hidup seadanya

salam kepada semua.
semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.

alhamdulillah di saat ini masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan. dan yang paling besar adalah nikmat iman dan islam.
rasanya dah lama tidak update blog nie. maaflah kerana diri ini tidak mempunyai ruangan masa yang sesuai untuk
diperuntukkan bagi tujuan itu. tetapi di pagi yang hening ini dapat sedikit peluang untuk menulis serba sedikit.

sesi pentadbiran akan tamat pada hujung minggu ini. rasanya sepanjang terlibat dalam pentadbiran persatuan nie,
macam-macam pengalaman yang baru diperolehi. rasanya susah nak dapat pengalaman camnie (mungkin pada masa akan datang ada. tetapi tidak sama). apa-apa pun, pelbagai ragam manusia dapat dilihat. ada yang biasa, ada yang pelik, ada yang biasa tapi pelik dan ada juga yang pelik tapi biasa. itu adalah variasi manusia. entahlah, saya tidak berapa berminat untuk
memerhati orang (dari segi kelakuan dan sebagainya). mungkin kerana tidak berapa peka dengan persekitaran.
tapi sepatutnya kita memerhatikan persekitaran kita dan cuba melindunginya daripada dicemari. semoga diri ini akan terus
diberi kekuatan untuk berdakwah.

bercerita tentang pelajaran pula. hurm rasanya tiada apa yang nak cerita sangat kot. pasalnya semester ini rasa macam
tak amek subjek langsung. kehidupan yang sungguh enjoy (bahaya nie.......). alhamdulillah, doa kami telah dikabulkan. pihak penaja (baca JPA) telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah elaun sebulan. daripada RM1200 kepada RM2400 (kenaikkan 100%). semoga dengan kenaikkan ini akan menjadikan diri ini semakin hampir dengan pencipta alam ini.

tetapi mungkin sedikit berita sedih adalah terdapat rakan-rakan yang terpaksa mengulang tahun pengajian kerana tidak mencapai tahap minimum pengajian. hurm..... entahlah. mana silapnya? adakah kerana orang lain? atau kerana diri sendiri? tepuk dada tanyalah hati, akal, dan fikiran. apa usaha kita? adakah mencukupi? semua terpulang kepada diri untuk menjawabnya.

aper lg ek nak citer? hurm..... rasanya macam dah takder apa nak citer (nak citer pasal politik Malaysia terlalu kotor dan bosan
dengan mereka). semoga diberikan petunjuk daripada-Nya untuk menjadi seorang insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
semoga rakan-rakan pembaca semua pun mendapat perlidungan dan kasih-sayang Nya.


akhir kata,
SALAMAT

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar