruskan perjuangan di sini yang berbaki lebih kurang setahun lebih lagi.

Alhamdulillah, sepanjang hampir 6 tahun ini kami semua berjuang bersama-sama demi menggenggam segulung ijazah sebagai passport untuk meneruskan perjuangan kami masih lagi mampu bernafas dengan tenang. Tetapi yang paling utama adalah persahabatan yang terbina di atas nama Iman dan Islam akan terus kekal ke akhirnya. Biarlah kita semua tercampak ke mana sekalipun, pastikan ukhuwah ini akan terus kekal. Jadikanlah persahabatan ini sebagai satu wasilah kita dalam mencari keredhaan-Nya. Seandainya ada terbuat atau membuat kesilapan, haruslah ditegur. Janganlah dibiarkan terus meraba-raba mencari jalan pulang.

Batchcopy

Kepada rakan-rakan yang akan menempuhi peperiksaan akhir yang tidak lama lagi, doaku agar kalian semua akan terus berjaya dengan cemerlang dan terus gemilang walau dimana sekali pun. Kepada yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan, janganlah kita bersedih. Kerana setiap apa yang telah ditetapkan buat kita itu adalah yang terbaik. Kerana tidak semestinya apa yang kita hajatkan itu adalah terbaik buat kita, sebaliknya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.

Akhirnya, sambutlah salam perjuangan ini.

Bittaufiq wa najjah.

4 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Abg nanu, ini sedih lebih sebab berpisah dengan sapa? hik hik hik.

kher said...

Sedih berpisah dengan kawan-kawan sama-sama datang dlu. susah senang dirasai bersama.

isk3... adat kehidupan, ada pertemuan dan ada perpisahan.

Abdul Munir Sanusi said...

ingatkan ada ehem ehem. keh3

kher said...

kalau ada pun mana boleh publish kat snih. kat dalam computer sendiri sudah.

dah dah..
kalau mengarut ngan ko sampai esok lusa pun xabes2

 
Copyright © CHRONICLEofanwar