Eid Mubarak~

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Wah, dah lama gak tak bercerita panjang ek. Hahahaha.... Setelah sebulan berpuasa, kini tibalah Syawal. Rasa macam cepat sahaja masa berlalu. Kalau dulu2 time kecik2 mesti rasa lama giler time puasa. Isk isk isk. Sampai rasa cam xlarat nak puasa. Tapi bile diberikan "ganjaran" ntuk berpuasa sure tak tinggal nyer. Hahahah.....

Memang seronok ah kalau fikir2 balik berpuasa time kecik2 dulu. Macam boleh dapat. Kalau pergi ke bazaar ramadan tuh, pergh tak cukup tangan membeli (hehehe.... biasa nyer juada pilihan adalah ayam percik). Pastuh kalau dah berbuka tuh, pergh makanan memang masyuk. Dapat berbuka ngan family. Alamak, tangkap leleh lah plak. Pastuh gi semayang terawikh semayang lapan ajer (ahaks~). Sedangkan orang lain semua semayang 20. Pastuh orang tak bagi pun lg salam lepas semayang witir, kita dah duduk menghadap moreh (makanan yang disediakan selepas semayang terawikh).

Memang seronok ah bila teringat balik kenangan berpuasa dan beraya time kecik2 dulu. Tapi skang nie macam dah takder semangat dah. Hahahah... Tak tau apasal. Maybe ntuk kebaikkan kot. Huhuhuhu Kalau dulu2 time beraya ajer mesti nak pergi beraya kat semua rumah orang. Walaupun tak knal. Semua nyer sebab nak dapat duit raya. Pastuh dapat banyak duit raya, pergi beli mercun ngan bunga api (aku main bunga api ajerlah. tak berani nak main mercun. tp adik2 aku ajer yg main. hehehehe).

Kenangan beraya dulu2 mmg dah tak sama ngan skang dah. Kalau dulu, kita sibuk menziarahi saudara-mara. Jumpa kengkawan. Skang nie, memasing duduk melepak depan tv ajer. Sebab dah macam2 program ada kat tv. Memang sedih ler nengok generasi skang nie. Agak2 nyer nanti anak2 kita camne ek? Silap2 sembahyang raya pun dah tak gi ek......

Bila bercerita bab baju raya plak, pergh memang kalau kat Malaysia tuh silau2 ha. Kalau yang perempuan tuh, pergh mekap tebal seinchi. Huhuhuhu..... Gelang emas sampai ke siku ha. Nie yang ori ker tak tak tau. Hahahaha. Yang penting raya mesti raya ek..... Kalau pakcik2 mesti akan tukar kereta baru. Hahahah raya kenalah tukar baru semua. Tapi nasib baik yang menambah bini baru skit ajer. (Heheheheh *grin*).

Tp senang citer memang semua baru ah. Serba-serbi baru. Tapi sekarang suasana tuh dah berubah. Kita semua dah berubah. So dah takder dah keseronokan macam dulu. Isk isk isk. Bila teringat tuh sedih gak ek.

Dalam kita bergembira, jangan kita lupakan yang sedang berduka. Ramai kawan2 kita skang nie yang sedang berduka. Ada yang berada dalam kesusahan. Ada yang berduka kerana kesalahan sendiri. So marilah sama2 kita mendoakan agar kita semua sentiasa hidup dalam keimanan dan ketakwaan kepada-Nya.

So dikesempatan nie, aku KHAIRUL ANWAR IBRAHIM, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga kita akan bertemu kembali dengan ramadhan yang akan datang.






0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar