Kehidupan ku....

Setelah seminggu memulakan kelas, arinie dan semalam adalah cuti hujung minggu (Jordan bercuti hari Jumaat dan Sabtu). So arinie tak ke mana-mana. Bangun pagi tadi, bukak pc pastuh main game baru bawak dari Malaysia ; Dungeon Seige. Boleh tahan juga ah game nie. Hehehe....

Pastuh lepas semayang Zohor tadi pergi ke McDonalds ngan Muhtadiin ngan Yaser. Hari nie birthday Tadiin. So pergi celebrate kat saner. Tak sempat nak beli hadiah lagi ntuk Tadiin. Insyallah esok nak gi beli kot. Mmmmm.... Bercerita pasal kelas nie, skang nie aku tengah amek summer course. Kena amek paper Immunology, Public Health, ngan Enviromental Protection (additional subject). Boleh tahan juga ah dier nyer bahan ntuk di baca. Actually arituh (hari khamis yang lalu), tidak menghadirkan diri ke kelas kerana demam. Actually skang nie pun tak berapa sihat lagi. Tp insyallah lah boleh pergi ke kelas.

Dah tak tau nak citer aper lagi ek. Mmmmm... Owh arituh time balik ke Malaysia telah bertemu dengan ramai kengkawan dan juga orang ramai. So skang nie telah bertambah lagi satu sebab kenapa aku nak belajar medic (tul ker?), sebab patient zaman skang nie dah semakin concious pasal dier orang nyer health status. Dan mereka juga dah semakin banyak bahan bacaan pasal kesihatan. Cabaran baru ntuk doktor zaman skang: Patients semakin banyak tahu pasal perubatan. Tidak hairan juga satu hari nanti ada doktor kena gelak ajer ngan patients.

So skang nie tgh fikir, adakah aku nie dah bersedia? Nak berubah atau tidak? Kalau terus camnie boleh ker berhadapan dengan masyarakat nanti? Adakah apa yang kita dapat dalam kelas itu mencukupi? So soalan nie juga bukan ntuk aku sorang, tetapi juga kepada kengkawan lain. ADAKAH KITA SEMUA SUDAH BERSEDIA? So tepuk dada, tanyalah iman kita.

Dalam pada itu aku juga tidak ketinggalan ntuk menonton file baru; Shinobi, High School Musical, Fast and Furious: Tokyo Drift, Pink Panther, Ultraviolet, Ice Age 2, Date Movie, dan juga sekali lagi X-men 3:The Last Stand. Wah banyak giler citer aku nengok. Nie datang Jordan nak study ker nak negok movie ajer? Ntah kenapa aku jadi camnie ek. Kepada kengkawan di luar sana, kalau nengok aku cam dah terlupa kepada hadaf sebenarnya silalah tegur ek. Really need it. Rasanya dah takder aper kot nak citer. Lain ajerlah ek. Dah lewat giler. Dan juga arinie kecewa pasal Brazil ngan England kalah. Anyway teruskan perjuangan. Kepada warga Irbid, Jumaat nie adalah hari membuang undi. So jangan lupa menjalankan tanggungjawab anda. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya......

0 comments:

 
Copyright © CHRONICLEofanwar